Happy Birthday Sayang
Happy Birthday, sayang yang ke-tut..hehe..Moga sentiasa sihat, kekal bertenaga, di panjangkan usia & happy selalu di samping saya & juga Kiki..Kalau Allah nak bagi rezeki, maybe adik2 Kiki jugak..Eh perasan..haha..Berangan tu kan percuma..Apapun happy birthday, sayang..
Birthday mr hubby tahun ni, jatuh lagi beberapa hari nak raya..Jadi k.fiezz bagi hadiah & beli kek kat Ipoh je..Kek tu pun beli beberapa hari lepas hari jadi mr hubby sebab kedai kek nya kat Ipoh..Masa hari birthday mr hubby tu memang ada ke Ipoh tapi tak lalu pulak kedai kek ni..Kedai kek ni ada di Ipoh sajo..Spesial..Mr hubby memang suka kek kat sini sebab sedap, tak manis sangat & kalau yang ada letak buah-buahan, meriah dalam kek..K.fiezz memang ada cakap dengan mr hubby nak belanja kek kat kedai ni..Tak nak Secret Recipe, cliche..Mahal pulak tu & manis leting..Tukar lah selera sebab dah kebetulan balik kampung sempena raya ni..
BAGI HADIAH
To be honest, k.fiezz kebuntuan sikit bila nak beli hadiah kat mr hubby..Sebab tak tahu nak bagi hadiah apa..Kebetulan sling bag mr hubby yang sedia ada, dah koyak-koyak..Jadi k.fiezz beli hat baru..Masa bagi hadiah ni, mr hubby cakap dah boleh agak & dia komen asyik sama je tiap tahun..Alamak. tersenyap kejap k.fiezz masa mr hubby komen cenggitu..Okey lah tahun depan, kena tukar hadiah lain lah pulak..Hehe..
Pssttt - So tahun depan kena fikir hadiah lain pulak lah..Birthday boy dah komen..hehe...
0 Comments