Birthday Mummy Yang Ke 17..Haha
Happy Birthday to mummy yang ke tut..haha..Rahsia..Siapa yang tahu, tahu lah..Yang tak tahu, anggap je lah sis sweet 17..Always..haha..Alhamdulillah meningkat lagi usia..Birthday bulan Januari lepas tapi macam biasa, life mummy yang busy duaplohempatjam ni..haha..Baru nak update..
Birthday yang ni 2 orang member pejabat sis belanja makan & dengan family tak celebrate sebab birthday tahun ni jatuh hari bekerja..Dah sekian..haha..
Kat pejabat k.fiezz dapat surprise bunga & coklat dari mr hubby..Hehe..Dah agak sehari sebelum sebab mr hubby duk tanya macamana nak naik ke pejabat k.fiezz. Sebab pejabat k.fiezz sekarang nak naik kena daftar kat guard dulu untuk dapatkan kad akses laluan masuk & naik lif..Pelik jugak apasal mr hubby tetiber duk tanya pulak..Tapi k.fiezz jawab je lah soalan mr hubby tu..Walaupun dah boleh agak sebab esoknya birthday k.fiezz..hehe..
Hari birthday, tengah celebrate lunch birthday dengan 2 orang member pejabat k.fiezz kat area pejabat je, tetiber dapat call ada orang dah tunggu kat lobi pejabat k.fiezz.hehe..Dengan laju k.fiezz pi kat orang tu sebab dah lebih 10 minit dia tunggu..K.fiezz tak perasan whatsapp...Pejabat k.fiezz sekarang ni tak boleh tunggu lama-lama kat depan lobi..Nanti guard duk tiup wisel suruh gerak dari situ..Itu yang bila dah lepas 10 minit baru perasan whatsapp ada orang nak hantar something, sis kelam kabut pi ke lobi...
Dan tadaaaa..haha..dah boleh agak...Dalam lif masa nak naik, ramai pulak orang..Dah diaorang tanya birthday ke anniversary sebab tengok sis pegang bunga..Sis jawab birthday..Udah diaorang wish happy birthday..haha..Ucap thank you je..Tak kenal semua yang dalam lif...Tapi cakap je lah kan tima kaseh..Bukan susah pun..
Sempena birthday ni, moga sis sentiasa diberi kesihatan yang baik dan malas nak emo-emo selalu..haha..Faktor usia...Nak ceria je supaya nampak awet muda tambah-tambah dah ada si bam bam Farah tu..Sis kena nampak muda supaya nanti nak antor Farah ke sekolah, biar mami dia nampak 17..haha..
Psstt - Alhamdulillah masih dipanjangkan usia & diberi kesihatan yang baik...
0 Comments