Happy beday Farah Sakinah...Ya Allah, berabuk sawang dalam blog mami ni tak ber update..Birthday Farah awal bulan Januari pun, baru nak story kat sini..Dah nak masuk hujung bulan, mami..haha...Alahhhh apa malaih sangat mami oiiii..hehe..Tengah nak dapatkan balik mood & momentum berblog..

So untuk permulaan ni, nak story pasal anak mami & dedi yang baru sambut birthday setahun 5hb Januari yang lepas..

Happy Birthday, sayang..Thank you Allah untuk hadirkan seketul Farah Sakinah ni dalam hidup kami...Moga bertambah ceria keluarga kecil ni yang sekian lama menunggu kehadiran seketul zuriat..Walaupun bukan dari rahim mami tapi awak yang pertama untuk mami gunakan gelaran mummy..Bukan senang nak dapat gelaran ni, tau..Struggle belas tahun untuk tunggu guna gelaran ni..Alhamdulillah jadi kenyataan sekarang..

Apapun happy birthday, sayang...Moga terus membesar dengan sihat & kuat..Dengar cakap mummy, daddy & semua ahli keluarga kita..Jadi anak yang bijak, solehah...Aamiin..

Birthday

Birthday girl...Tak boleh nak berjalan lagi si Farah ni..Moga cepat berjalan yea..Lenguh dukung dia sekarang, badan montel..haha..

FiezaSani

Daddy, Farah & Mummy..

FiezaSani

Farah, atok & opah...

FiezaSani

Kek of the day untuk birthday girl..Sebab Farah tak reti lagi nak pilih kek, mummy tolong pilihkan..Dah mummy yang pilih harus lah kek coklat..hehe...

FiezaSani

Suruh potong kek je..Muka tu aihhh..aihhh...

FiezaSani

Bagi lah rasa sikit kek coklat kat birthday girl...

FiezaSani

Tima kaseh adik-adik sepupu mr hubby yang sudi datang..Mama ajak diaorang ni sebab diaorang stay kat area Sg Siput jugak..So dekat lah dengan umah mak k.fiezz ni...

Hadiah Birthday

Hadiah-hadiah yang Farah dapat dari Opah Ipoh, Opah Kuala, Ayah Ibu (adik k.fiezz), biras & anak buah, adik ipar, kawan pejabat k.fiezz di KKR & di Penerangan sekarang..Tima kaseh semua..Moga murah rezeki semua bagi hadiah kat Farah...

SmartRike

Hadiah dari Pak Lang, baru unbox sebab hadiah kat umah lama..Sis sekarang dah pindah duk umah baru..So Jumaat lepas baru sesi ngangkut barang2, baru lah bawak sekali hadiah ni…tq pak lang hadiah best ni..Farah suka…

Pagi setel majlis kecil-kecilan untuk Farah, petangnya kitaorang ke Kuala Kangsar untuk attend majlis akikah anak kepada sepupu k.fiezz..Baru lahir hujung bulan 12 yang lepas, so sepupu k.fiezz ni buat kenduri akikah untuk anak diaorang ni..Kebetulan k.fiezz balik kampung, kita penuhi jemputan...

Akikah

Majlis akikah tengah berlangsung...


Akikah

Jom lah wefie dulu sebelum makan...

Akikah

Dengan adik sepupu k.fiezz..Mak baby untuk majlis akikah ni...

Overall 5hb yang agak pack dengan majlis birthday & akikah anak sepupu berjalan lancar...

Pssttt - Tak sabar tunggu si Farah ni boleh berjalan pulak...hehe..

0 Comments