Malam sabtu lepas, k.fiezz & family in law antor adik mr hubby yang bongsu berangkat ke Jepun untuk mulakan karier kat sana..Bukan main jauh dia dapat offer kerja..Mintak kat Malaysia, satu pun tak sangkut..Sampai member dah give up..Mintak main-main jer kerja di Jepun, ehhhh sekali sangkut pulak..Rezeki..Gaji pun boleh tahan lumayann..Takkan nak tolak..Rugi..Selain gaji, yang penting nak cari pengalaman..Kurangnya kot nanti dah bosan kerja kat sana, nak balik kerja kat Malaysia boleh demand gaji berdasarkan pengalaman bekerja di luar negara..
Adik mr hubby ni baru je habis grad Master..Sebelum dapat offer kerja di Jepun ni, dia jadi cikgu tuisyen kejap. Sambil tu dia cari juga kerja ikut kelulusan kat sini tapi semua kena 'ghost', setakat panggil interview je lepas tu senyap..Mungkin susah nak dapat sebab adik mr hubby kurang pengalaman kerja..
Ni alhamdulillah, dapat pun kerja walaupun jauh nun kat negara orang..Tak pe yang penting cari pengalaman...
Good luck Uter..Moga suksess & bertahan cari pengalaman kerja kat negara orang...Mr hubby advise kat adik dia, at least cuba bertahan 2 tahun kerja di Jepun tu...
Adik-adik mama (mak mertua) & family pun datang antor adik ipar kat airport...
Us..Kakak, abang-abang, kakak-kakak ipar & anak buah datang hantar Mak Su (panggilan adik ipar) kat airport...
Alhamdulillah adik ipar dah selamat sampai kat Jepun esoknya (Ahad)..Ni sekarang tengah mencari rumah sewa & urusan apa-apa yang patut sebelum mulakan tugas minggu depan..
Kagum juga dengan adik ipar sis ni terima tawaran kerja kat luar negara..Kalau ahkak ni, entah lah..Dulu pernah belajar kejap kat Johor Bahru, sebulan je bertahan..Lepas tu tak boleh blaaa, berhenti...Balik rumah..homesick...haha...
Apapun wish you all the best, Uter...Jaga diri, jaga solat, pandai bawa diri kat negara orang...Nanti cukup tabung, weolls melawat Mak Su kat Jepun, yeakk...
Psstt - Tengok orang duduk luar negara, seronok. Rasa macam 'waaaah bestnya'..Tapi diri sendiri, big no..Setakat nak pi bercuti, okey. Menetap kat sana 'errrrr'..Idak lah berminat...
0 Comments