Rumah Baru Di LSH33 Dah Siap. Boleh Ambil Kunci.
Alhamdulillah, yeayyy..Rumah baru k.fiezz & mr hubby di LSH33 dah siap..Semalam k.fiezz & mr hubby cuti rehat untuk ambil kunci rumah kitaorang di Sentul ni..Lewat beberapa bulan dari jangkaan siap, tetapi apapun syukur rumah berjaya juga disiapkan & kunci dah ada dalam tangan..
Semalam appointment k.fiezz & mr hubby untuk ambil kunci pukul 10pagi tapi kitaorang sampai awal..Excited sampai terawal sejam..hehe..Kisahnya kitaorang ada urusan lain sebelum tu (nanti k.fiezz share di entry lain). Dah selesai urusan yang pertama ni, terus je lah gerak ke sini. Itu tersampai awal..So melepak kejap kat showroom + pejabat developer kat tingkat bawah..
Dekat pukul 10, baru kitaorang naik semula ke tingkat 2..
AMBIL KUNCI RUMAH DI LSH33
LSH33 ni rumah kedua yang k.fiezz & mr hubby beli bersama lepas berkahwin. Rumah pertama di Semenyih, kitaorang beli tahun 2009 tapi dah dijual tahun ni..Legaaa setel 1 pinjaman..Masa beli rumah kat Sentul ni, rumah di Semenyih masih belum berjaya di jual. K.fiezz dah risau sebab rumah kat Sentul ni start tolak gaji bulan Julai tahun ni, kalau kata rumah di Semenyih tak dapat jual ada 2 komitmen kitaorang kena hadap dengan amount bulanan yang boleh tahan tinggi bila campur dua-dua..Alahai risau..Tapi legaaa masa awal tahun ni, rumah kat Semenyih berjaya di jual...Setel...
Untuk rumah LSH33 ni gaji k.fiezz mula ditolak bulan Julai tahun ni & kunci baru je dapat dalam genggaman semalam (24 Oktober 2024)..Rumah LSH33 ni k.fiezz guna pinjaman perumahan untuk penjawat awam iaitu LPPSA..Manakala rumah di Semenyih sebelum ni k.fiezz & mr hubby bergabung buat pinjaman perumahan di bank...
Jom lah ambil kunci rumah LSH33 ni...
0 Comments