Hari ke-2 atau ke-3 di Bhava Residence Hatyai Hotel, kitaorang sarapan pagi di hotel saja. Malas nak keluar awal pagi..Tapi masa ni yang pi breakfast mama, k.fiezz, adik ipar & family dia je..Mr hubby,2 orang lagi adik ipar & seorang biras tak joint..Mr hubby masa ni walaupun bercuti tapi macam tak bercuti sebab kena buat kerja..#pasrah je lah sis...

Berbalik pasal sarapan di Bhava Residence Hatyai Hotel ni, bukan macam kat Malaysia yea sewa bilik dapat pakej sarapan pagi untuk 2 orang..Kat sini nak sarapan pagi, sila tambah duit..hehe..

Memandangkan masa hari ke-2 atau ke-3 ni kitaorang malas nak keluar awal sangat, jadi sarapan kat hotel sajo lah..

MURAH KE SARAPAN KAT BHAVA RESIDENCE HATYAI HOTEL?

Ada beberapa pilihan menu untuk sarapan pagi kat sini..Nanti sampai je kat cafe, staff akan bagi 1 borang menu..Order lah menu apa yang nak..Dah siap tick kat form tu bagi balik kat staff & tunggu sarapan sampai ke meja..

Kat bahagian belakang cafe ada disediakan minuman panas..Ada kopi, teh o, milo & beberapa lagi jenis minuman panas..Pilih lah yea nak air apa..Kitaorang sementara tunggu sarapan yang dipilih sampai, ambil air panas dulu..Minuman panas ni percuma...

Eh dalam menu sarapan pagi yang pilih sebelum tu tak ada ke minuman panas?Tak adaaa..Setiap sarapan dihidangkan dengan air buah (ada 3 jenis - orange, berry & satu lagi lupa)..


fieza sani

K.fiezz pilih sarapan nasi goreng & jus oren..Dalam nasi goreng tu ada juga sekali hotdog, ayam goreng & telur goreng..Tak lupa cendawan...Mama pilih sarapan omputih...Untuk mr hubby, k.fiezz bungkuskan sarapan nasi goreng macam k.fiezz punya ni...

fieza sani

Jommm sarapannn...

fieza sani

Nak candid tapi mama pi pandang kamera pulak..hehe..Tak apa lah..Letak jugakk..haha...

fieza sani

Suasana dalam cafe dia..Feeling orang ado-ado sat..haha...

Oerall sarapan kat sini, just nice. Kena lah dengan tekak Malaysia kita ni...

Eh lupa pulak beritahu harga..Harga sama je untuk setiap menu sarapan > 119 bhat termasuk jus buah..Masa isi form nak pilih menu tu, letak sekali nombor bilik..Nanti pihak hotel akan caj masa kita check out..Tapi kalau hotel lupa nak beritahu masa kita check out, kita beritahu je sendiri..Nanti pihak diaorang akan confirm kan...

Tapi kalau nak bayar habis sarapan, boleh je.. Pi kat kaunter di lobi...Bayaran semua di kaunter lobi tau..Bukan kat cafe ni..

Psstt - Sesekali breakfast hotel feeling Datins-Datins gitu..haha...

0 Comments