Kalau siapa yang rajin singgah blog k.fiezz ni tahu lah yang sis ni suka kumpul beg jenama copy ori...Beg LV Speedy bawah ni antaranya..Huhu..Antara yang tak best bila beli beg copy ori, dah lama sikit jadi kat bawah ni..Kulit dia dah koyak rabak..K.fiezz ni banyak koleksi beg. So pakai beg-beg ni bergilir..Baru ni nak guna beg LV Speedy, mula tengok elok je..Eh bila dah terdedah dengan udara luar, tengok kulit dia dah terkeluar-keluar..Adeh...K.fiezz simpan semua beg ni dalam satu tempat & elok berbungkus dalam bekas masing-masing..Tapi agaknya dah lama sangat, bila nak guna jadi macam ni..huhu...Biasa lah benda copy ori kan..Kalau berduit, udah beli yang original..

Tak pe lah nak buat macamana, ukur baju di badan sendiri konsepnya..hehe..

Mula ingat malas nak buang. Nak simpan je tapi Sabtu lepas bila k.fiezz guna, memang tak boleh pakai dah sebab kulit dia yang terkeluar tu habis melekat kat baju/seluar k.fiezz. Adeh..

Jadi nak tak nak buang juga lah..

K.fiezz beli beg LV Speedy ni April 2022...Jadi tahan dalam 2 tahun lebih juga lah...Okey lah kan worth it dengan harga dia masa beli RM150..

Entry berkaitan > BEG LV SPEEDY

beg lv speedy

Sorry beg..Terpaksa buang juga sebab abis melekat kulit dia yang terkeluar tu kat baju/seluar bila sling kat badan...

beg lv speedy

Bahagian dalam elok lagi cuma kat luar je jadi macamni..huhu..

Psssttt -  Biasalah beli copy ori ni..Takkan nak expect macam original..Harga pun jauh beza..Moral of the story, nak kena kumpul duit lah ni beli beg original je..haha..


0 Comments