Haritu lepas shopping barang baby, on the way nak keluar lalu butik Carlo Rino ni. Mr hubby terus je laju masuk situ. K.fiezz ni dah macam blur. Eh kenapa masuk sini..Ewah..kenkonon macam tak tahu.haha. Sebenornya masa kitaorang sampai, dah nampak kedai Carlo Rino ni hah. Tapi sebab masa tu dah aiming nak ke AEON, jadi idak lah nyinggah ke apa..Lepas je setel shopping barang baby, on the way nak keluar baru singgah kat Carlo Rino ni..

BELI BARANG MUMMY PULAK

Masuk je kat situ, mr hubby cakap pilih lah nak beli apa tapi satu je..Mr hubby cakap tadi beli barang baby, ni beli barang mummy pulak..Oemgeeee..Ni sayangggg lebih..haha

Pilih punya pilih, sis ambil backpack carlo rino bawah ni..Hehe..Iya sis ni peminat bagpack tau..hehe...Dah melambak koleksi bagpack kat rumah tu..

backpack carlo rino

backpack carlo rino

Pilihan backpack carlo rino k.fiezz yang terbaru ni boleh berfungsi 2 dalam 1. Sandang belakang atau sangkut kat bahu. Dapat satu lagi tali extra untuk sangkut kat bahu. Tapi k.fiezz lagi suka sandang kat belakang. Dah biasa. Senang..

Compartment belah dalam dia luas, ada 2 slot & 1 zip..Muat lah letak payung, kipas mini, purse..Bahagian depan pulak ada comparment yang tersorok. K.fiezz letak handphone biasanya sebab senang nak ambil handphone untuk tukar-tukar lagu masa dalam tren...1 lagi slot zip belah depan..Kiri kanan pun ada lagi slot..Overall k.fiezz puas hati dengan bagpack Carlo Rino terbaru k.fiezz ni..Berbaloi dengan harga..

Hat backpack carlo rino pilihan k.fiezz ni masa beli ada diskaun 50%..Harga dia dari harga asal RM5XX.xx jadi RM2XX.xx..Hehe..Memang masa cari ni duk pilih yang nampak ada tanda diskaun je. Haha..Kalau ikut berkenan hat lain tapi tak nampak kat situ ada label diskaun..Pilih hat ni lah..Warna hitam sebab senang match dengan baju yang pelbagai warna..Tak pening..hehe

Pssttt - Tq sayang belanja beg..Love you...Muah Muah..hehe..

0 Comments