Bila kat pejabat k.fiezz bertugas sekarang, ramai staff. Ada yang berumur, ada yang muda..Selalu lah dapat jemputan kahwin dari diaorang ni..Memandangkan k.fiezz & mr hubby dalam kategori terpaling rajin pi kenduri kahwin haha, maksud disebaliknya terpaling malas pegi wedding bila dapat jemputan..Jadi k.fiezz gantikan dengan hadiah untuk bagi pada kawan pejabat yang menjemput..

Terbaru dapat 2 kad jemputan kahwin dari officemate. Hat seorang tu, staff yang jemput ke majlis kahwin dia & seorang lagi, menjemput anak yang kahwin..Aterrrr..Apa lagi, sis bagi hadiah..

Jadi macam biasa misi mencari hadiah di SOGO..haha..Mentang office dekat dengan SOGO, laju je ke sana tiap kali lunch hari Jumaat..

cadar katil

Untuk budak office yang muda tu, k.fiezz bagi cadar katil...

set jug dan gelas

Untuk officemate yang jemput majlis kenduri kahwin anak dia, k.fiezz bagi set jug dan gelas..Gelas ada 4 ketul..Macam comel je tengok..Mula duk terfikir nak beli ke idak hadiah..Tapi fkir secara logik, orang dah jemput, kita bagi lah hadiah. Udah lah tak pi ke majlis kenduri kahwinnya..Jadi ganti bagi hadiah sebagai ucapan terima kasih sudi jemput...


Bila jadi terpaling rajin pi kenduri kahwin orang ni (haha), kita bagi hadiah sebagai pengganti. K.fiezz & mr hubby memang kategori susah sikit attend wedding...haha...Tu kalau perasan, k.fiezz jarang up gambar pi wedding...

Kat pejabat k.fiezz bertugas sekarang ni memang selalu lah dapat jemputan kahwin. Samaada staff tu sendiri yang kahwin atau untuk yang berusia, jemput kenduri kahwin anak...

Terbaru dapat jemputan kahwin dari seorang lagi staff yang jemput kenduri kahwin anak dia 5hb Oktober..Lokasi majlis kat Cyberjaya je..Tak tau lah mr hubby nak attend ke idak..K.fiezz ready je lah beli hadiah dulu..hehe...

Pssstt -  Sis suka je pi kenduri kahwin tapi mr hubby tak berapa gemor...Ater terpaksa lah menurut perintah..hehe..

0 Comments