Tak tahu lah berapa biji dah beli kipas mini portable ni..Kat rumah pun dah ada 2 ketul..1 beli, 1 dapat free souvenir dari KKR..Tapi yang 2 ketul tu saiz dia walaupun mini bila buh dalam beg, agak makan ruang juga benornya...K.fiezz jarang pun bawa yang 2 ketul tu sebab saiz dia yang gak besar..

Haritu terlalu pula kat fyp tt k.fiezz, kipas mini portable comel ni. Ehhh macam berkenan je..Ehhh termasuk bakul & terbayor..haha..

Lepas beberapa hari, kipas mini portable sampai kat tangan..

Masa unboxing kotak, alolo tomeynya...Sis loike...

kipas mini portable

Ni lah rupa kipasnya..Tomey je...

kipas mini portable

Kelajuan dia sampai 120..Ketahanan bateri, dari kipas ni sampai pada k.fiezz 11 Julai 2024, k.fiezz tak caj lagi..Guna power yang ada..Tapi k.fiezz tak pakai hari-hari. Just stand by je dalam beg. Bila rasa nak guna, baru on..Tapi bila pakai pun, tak lama...Dalam 5-10 minit je lebih kurang..Kelajuan, k.fiezz ambil dalam 50-60 lebih je...Kecil ni, ada ke rasa angin dia tu?Jangan risau, ada rasa angin dia..Tapi memang kena hala kat kita je..Jangan lah pi sharing pula dengan orang sebelah..hehe..

kipas mini portable

Ni kat raptai program anjuran Jabatan k.fiezz Jumaat lepas..Masa ni aircond tak boleh pasang dalam dewan. Kepanasan masing-masing dalam dewan sambil buat kerja..Dah rasa sauna masa ni..Nasib baik sis bawa kipas mini portable ni dalam beg...Penyelamat...Eh kata buat kerja tapi awak rileks je sis ni..Haha..Masa ni dah setel..So kita lepaksss..

Beli kat mana kipas mini portable ni?Tik Tok Shop.

Harga? RM29.90

Pssttt -  Sejenis cepat terpengaruh, gini lah..Pantang tengok benda yang rasa comel murah..Mula lah jatuh hati..haha...

0 Comments