Selamat bertugas di tempat baru untuk ex-kawan pejabat yang rapat dengan k.fiezz kat KKR dulu..Akhirnya usaha untuk duduk sekali dengan en suami nun di Labuan, berjaya juga..Walaupun ada sikit masalah masa mula mohon pertukaran..Tapi effort dia yang usaha juga untuk ikut en suami, membuahkan hasil..Alhamdulillah..Happy for you..Perjuangan kawan sis ni untuk ikut en suami berjaya...

Ni  k.fiezz salute sebab nampak effort dia untuk mengikut suami..Sorry sis ni kolot sikit..Kadang tak faham ada yang tak nak duduk sekali dengan suami..Pelik kan..Ramai yang PJJ, kalau ada peluang memang nak duduk sekali..Tak nak PJJ bagai ni..Risiko tinggi..Tak lah pukul rata semua..Cuma ada je yang tak nak ikut pasangan walaupun kadang tu peluang depan mata...Entah lah..Mungkin masing-masing ada lah alasan tersendiri..K.fiezz tak pernah ada dalam situasi PJJ ni sebab sis tak sokong PJJ..Bukan sebab tak percaya pasangan tapi hati ni Allah pegang..Bila dah sunyi, macam-macam boleh jadi..Isteri sunyi, boleh kontrol lagi, itu pun ada juga isteri yang main kayu-3..Tapi suami sunyi, sunyi dia lain tau..Ermmm..Paham-paham je lah...

Tapi pada k.fiezz kalau ada yang tak nak atau menolak untuk tinggal sekali dengan pasangan dan lebih selesa single supaya bebas bergerak ke sana sini tak ada pantauan, baik tak payah kahwin..Ehhh tetiberrr emo..haha..Back to the topic..

Entry berkaitan, boleh baca kat sini > Tempat Seorang Isteri Di Sisi Suami <

TERBANG KE LABUAN

Isnin lepas k.fiezz lari kejap ke KKR office lama nak berjumpa dengan kawan k.fiezz ni sebelum dia terbang berhijrah ke Labuan. Nak bagi hadiah sekali sebab masa k.fiezz bertukar tahun lepas, dia bagi macam-macam..Jadi orang berbudi, kita berbahasa..K.fiezz balas bagi hadiah kat dia jugak..Blur nak bagi hadiah apa..Pikir punya pikir, k.fiezz pilih hadiah bawah...



Fieza Sani

Selfie seketul sebelum orang sebelah tu berhijrah nun kat seberang laut..Lepas ni susah nak jumpa..Tapi kot tetiber k.fiezz & family bercuti ke Labuan, boleh lah nyinggah jumpa member ni...

Tudung, Purse

Hadiah-hadiah k.fiezz bagi..Tudung & purse...Purse tu cadangnya nak bagi hadiah untuk top pengomen blog k.fiezz. Dah lama tak buat...Tapi member rapat sis ni nak pindah, k.fiezz bagi kat dia dulu..Nanti hadiah untuk top pengomen blog beli hat lain...

Mini Sejadah, Makeup Express, Bliese

Mini Sejadah, Makeup Express, Bliese

Laaa tetiber dapat hadiah jugak dari member sis n..Makeup express, sejadah & bliese gantung..Sukaaaa yang mekap tu..Terus rasmi esoknya..hehe...

Makeup Express

Complete foundation, compact powder, blusher, eyeshadow, lipstick, eyeliner, brush & sponge..
Ni bawak travel sesuai sangat..Malas nak bawak banyak-banyak..Bawak je ni satu..Complete ada...

Petai, Keropok Lekor Basah
Petai & Keropok Lekor Basah

Lagi ole-ole dari kawan sis ni..Dia memang suka bagi barang-barang masakan macam ni..Dulu masa kat KKR, memang rajin lah dia bagi segala jenis daun-daun / rempah-ratus & yang berkaitan masakan..Kira free je lah dia bagi..Jimat tak yah beli..hehe..Tapi lepas ni, sila lah beli yea k.fiezz..No more free..haha...

Psstt - Seronok kawan k.fiezz ni, pejabat baru dia bertugas ni dalam mall.. Dalam tu kedai bebas cukai, coklat..Oh maiiii..favourite sis...

0 Comments