Sabtu & Ahad lepas Jabatan k.fiezz ada program Kembara Merdeka Jalur Gemilang..Kat Jabatan k.fiezz ni bila ada program besar macam ni, semua pegawai dan kakitangan akan terlibat untuk bertugas. K.fiezz tak terkecuali. Untuk kali ni, seperti program yang lepas k.fiezz diletakkan bawah Jawatankuasa Pertandingan (Mewarna, Solekan Rona Kemerdekaan & Fesyen Merdeka)..Sis loike jadi ahli JK yang ni..Fun..hehe..

Untuk program ni, kitaorang ada beberapa checkpoint & berlangsung selama 2 hari tapi k.fiezz cuma bertugas kat checkpoint pertama ni je..

PROGRAM KEMBARA MERDEKA

K.fiezz kena bertugas sehari je iaitu pada hari Sabtu..Legaaa..hehe..JK k.fiezz bertugas pada pagi Sabtu untuk handle pertandingan sebelum acara kemuncak iaitu penyerahan bendera pada pukul 11pagi lebih kurang. Jadi seawal 7 pagi, kitaorang dah ada kat dewan untuk pendaftaran peserta pertandingan..

Tapi masa k.fiezz sampai, terkejut bila tengok kat meja pendaftaran dah ada orang lain & bertugas. Bukan staff Jabatan. Terus masuk jumpa dengan Ketua JK..Bila dia explain tu, baru lah faham kenapa. Aihhh geram pula..Napa urusetia tak maklumkan pihak satu lagi tu dah tubuhkan JK pertandingan juga rupanya..Udah kitaorang pagi tu tercangak bangak tak tahu nak buat apa sebab kerja dah kena rampas..

So bincang dengan ahli JK lain, untuk pendaftaran kitaorang biarkan je pihak lain tu untuk handle..Dah start pertandingan baru kitaorang take over semula...Untuk penjurian, pihak Jabatan yang handle...K.fiezz jadi salah seorang juri untuk solekan..

Cuma masa pertandingan nak mula ada masalah sikit sebab kitaorang kena buat 2 kerja..Kena isi nama-nama peserta dalam borang pendaftaran yang kitaorang punya. Pihak yang handle tu tak tulis nama2 peserta dalam borang kitaorang..Jadi agak kelam kabut masa nak buat penjurian,nama peserta tak ada kat dalam borang kitaorang..Padahal sebelum tu ketua kitaorang dah mintak tolong pihak diaorang untuk tuliskan nama-nama peserta dalam borang kitaorang..Aihhhh..Geram sebab jadi double kerja...Tu lah jadi bila ada double JK yang sama dari 2 pihak...

RAPTAI SEHARI SEBELUM

Ni persiapan tempat & raptai sehari sebelum program sebenar hari Sabtu..

program jabatan

Lepas dah tolong apa yang patut, kita lepakssss lah..hehe...

program jabatan

Tolong lah sikit-sikit..hehe...

program jabatan

Eh terselit photoG snap gambor sis & officer merangkap Ketua JK Pertandingan..


PROGRAM HARI SEBENAR 


Bawah ni gambar-gambar masa hari program...Lokasi di Pusat Komuniti Lembah Pantai..Dewan besor tapi satu je toilet perempuan, semua flush tak berfungsi..Jenuh lah kena tadah air untuk jirus dalam mangkuk tandas...Tak selesa..Tisu pun tak ada..Aduiyaiii berapa lah agaknya sewa kat sini, yeak..Lepas tu cleaner pun muka adehhh ketatttt metattt...Seorang k.fiezz jumpa dalam tandas masa dia duk bersihkan tandas, muka dia macam marah sebab kotor kot..Ehhh dah kat situ flush tak berfungsi..Camne tak kotor...Seorang lagi  k.fiezz jumpa dalam dewan. Minta tolong sapu sampah sikit dalam dewan sebelum majlis bermula. K.fiezz cakap lah elok-elok, sekali yang cleaner tu pandang muka k.fiezz macam nak telan. Mata dia kemain terbeliak besor..Ermmm entah lah..Apa yang marah sangat...Mungkin pihak berkenaan yang jaga tempat ni boleh improve servis yang mana patut...

Back to topic..

Bergambor dulu sebelum bertugas. Tapi masa ni kerja k.fiezz & member yang patutnya jaga pendaftaran pertandingan dah kena caras..haha. So lepaksss je lah...Tunggu start pertandingan baru kitaorang take over semula kerja..

program jabatan

Wefie....

program jabatan

Partner k.fiezz, saras. Patutnya kitaorang yang kena jaga meja pendaftaran pertandingan tapi udah kena caras pulekkk...

program jabatan

Masa bacaan ikrar. Lead by staff tempat k.fiezz ni..Belakang tu adik-adik yang menang pertandingan Fesyen Merdeka..Susunan adik-adik ni JK k.fiezz yang handle. K.fiezz ditugaskan untuk susun diaorang atas pentas. Nasib baik kawan pejabat k.fiezz yang baca ikrar ni share, kalau biasa dia baca ikrar ada budak-budak kat belakang, kena susun macamni..Lorrr nasib dia cakap..Sis ingat memang nak susun straight gitu je..hehe..Ilmu baru...Jadi masa raptai, kitaorang dah siap lekat label atas pentas so hari sebenar k.fiezz terus susun je adik-adik ni atas pentas..Tak ada lah nak kena adjust ke apa..

PERTANDINGAN BERMULA


8.30pagi pertandingan semua bermula serentak..Mewarna, Solekan & Fesyen Merdeka.. Masa pertandingan sejam..Sebab nak setelkan sebelum pukul 10pagi..Ketibaan YB Menteri dalam 11 lebih kurang..Jadi kitaorang kena pastikan by 10pg, ketiga-tiga pertandingan selesai & pemenang dah ada..

program jabatan

Pertandingan solekan rona kemerdekaan. Pertandingan ni kalau ikut hebahan yang pihak Jabatan sediakan dibuka untuk ibu & anak atau bapa & anak sahaja tapi kitaorang dapat info dari pihak lain, dah jadi kategori terbuka...Patutlah kitaorang tengok peserta-peserta ada yang tak ikut syarat..Tapi kitaorang biar je lah..Malas nak banyak cerita...

                                        program jabatan
Hasil solekan peserta-peserta rona kemerdekaan..Kreatif & ada yang fully effort untuk ikut tema...

program jabatan

Pertandingan Mewarna..
Ada 2 Kategori (4 - 6 tahun) & (7 - 9 tahun)

program jabatan

Pertandingan Mewarna..


pertandingan fesyen merdeka

Peserta-peserta pertandingan fesyen merdeka

pertandingan fesyen merdeka

Kreatif-kreatif semua..K.fiezz paling suka yang ada bendera-bendera kat belakang tu..Adik ni menang tempat ke-2 kalau tak silap k.fiezz...


pertandingan fesyen merdeka

Adik yang pakai replika bunga raya ni, tak sempat nak snap sebab laju sangat dia jalan atas pentas..hehe..So k.fiezz snap kat bawah...

pertandingan fesyen merdeka

Keseluruhan peserta-peserta pertandingan fesyen merdeka..Kreatif & effort diaorang tu, sis kagum dengan parents diaorang yang gigih menyediakan pakaian ikut tema...

program jabatan

Sesambil temankan adik-adik yang menang pertandingan ikut kategori masing-masing
standby tepi pentas untuk terima hadiah...

program jabatan

Selesai kerja, kita wefie. Ni kat luar dewan. Jabatan k.fiezz ada buka meja untuk edarkan risalah, buku berkaitan...

program jabatan

Sebelum balik, isi perut dulu..Wajib..

program jabatan

Crowd yang hadir ke majlis ni..

Overall JawatanKuasa Pertandingan untuk program ini berjaya selesaikan tugasan yang seperti yang diarahkan..Alhamdulillah...

Next program..Tahun depan..2 program besar tahun ni dah setel..Satu yang ni..Satu lagi boleh baca SINI..

Pssttt - Dah buat kerja extra, jom lah kita claim o.t..hehe

1 Comments