Jumaat lepas,  k.fiezz & member kat tempat lama lunch date kat SOGO. Lepas makan-makan, kitaorang jalan-jalan kat dalam SOGO tu tak ada tujuan..Main jalan je, kitaorang masuk lah ke tempat wanita..Tengah duk jalan, nampak orang ramai berkerumun kat satu rak baju-baju..Kitaorang  macam pelik, apsal ramai sangat orang kat situ..Sekali kawan k.fiezz ternampak banner yang gantung kat situ, RM10 / sehelai..What???? haha...Terus k.fiezz cakap kat member 'jom lah kita menyelitkan diri dengan yang ramai-ramai tu..haha..Pompuan sangat..Tak boleh tengok baju murah. Mula lah rambang mata..

CARI JANGAN TAK CARI BAJU RM10 KAT SOGO

Haha..Gigih ni cari saiz dalam lambakan baju kat rak gara-gara tengok rega baju murah RM10 sajo..hehe..Malas nak pi fitting room, k.fiezz main sarung je kat situ...Idak lah sis bukak baju yang pakai pulak..Maksud main sarung tu, k.fiezz pakai je baju yang nak cuba tu dengan baju yang tengah pakai kat badan..So boleh agak lah saiz ngam ke tidak..Kalau ketat sikit pun sebab pakai double baju..


baju murah

Hasil mencari, sangkut 3 helai baju 10 hengget..hehe...

Psstt - Dalam nak cuci mata je konon, eh sekali sangkut juga shopping..hehe..

1 Comments