Bila pejabat di lokasi yang strategik, hari Jumaat je wajib ke Sogo. Entah cari apa pun tak tau..haha..Sebab rehat lama hari Jumaat, so kadang tak tahu nak buat apa kat pejabat time rehat lama. Itu yang tau-tau sampai SOGO..haha..

Walaupun kadang tak ada tujuan ke SOGO tu tapi tau-tau plastik ada kat tangan..haha..Entah apa benda yang dibeli..Jangan tanya...haha...

LUNCH BELI KAT SOGO

Bila dah sampai kat sini, harus lah beli lunch sekali. Tukar selera sikit. Pilihan k.fiezz tak lain tak bukan, ayam penyet..Stall dia kat dalam pasaraya Sogo, tingkat bawah sekali..K.fiezz suka juga ayam penyet kat sini sebab sambal dia sedap. Cuma satu lah cili dalam sambal dia besar-besar...Kadang bila makan tersangkut kat lelangit ataupun tekak..Kelam kabut k.fiezz keluarkan..Itu yang kena ready je air bila makan. Risau macam ni lah..K.fiezz dah lah jenis cepat cuak...

So nak match dengan ayam penyet, k.fiezz beli air kat Kenangan Coffee. Pilihan k.fiezz Freezy Avocado..Sedap..Sis suka..Secukup rasa..K.fiezz minta less sugar..Dah tua-tua ni kan, kena kurangkan manis dalam makanan/minuman..haha..

Freezy Avocado, Nasi Ayam Penyet
Good match Nasi Ayam Penyet dan Freezy Avocado..Bila terasa pedas sambal ayam penyet, laju-laju sedut Freezy Avocado..Sejukkk tekak..hehe...

Freezy Avocado

Freezy Avocado...Secukup rasa..Love it..

Pssttt - Dah cukup kumpul point dalam Apps Kenangan Coffee, boleh redeem air 1 kat Kenangan Coffee..Nanti nak pi redeem..hehe..Ni kali kedua cukup kumpul point. Hat first sebelum ni, dah setel redeem..hehe...


5 Comments