Kat Jabatan k.fiezz bertugas sekarang, salah satu tugasan baru yang k.fiezz belajar adalah uruskan makan/minum untuk kunjungan hormat dari Jabatan luar pada bos k.fiezz. Dulu kat Kementerian lama, part makan/minum ni memang k.fiezz tak handle. Semua bagi pada pentadbiran yang uruskan. Tapi mungkin sebab kat Kementerian, besar. Sekarang k.fiezz kat Jabatan, kecil je jadi benda yang simple macamni, PA kena uruskan. 

Mula-mula nak buat tugasan baru ni, rasa ketor juga lah weiii nak handle walaupun tugasan dia tak lah teruk sangat pun. Haha. Sis yang rasa susah sebab tak pernah buat. haha. Dulu kat Kementerian lama tugasan ni tak termasuk dalam job description. Sekarang kat sini bukan setakat kena order makan/minum je tapi hari kejadian bila cafe dah hantar ,  susun sekali makan/minum atas meja sebab pihak cafe akan hantar & letak gitu je dalam bilik mesyuarat. Susun kat meja, sila lah buat sendiri. Jadi tugasan k.fiezz lah ni kena susun pinggan/cawan kat dalam bilik mesyuarat sebelum kunjugan hormat bermula..

TUGASAN BARU

Jadi untuk k.fiezz tugasan ni antara terbaru yang belajar kat Jabatan sekarang. Bila dah biasa buat ni, tak ada lah susah pun. Cuma mula-mula je, ketor..haha..Nak susun macamana..Sekarang?Janji pada mata k.fiezz nampak elok je susunan, sudah..hehe..

Biasa order apa untuk kunjungan hormat ni?

Ikut pada big boss. K.fiezz punya style, tanya dengan big boss nak makan apa?Ikut lah menu apa yang dipilih. Kalau bos sebelum ni, tiap kali ada kunjungan hormat dari Jabatan luar, dia akan pilih 2 ketul kuih & air saja..Bos baru ni, masa kali pertama haritu dia pilih kuih & air sajo..Untuk kali ke-2 ni, dia pilih menu berat sikit. Nasi Lemak + Ayam Goreng & Air Teh O @ Teh Tarik. K.fiezz pilih Teh Tarik..Sebab sis suka teh tarik..hehe..Tetamu tak habis minum, boleh sis perabiskan..haha..

order makan minum

Gini lah tugasan baru..Susun makan/minum atas meja mesyuarat...

order makan minum

Menu untuk kunjungan hormat pagi ni..Nasi Lemak + Ayam Goreng..Dipadankan dengan air teh tarik...

Setiap kali berjaya buat tugasan ni, rasa macam satu kejayaan besar untuk sis sebab berjalan lancar..hehe..

Kadang bagus juga bila bertukar ni sebab ada benda baru yang kita boleh belajar kalau termasuk dalam job description kita..Kalau yang tak ada dalam list, tak payah nak rajin sangat..hehe..Macam k.fiezz ni, kalau tugasan tu memang ada dalam senarai yang memang sis kena buat, sis akan buat..Tapi kalau idak, memang sis akan reject. Tak kira!!Apa hal nak buat kerja orang lain..Oppsss...haha..

Pssttt - Tak berkira kerja tapi kadang kena kira juga sebab tak nak orang ambil kesempatan..haha...

0 Comments