Alhamdulillah dapat ole-ole dari Mekah. Salah seorang ex officer kat tempat k.fiezz ni baru je balik dari menunaikan fardu haji. So lepas beberapa hari sampai kat sini, dia singgah ke tempat kitaorang Jumaat lepas untuk agihkan cenderahati dari sana..Tak sangka pula ex-officer ni nak bagi cenderahati dari Mekah..Sebab dia dah bertukar dari KL ke Johor...Tapi masa dalam proses untuk menunaikan haji, dia uruskan kat sini dan majoriti ramai tahu yang pegawai ni nak menunaikan haji. Mungkin sebab tu Puan  bagi cenderahati kat kitaorang..

Mekaceh Puan Hajah..

Lama tak dapat ole-ole dari oversea..Hehe..Dulu kat Kementerian, selalu dapat sebab k.fiezz duk cawangan Antarabangsa..So pegawai-pegawai kat sana selalu pi keluar negeri samaada bercuti ataupun urusan rasmi..So itu yang selalu dapat...

Alaaaa orang nak bagi pun dah kira syukur tau..hehe..

sejadah, kekacang

Semua dapat sejadah travel & kekacang dari sana...
Kacang tu mr hubby sekali hadap je, terus clear plastik..haha..

Sejadah tu cantik sangat warna dia..Sis loike. Dah banyak koleksi sejadah kat rumah..Hat besar ada, untuk travel macam ni pun ada..Okey lah kan boleh tukar-tukar..Kat pejabat pun, k.fiezz selalu tukar-tukar bawa sejadah..Tiap kali basuh telekung, pakej tukar sejadah lain..So idak lah bersimpan je dalam almari..

Apapun syukur ada orang ingat nak bagi cenderahati...

Psstt -  Syukur dapat ole-ole dari Mekah..Moga ada rezeki jejak kaki ke sana nanti..Aamiin...

7 Comments

  1. waahhh seronoknya ada org ingat beli ole-ole utk kita hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, moga murah rezeki si pemberi

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. rezeki Fiez :)

    ReplyDelete
  4. Senangnyaaa dapat juga souvenir dari tanah suci 😍👍. Baguuus warna sejadah iy kak. Lembuut, saya sukaa 😄👍

    ReplyDelete