Pagi tadi k.fiezz lari kejap ke UTC Pudu untuk ganti ic rosak di cawangan JPN. Tak tahu lah apa masalah ic k.fiezz ni bila touch kat LRT, tak boleh, Dari 2-3 bulan lepas, staff kat Rapid beritahu yang cip pada ic k.fiez ni macam dah hint nak rosak. K.fiezz angguk-angguk je..Sebab masa tu kad elok je walaupun tiap kali touch bila nak keluar - masuk kat LRT kena adjust kat laluan keluar - masuk ke tempat tunggu tren...

Hari Isnin minggu ni, secara rasminya ic rosak. Jadi kena ganti lah yang baru sebab ic ni k.fiezz guna untuk top up MY50 naik LRT. K.fiezz pergi balik kerja naik LRT sebab dekat dengan rumah & pejabat. Lagi satu memudahkan. Tak jammed. Bila ic dah rosak ni, jadi masalah pada k.fiezz sebab kena beli token, harga biasa. Mahaiii lahhh weiii..Guna MY50 yang kat ic, jimat banyak sebab RM50 je sebulan..

Semalam t/hari k.fiezz dah pi ke JPN UTC Pudu ni, sekali amikkk beratur panjang..Adeh..Cancel..

KE JPN UTC PUDU

Pagi tadi baru k.fiezz ulang ke JPN UTC Pudu ni.  Masuk dulu pejabat, thumb print lepas tu keluar kejap ke UTC Pudu ni. Nasib baik lah pejabat k.fiezz sekarang, stesen LRT depan pejabat je. Tak payah nak kena jalan jauh macam pejabat dulu..Alhamdulillah part ni. Ada sebab kenapa k.fiezz ditukarkan ke sini..Bila ada masalah macam ni, senang naik LRT & tak payah jalan kaki jauh sangat..

K.fiezz gerak dari pejabat pukul 7.50pg. Sampai UTC Pudu pukul 8.05pagi..Dari stesen pejabat k.fiezz ke stesen UTC ni 3 stesen je..

Sampai je sini terus ke JPN..Legaa tengok tak ramai orang. 

Nak masuk ke JPN ni ada guard RELA yang jaga kat pintu. Masa nak masuk, guard ni duk tanya ada urusan apa?K.fiezz beritahu lah reader pada ic rosak. Lepas tu dia membebel sebab tak faham..Ehhh geram pula pagi-pagi dah kena sound dengan pakcik jaga ni..Dah kalau tak faham, bagi je lah kita masuk. Senang sis cakap terus kat staff JPN yang ada kat kaunter..Masuk je kat kaunter, k.fiezz beritahu masalah..Terus dapat nombor. Hah, kan senang..Eiii geram je dengan pakcik jaga tu tau..Kerja jaga je..Ehhh..hah, kan dah terkata..Maaf yea bukan nak kutuk pula kerja jaga tu tapi geram sebab mulut dia tu kemain lagi membebel sebab tak faham apa yang k.fiezz cakap..

Berbalik pada topik ganti ic rosak ni, k.fiezz dapat giliran no.8..Yessss tak ramai lagi orang..Lega...Tunggu dalam 10 - 15 minit lebih kurang, nombor k.fiezz naik. Pi kaunter k.fiezz beritahu masalah pada staff.  Masa tengah nak buat ni, k.fiezz beritahu pada staff JPN yang cop jari k.fiezz ada masalah. K.fiezz ada surat dari JPN. Ingat nak tunjuk pada staff ni tapi dia tak minta pun. Dia cakap ganti ic rosak & ada cop jari rosak macam k.fiezz ni, proses untuk dapat ic baru 1-3 bulan..Alamakkk..Sis nak guna ic untuk top up MY50 bagi mudahkan akses naik LRT. Ni kalau kena tunggu pula sampai 3 bulan, naik lah kos pengangkutan sebab kena bayar macam biasa. 

K.fiezz minta staff tu cuba dulu kot cop jari k.fiezz boleh baca pada scanner..Alhamdulillah..Boleh baca..Lega...Terus proses..Kena bayar RM10 sebab ganti ic rosak. Lepas tu tunggu giliran kejap kat kaunter untuk ambil gambar..Setel semua..30 minit ic baru siap..Legaaa..


ganti ic rosak



ganti ic rosak

Sementara tunggu setengah jam ic baru siap, k.fiezz lepak sambil sarapan pagi kat luar JPN..Pukul 9, masuk dalam JPN semula. Ambil nombor untuk collect ic..Kebetulan masa ni lagi 1 nombor giliran, nombor k.fiezz naik..Dalam 9.05 macam tu siap semua..Masa ambil ic baru ni, k.fiezz beli sekali plastik untuk letak ic RM2..Risau problem, jenuhh pula nak ke sini lagi..

Siap semua, moh lah balik ke pejabat & sambung bekerja..Dalam 9.20 macam tu k.fiezz dah sampai semula ke pejabat..

Jadi k.fiezz rumuskan kalau nak ke sini, kena datang awal pagi..Tu yang dapat siap cepat ni..Legaaa..Petang jap gi balik kerja, boleh lah top up MY50...

4 Comments

  1. fuhhh mujurlah boleh siap dlm 30 minit je. kalau nak kena tggu 1-3 bln naya jugak hehe

    ReplyDelete
  2. IC kalau rosak ni memang sukar laaa . Mujur proses siap tu cepat juga kan ,

    ReplyDelete
  3. Linda bukan cip rosak.. IC ter MIA. Sekali dah buat baru, ehh jumpa pulak

    ReplyDelete
  4. Hahahahah habis bertengkar dengan istri rasanya pakcik itu, membeli tak jelas 😅. Syukurlah bisa diganti juga ya kak 👍

    ReplyDelete