Kat pejabat k.fiezz kerja sekarang ni, keliling ada kedai makan. Meriah berbanding kat Kementerian dulu. Masa baru-baru dulu sampai lah sekarang, k.fiezz biasanya tapau kat cafe makan kat meja je. Tapi sejak dah jumpa dengan geng yang rasa boleh serasi, k.fiezz berjinak-jinak sarapan kat luar dengan diaorang ni. Biasa lah sis ni nak rapat dengan sesiapa, sis tengok dulu okey ke idak. Boleh masuk ke idak..Kalau rasa okey, sis onzz..Bila dah ada geng ni, kawan-kawan baru sis ni selalu ajak sarapan kat kedai. Memandangkan bos k.fiezz pun lambat sampai ke pejabat so apa salahnya..hehe..

KEDAI MAMAK

Kat lorong berdekatan je dengan pejabat k.fiezz, baru lah tahu ada satu lagi kedai mamak. Sebelum ni yang k.fiezz tahu dekat dengan Speedmart. Boleh nampak bila keluar je dari bangunan k.fiezz kerja. Hat kedai mamak yang baru k.fiezz tahu wujud juga kat situ, agak tersorok sikit. Kena lalu lorong belakang antara bangunan, baru nampak kedai ni terselit. 

Dah beberapa kali sarapan kat situ, k.fiezz biasa order roti canai & teh tarik. Haritu kawan k.fiezz ni cadangkan k.fiezz cuba roti float ni pula. Alaaa roti telur goyang..hehe..Nama je tukar..

K.fiezz pun baru pertama kali nak cuba roti telur goyang kat kedai ni. K.fiezz minta kuah kari sebab nak cicah dengan roti telur goyang ni. K.fiezz bila makan kena ada kuah, kalau idak jenuh nak menelan makanan..

Kawan k.fiezz order yang sama tapi dia tak minta kuah. Dia cicah roti dengan air nescafe..Mula k.fiezz macam pelik..Bila dah rasa roti telur goyang ni, rupanya roti di sapu kaya & dibakar. Rasa roti dia  manis..Memang ngam lah bila kawan k.fiezz cicah roti dia dengan air manis..K.fiezz cicah dengan kuah kari..haha..Eh tapi bila dah cicah tu, rasa dia okey je. Hilang rasa manis sebab rasa kari tu lebih..Ikut lah selera masing-masing yea tak?k.fiezz lagi suka cicah dengan kuah kari walaupun roti dia rasa manis...

roti telur goyang

Post kat status wasap..Eh sekali mr hubby nak juga..Halah halah...Pulak dah...

roti telur goyang

So balik rumah buat juga lah yang ala-ala roti telur goyang yang macam kat kedai..Cuma roti tu k.fiezz sapu dengan butter..Lepas tu bakar kejap dalam air fryer lebih kurang 4 minit..Dah siap..Baru letak telur separuh masak atas roti yang dah dibakar.

Telur tu k.fiezz rendam dalam bekas untuk buat telur separuh masak..Air panas, kena masak air lain. Tak pakai air panas dari Coway sebab pernah buat tak jadi..Telur tak cukup masak..So yang ni k.fiezz  masak air dalam periuk, dah mendidih baru masuk dalam bekas yang untuk buat telur separuh masak ni..Biar lah sampai air dah turun sepenuhnya kat bahagian bawah..

Dah siap, ni lah rupanya..Idak lah 100% macam kat kedai tapi boleh lah..hehe...

Pssttt - Napa yeak bila kita try buat menu yang jual kat kedai, tak sama hasilnya..Ishhh...


5 Comments

  1. amboi Fiez , kan main goyang-goyang pula ye lepak mamak hehe :)

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap , tapi tak kena dengan tekak CCL. Tapi suami CCL suka roti telur goyang ..kalau breakfast di luar wajib order menu ni

    ReplyDelete
  3. Kalo roti goyang ini suami saya yg sukaaaaa sangat 🤣😄😄😄. Kalo saya tak bisa kak, tak tertelan kalo kuning telur masih cair 😂😅. Kalo matang sempurna baru saya nak 🤭

    Naah betuuul tuh. Kalo buat sendiri pasti rasa tak bisa seenak yg dijual 😂

    ReplyDelete