Ahad lepas, k.fiezz ke klinik gigi..Againn k.fiezz..haha..Tapi dah lama juga lah gigi ni tak buat hal..Last ke klinik gigi 2018 masa cabut gigi bongsu..Terbaru yang ni masalah apa pula sis oiii? Padahal sis ni menjaga sangat tau gigi..Pagi, malam gosok gigi..Kalau makan, ada makanan lekat celah gigi cungkil gigi nak keluarkan sisa makanan yang terlekat kat celah gigi..Pun gigi buat hal juga. Kali ni masalah apa pula?

Gigi k.fiezz jadi hitam-hitam..Mula ingatkan sebab guna ubat gigi charcoal, dia melekat kat gigi bila gosok gigi..K.fiezz tukar beli ubat gigi AmWay untuk putihkan gigi..Eh sama juga..Makin merebak pula hitam-hitam yang melekat kat gigi..Dia jadi garis-garis hitam kat gigi. Udah lah sis ni kerja setiausaha tau..Kena bercakap, senyum..Aihhh rungsing sis..

Try buat appointment kat Klinik Gigi Tanglin, dapat tarikh 31hb ni..Mak aihhhh lama nya..Nak nunggu berapa hari sampai 31hb tu, mau habis hitam semua gigi sis rasanya..

Nak tak nak ajak mr hubby ke klinik gigi swasta je lah kat aera rumah..

BOOKED APPOINTMENT KAT KLINIK PERGIGIAN MS

Mr hubby teringat klinik gigi ni dekat dengan rumah sebab nampak besor signboard dia gambor gigi..So k.fiezz call dulu tanya boleh walk in atau kena buat appointment. Staff tu suruh buat appointment dulu..Jadi k.fiezz booked hari Ahad pukul 10.30pagi..

Dalam 10.30 pagi k.fiezz & mr hubby sampai sini. Tak jauh pun dari rumah. Nak jadi cerita boleh pula pagi Ahad tu, rumah k.fiezz tak ada air..Aihhh sabor je lah..Dapat gosok gigi je, mandi idak. Spray je lah minyak wangi banyak-banyak..haha. Yang penting dah berus gigi sebab jap gi nak nganga depan Dr..Haha..

scaling dan polishing gigi

Dup dap dup dap nak masuk klinik gigi...

scaling dan polishing gigi

Harga scalling yang di caj kat klinik pergigian ms ni ...

Masuk je dalam bilik rawatan, nervous tengok kerusi yang kena baring tu..haha..Tapi kena baring juga lah kan, kalau idak macamana Dr nak check...haha..

Dr tanya ada masalah apa?K.fiezz cakap gigi jadi hitam-hitam..Bila Dr check, dia cakap mungkin sebab pemakanan..K.fiezz beritahu kat Dr, sis peminat air coklat/milo/vico & teh tarik..Jadi boleh jadi sebab ni juga tinggalkan kesan kotoran pada gigi. Dr tanya juga bila last k.fiezz cuci gigi?K.fiezz pun beritahu lah sebelum keluar rumah nak ke klinik tadi..Pastu Dr cakap scalling gigi bila last buat..Ooo scalling..Habaq lah ayat omputih..Sis tak paham cuci gigi, ingatkan tanya bila berus gigi..haha..

K.fiezz pun ingat-ingat lupa bila last buat..Rasa dah 2-3 tahun...haha..Patutnya scalling ni kena buat setiap 6 bulan sekali, yea...

So Dr explain kena buat scaling dan polishing gigi..Dr beritahu sekali harga berapa jadi terpulang nak terus buat ke tidak..K.fiezz terus buat je lah..Dr cakap kalau scalling je, gigi tak cukup bersih..Jadi ikut je lah saranan Dr..Lenguh nganga mulut lama-lama..haha..Tapi nganga je lah..Nak gigi cantik,kan..haha..

APA SCALING dan POLISHING GIGI NI?

Scaling bermaksud membuang karang gigi, pembentukan plak tetapi dalam masa sama ia tak memutihkan gigi..Selain tu rawatan scalling ni saja tak dapat menghilangkan kesan-kesan hitam pada gigi..

Polishing bermaksud membersihkan kesan warna dari air teh/kopi atau merokok. Selepas polishing ni boleh nampak gigi macam berkilat tetapi warna tetap sama lah yea..

Jadi bila ke klinik gigi untuk buang kesan hitam pada gigi macam kes k.fiezz ni wajib buat scalling dan polishing gigi sekali. Tak boleh buat satu saja..


scaling dan polishing gigi

Total bil = Consultation RM30 + Treatment (Scalling & Polishing gigi) RM180 = RM210

Lepas buat rawatan scaling dan polishing gigi ni baru lah yakin mengukir senyuman..Ewah..haha...Sebelum tu masa gigi duk hitam-hitam, nak bercakap, gelak-gelak pun jenuh duk cover mulut..haha..

Sebelum  buat scaling dan polishing gigi ni, Dr check sekali keseluruhan gigi. Ada 2 gigi belah belakang tak berapa okey. 1 memang Dr suruh buat rawatan akar..1 lagi tu macam dah pecah-pecah tapi boleh lagi..K.fiezz memang maklum 2 batang gigi belakang yang bermasalah ni tapi buat masa ni, tak ada buat hal lagi..Kadang-kadang je yang 1 tu berdenyut..Adehhh...

Adoiii gigi..Oo gigi...

Dalam 11.30, k.fiezz keluar dari klinik..Mr hubby tunggu dalam kereta je...Dia malas nak naik sekali...

Pssttt - Mr hubby yang tak jaga sangat gigi..Gosok pun ikut suka dia, eh elokk je gigi dia tau..haha..Gerammm..Sis yang kemain jaga ni, asyik lah bermasalah...

12 Comments

  1. Rabia pun ada karies gigi . lama jgk x pergi klinik gigi buat scalling

    ReplyDelete
    Replies
    1. scaling kena buat setiap 6 bulan sekali, Rabia...

      Delete
  2. CCL pun dh lama tak buat scaling gigi .. last rasa macam sebelum covid melanda tu .haa lama kan .polish gigi xpernah buat ..

    Lepas nii sis fiza lagi berkeyakinan laa nak senyum nampak gigi kan .heheh

    ReplyDelete
  3. mmg slalu cmtu. org yg tak jaga sgt gigi, ehh helokkk je gigi depa takdak masalah. gerammmmmm je ha hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt..kita ni yg beria jaga..eh ada je masalah..

      Delete
  4. makin manis la senyuman dia

    ReplyDelete
  5. Ammi pun bertahun tak buat scaling. apa rupa ntah kat dalam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kita sama lah ammi..ni pun buat sbb dh jadi hitam2 pulak kat gigi..adeh...

      Delete
  6. Kalau klinik kerajaan scaling rendah sikit la harganya....tapi janji gigi dah scaling dah. Senyuman manis nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah mughah sgt...baru boleh senyum dgn yakin, gitu..ewah..hehe...

      Delete