Beli berus gigi elektrik ni kat Tik Tok Shop. Murah je harga dia dalam RM25.99..1 set siap ada untuk scalling gigi. Itu yang k.fiezz terpengaruh beli sebab nak scalling gigi kononnya tapi haram tak berani nak cuba sampai berus gigi dah terbakor..haha..Yea weiii terbakor masa caj. Berus gigi ni sampai pertengahan Mei. Baru je lagi. Dari sampai tu tak pernah bercaj lagi sebab bila guna elok je berfungsi. Baru-baru ni dalam awal Julai baru bateri berus gigi ni abis. Kena caj lah kan.

Ater sis pun caj lah..K.fiezz caj dalam pukul 8-9 lebih. Lepas dah cucuk dengan cable, k.fiezz biorkan je lah. Sampai lah dah tengah malam, mr hubby & k.fiezz dah landing atas katil sambil main handphone (hehe..habit orang sekarang kan, sebelum tidur mesti tengok hp dulu..aihhh)...Okey berbalik pada cerita berus gigi ni. Tengah duk scroll handphone, tetiber mr hubby cakap macam ada bau terbakar. K.fiezz pula tak bau apa-apa. Hidung jenis tak sensitif.. 2-3x mr hubby duk cakap yang sama, k.fiezz pun ke dapur tengok kot ada buka gas panaskan apa-apa ke. Maklumlah udah berusia..Takut lupa..Tengok atas dapur gas, kosong tak ada pun. Tapi masih ada bau terbakar dalam bilik. Jenuh lah kitaorang cari dalam bilik apa benda yang terbakar. Lepas tu baru k.fiezz teringat caj berus gigi elektrik ni. Bila pegang kat berus gigi, memang panas..Tengok kat buntot dia yang tengah bercucuk cable, udah cair weiiii sekali dengan cable..Aduiyai..Baru pertama kali caj...Adeh...

Laju-laju mr hubby ambil berus gigi yang dah mencair ni buang dalam tong sampah. Mula dah buang dalam tong sampah kat dapur tapi mr hubby risau meletup. Terus bungkus berus gigi dalam tisu/plastik (salah satu..tak ingat yang mana), buang berus gigi dalam tong sampah kat belah luar rumah. Kebetulan malam tu memang ada kutipan sampah...Cable yang mencair tu pun kena buang juga sebab dah tak boleh pakai...

berus gigi elektrik

Baru je beli berus gigi ni, baru sekali caj dah terbakar..Tak pasti lah sebab k.fiezz tercaj lama ke atau kualiti dia yang kurang elok..

Bukan k.fiezz nak burukkan jenama berus gigi elektrik ni tak elok ke apa tau. Mungkin kesilapan k.fiezz yang tercaj lama agaknya..Kalau korang beli jenis yang sama macam ni, alert bila caj...

Psstt - Nasib baik ada berus gigi elektrik lain kat rumah..Tapi k.fiezz dah beli berus gigi elektrik yang lain juga sebab hat pakai sedia ada sekarang ni, berus dia tak ganti baru..Nampak melekat hitam-hitam pula kat gigi sis..

3 Comments

  1. alamak mujur takde jadi apa-apa yg lebih serius. mujur hasben k.fiezz hidung jenis sensitif cepat sedar ada bau hangit tu

    ReplyDelete
  2. Rabia dulu beli berus gigi elektrik di watsons je cuma silap rabia letak dlm toilet kena air jd rosak la

    ReplyDelete
  3. Mujur sedar awal kan ..kalau tidak xtahu laaa .. haihhh risau juga kekadang kalau charge benda-benda macam tu .. kadang terlalu lama over charge pun boleh jadi juga .

    ReplyDelete