Dapat 2 Utas Gelang Tangan Sempena Anniversary
Happy Anniversary to both of us. Ewah...1hb Jun baru ni anniversary k.fiezz & mr hubby yang ke-16. Alhamdulillah masih bersama dalam bergaduh, masam muka (sis lah tu..hehe), bergurau-senda..Pejam celik pejam celik, dah 16 tahun kitaorang melayari rumahtangga..Alhamdulillah mr hubby masih mampu bersabar melayan karenah sis yang entah apa-apa ni..Tantiu sayang masih setia bersama & menerima segala kekurangan diri ini (yang faham, faham lah. siapa rajin baca blog sis ni tahu lah apa maksud sis yang ni)..
Apapun alhamdulillah hubungan k.fiezz & mr hubby masih lagi kukuh sehingga ke hari ini. Syukur dengan segala yang telah Allah aturkan untuk kitaorang berdua.
SAMBUT KAT MANA ANNIVERSARY
Memang tak sambut pi mana-mana pun, uolls..K.fiezz kena kerja hari Sabtu (1hb Jun) baru ni. Haha..Tak pernah-pernah kena kerja hari Sabtu, masuk kat Jabatan yang sis bertugas sekarang tak ada pilihan. Bila nama naik kena bertugas, #pasrah & saya yang menjalankan amanah je lah jawabnya..
Tugasan k.fiezz hari Sabtu lepas dari pagi sampai malam, uolls..Ikutkan job skop yang k.fiezz kena bertugas hari tu kena buat kerja pagi & petang (lepas lunch) saja. Tapi sis tunggu juga sampai malam sebab takut nak balik awal..Kang kena marah pulekkk..haha..Maklumlah first time joint program yang Jabatan buat..Tahun lepas masa k.fiezz masuk kat Jabatan ni, semua program besar-besar dah selesai. Tak ada lah kena joint jadi urusetia. Tahun ni memang kena. Tak ada excuse melainkan kalau ada hal. Cuma kebetulan 1hb yang lepas memang k.fiezz & mr hubby tak ada plan nak ke mana-mana..Free..So kena joint lah program Jabatan ni..
Selesai bertugas kat event tu, sampai rumah dah malam. Dari petang, mr hubby duk whatsapp tanya pukul berapa boleh balik. K.fiezz cakap lambat sikit. Tengah cari line clear nak keluar awal (kalau berjaya)..hehe..Tapi memandangkan sis ni penakut..Sis tunggu sampai malam. Itu pun tak ada pilihan terpaksa juga lari balik awal sebab kepala k.fiezz dah berdenyut (migrain). Tak tahannn..Dari petang dah berdenyut je kepala sampai bff dengan minyak cap kapak lah kejap..Dalam pukul 8 lebih, k.fiezz terpaksa juga balik awal. Lagipun part k.fiezz kena buat tugasan dah lama setel..
5 Comments
hepi anebesari fieza dan suami..:)
ReplyDeletewaahhhhhhh bestnyaaa dpt dua! happy annyberseri kak fieza & hasben! moga sentiasa diberi kesihatan yg baik & ceria selalu! effort tu yg paling penting kan hehehe
ReplyDeleteCantik gelang
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga kekal bahagia. Gaduh masam muka tak bercakap tu lumrahlah. Kalau elooooook sepanjang masa mcm skrip dramalah pulek
ReplyDeleteHappy anniversary kak 🎉🎉🎉🎉 semoga nanti sampai merasakan ulang tahun emas pernikahan yaaa 🤗
ReplyDeleteOooh JD diikat pakai benang juga supaya perhiasan tak jatuh yaa. Saya ini pun samaaa, mau pakai kalung, gelang, pasti lepas. Makanya sampai skr saya tak pakai kak, Krn takut hilang. Cuma cincin Saja
Masalah zuriat, dah laah itu hak Allah nak kasih atau tak. Saya setuju itu bukan penentu kebahagiaan. Teman saya banyak tak punya anak, mereka happy, malah puas traveling kemana2. 👍👍