Ni story masa bulan puasa yang lepas. Baru nak cerita kat blog, k.fiezz oiiii..Raya pun dah habis..haha..Maafin sis yang busy entah apa-apa ni..haha..Masa ni dah nak raya, adik k.fiezz yang bagi cadangan ajak berbuka puasa kat luar. So mr hubby & k.fiezz cari tempat yang selesa dan harga berpatutan. Cari punya cari, jumpa bufet ramadhan kat Hotel Excelsior Ipoh ni. 

Harga bufet seorang RM70-RM80 / seorang..Hah tu lah tulis benda dah lama..Lupaaa..haha..Tapi harga bufet kat sini dalam kategori boleh lah dibayor dan berbaloi berbanding kalau di KL..Kat KL harga bufet semua dah cecah RM100 ke atas seorang..Itu yang tahun ni, kitaorang tak pi pun berbuka puasa kat hotel sebab harga semua, terjojol biji mata tengok..haha...Tapi ni dah kebetulan balik kampung kat Perak & tengok harga bufet reasonable okey lah onzzz...

MENU YANG ADA?

Macam-macam ada..Makanan tempatan, pencuci mulut, makanan barat, aiskrim, buah-buahan..Sebut je..Complete..Pilih je ikut selera masing-masing...

K.fiezz macam biasa apa-apa cari nasi dulu..Lepas tu baru cari makanan lain..

Hotel Excelsior Ipoh

Deretan menu pilihan untuk berbuka puasa...

Hotel Excelsior Ipoh

Meja untuk pencuci mulut...

Hotel Excelsior Ipoh

Si kecik tu dari rumah elokk segor biji mata..Masuk dalam keta mata pun layu..haha..Sampai hotel, dia Zzz dulu...

Hotel Excelsior Ipoh

Dah amik menu pilihan masing-masing..Tunggu waktu berbuka je..hehe...

Masa berbuka ni, family k.fiezz & family mr hubby sekali..Tapi belah mr hubby seorang adik ipar & 2 biras k.fiezz tak joint. Jadi kitaorang yang ada je lah masa ni..

So sedap tak makan kat sini...Overall okey je menu-menu dia..Ada yang okey, ada yang tak. Tapi sedap ni subjektif..Nak tahu kena lah datang sendiri & cuba menu-menu yang ada...

Pssttt - Sebenarnya nak makan bufet kat hotel ni kena bawa yang kuat makan. Macam sis perut kecil. Makan sikit pun dah kekenyangan gilerrr..Ada seorang adik ipar k.fiezz joint sekali masa ni, bawak dia berbaloi..Dia memang makan ikut dengan harga bufet..haha...

7 Comments

  1. Betul tu Kak Fieza, kalau pergi makan buffet, mmg kena bawak yg kuat makan baru berbaloi. Tahun ni kiteorg decide tak pergi ramadhan buffet sbb dah 2 tahun bukak puasa dekat hotel, tapi rasa tak berbaloi sbb masing2 jenis yg makan sikit je huhu...

    ReplyDelete
  2. Betuuuuul kaaak. Saya dulu saat masih 20-30an usia, kuat makan buffet begini. Atau restoran AYCE (all you can eat). Tapi setelah masuk 40, tak sanggub. Porsi makan jadi secukupnya.

    Makanya kalo ke restoran ayce, saya lihat harga. Kalo msh masuk akal, saya tak masalah. Tapi kalo Hrg dah mahal sangat, better pilih ala carte. Krn tak worth it harga mahal, saya makan cuma sikit.

    ReplyDelete
  3. CCL pun jenis makan sedikit . Kadang risau kalau nak pergi makan buffet ramadan .. makanan banyak ..makannya sikit ..

    Last nak rasa semua makanan yg ada terpaksa limitkan kuantiti makanan .walaupun makanan tu sedap , sebab nak cuba makanan lain lagi .

    ReplyDelete
  4. byknya pilihan.. mama pun sama juga rugi kalau mkn buffet, tapi kalau makan mama cuba kosongkan perut dan pilih makanan high protein. jgn makan carbo nanti cepat kenyang.. rugi

    ReplyDelete
  5. Betul itu.
    Lagilah masa puasa tidak boleh makan banyak.

    ReplyDelete