Sesi tukar duit raya..Semalam (26 Mac 2024) dah boleh tukar duit raya. So kalau korang yang nak tukar duit raya boleh lah ke bank..Tak pasti bank lain sama juga ke tak, yang k.fiezz tukar ni di Maybank. Nasib baik pejabat k.fiezz sekarang, Maybank kat tingkat bawah..Senang ..Sehari sebelum member pejabat dah pi ambil dulu borang untuk isi siap-siap berapa RM nak tukar..K.fiezz tanya mr hubby dulu tapi ambil juga lah borang yang kawan pejabat bagi. Tahun sebelum-sebelum ni kitaorang jarang tukar duit raya kat bank sebab susah nak ke bank. Jadi biasanya kitaorang akan kumpul duit yang dapat bila beli barang..hehe..

Memandangkan start tahun lepas bertugas kat sini, tingkat bawah ada Maybank. Senang kerja..hehe..

Waktu untuk tukar duit raya di Maybank tempat k.fiezz kerja ni dari 10.00pagi - 2.00ptg. K.fiezz ingat dalam pukul 10 baru nak turun tapi member ajak turun awal dalam pukul 9.30 macam tu..Sis ikut je lah..Masuk kat Maybank, pi kaunter cakap nak tukar duit raya. Mula staff suruh isi borang dulu. K.fiezz cakap borang dah isi. Dia suruh terus ke kaunter 6. Beratur je kat situ..

Sekali sampai kat kaunter 6, tu diaaa dah ramai..Nasib baik turun awal..Itu pun beratur juga. Lepas tu tengok kat belakang, bertambah panjang lagi barisan.

fiezasani

Masa ni dah nak sampai turn k.fiezz. Barisan makin panjang kat belakang sis tu...Selain tukar duit raya untuk diri sendiri, ada seorang pegawai kat tempat k.fiezz kirim untuk tukarkan duit dia sekali. Dia tak dapat nak ke bank sebab ada mesyuarat. K.fiezz okey je..Sesekali tolong orang..Apa salah yea tak? Tapi kalau ada orang lain nak kirim lepas ni, sis tak mau..Penat beratur..haha...

duit raya

Selepas sakit pinggang beratur, berjaya pun tukar..Dapat 1 pek sampul raya..Ala sikitnya..Nak minta lebih risau staff tak bagi pula..So #pasrah je lah... Eh tukar duit raya ni duit baru ke?Idak pun..Duit recyle. Tapi biorkan di situ, janji ada..Duit baru ke, lama ke, recyle ke janji duit..Laku untuk membeli..hehe...

K.fiezz & mr hubby tukar tak banyak. Boleh lah..Spare bila pi beraya ada budak-budak boleh lah bagi angpau. Idak lah kena tenung je dengan budak-budak tu nanti..haha...

Pssttt - Bila raya ni part dapat duit raya ni paling budak-budak suka. Seronok tengok muka budak-budak tu bila dapat sampul duit raya. Macam-macam gelagat. Ada yang excited, ada yang malu-malu...

7 Comments

  1. duit raya sekadar nak memeriahkan je...berapa yang kita mampu...tp ,linda pun selalu ajar anak2, simpan dulu dalam beg, jangan bukak depan tuan rumah...tp anak2 kan...berhuhu je lah ibu nie...
    eh, tahun nie smpul kaler hijau, selalu maybank sampul kaler kuning

    ReplyDelete
  2. pastu ada bebudak yg siap ckp "cehhhh dpt 2 ringgit je" ! heyyyyy korang tawu tak kami dulu masa kecik, dpt 50 sen pun dah seronok tawww~ geramm ke tengok perangai hehe

    ReplyDelete
  3. Hahahahah ternyata di sana pun sama yaaa, tiap dekat lebaran harus beratur utk dapat uang small denomination utk duit raya 😄. Tapi dah 2 tahun ini, kalo di keluarga saya dan suami, anak2 tak lagi minta duit raya secara cash kak. Mereka kasih barcode, yg mana tinggal kami scan dan pay pakai QR 🤣. Langsung masuk rekening mereka.

    Makanya saya dah tak beli amplop raya. 😁

    ReplyDelete
  4. CCL esok baru nak pergi bank tukar duit raya

    ReplyDelete
  5. Tak tukar lagi duit raya ni. Kena cari geng kerja bank la lepas ni.

    ReplyDelete
  6. tidak dinafikan budak-budak yang paling happy terima duit raya...tapi orang dewasa akan rasa bocor juga hahaha

    ReplyDelete
  7. cantik juga sampul duit raya tu. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

    ReplyDelete