Welcome 2024..Alhamdulillah melangkah ke tahun baru. Moga lebih bersemangat, ceria, sentiasa sabar dan semua yang baik-baik di tahun 2024. Apa azam tahun baru korang? Sis..Tak ada azam pun. Haha. Lebih kepada doa moga sihat sentiasa, jadi isteri yang lebih baik, kurang mengamuk dan marah tak tentu pasal. haha. Teruskan maintain jadi anak, menantu, kakak, kakak ipar & mak sedara yang baik..hehe...

Jom throwback sikit memori sis yang paling tak boleh lupa di tahun 2023..

MEMORI TAHUN 2023

Untuk k.fiezz memori paling tak boleh dilupakan sepanjang tahun 2023 bila sis dapat surat tukar dari JPA sebab pusingan kerja. Something yang memang tak expect langsung. Masa mula-mula dapat tu, terkejut..Tak tau nak bagi ekspresi apa. Nak sedih ke, happy ke camne ni..haha. First time kena keluar dari Kementerian yang jadi tempat sis berkhidmat dari mula lantikan tahun 2007. Tak pernah ke mana-mana jabatan/kementerian lain so tak tahu lah cara kerja tu macamana..Risau tau sebab nak adapt cara kerja kat tempat baru. Walaupun nama kerajaan tapi cara kerja setiap Kementerian dan Jabatan ni berlainan sangat. Sis risau takut tak boleh nak adapt cara kerja kat Jabatan baru. Lagi satu nak jaga bos baru. Sebelum kena tukar ni, sis dah jaga bos yang sama dekat 6 tahun. Jadi bila kena jaga bos baru ni memang rasa serammm sebab nak kena sesuaikan diri semula dengan bos lain pula. 

Fieza Sani

Tapi apapun sebagai penjawat awam yang menjalankan tugas, sis kena ikut juga arahan. Kalau tak ikut kang, kena cop ingkar perintah. Setakat ni dah beberapa bulan sis kat jabatan baru, masih lagi dalam proses penyesuaian diri dengan cara kerja, persekitaran dan kawan-kawan kat tempat baru ni. Harapnya berterusan yang baik-baik kat jabatan baru ni..

Dari segi peribadi, tak ada apa sangat sis nak story. Semuanya seperti biasa. Paling penting, trip bercuti sentiasa ada je terutama dengan family in law..hehe..Harap tahun ni pun sama banyak trip cuti-cuti..hehe..Fenattt tau asyik kerja je..Kena juga release tension sesekali..hehe..

Apa lagi memori kat tahun 2023, ooo yeaaa sis buat rawatan IVF untuk kali ke-2. Kali pertama tahun 2022 tapi gagal. Sebabkan sis & mr hubby ada 1 lagi embrio, kitaorang teruskan masukkan embrio untuk kali ke-2 tapi hampaaa juga..Gagal..huhu. Tak pe sekurang-kurangnya sis & mr hubby mencuba..Yang penting sis berani nak buat rawatan ni. Dulu seriau tau..Fikir sakit apa semua..Tapi bila usia dah makin menginjak ni, sis tempuhkan juga demi seorang zuriat..Tapi sorry sayang, rezeki masih belum berpihak kepada kita. Moga ada keajaiban semulajadi di tahun baru ni..Aamiin..

 AZAM TAHUN BARU


Moga yang baik-baik je untuk sis & family..Tak ada azam yang spesifik cuma harapnya tahun ni berjalan dengan lancar saja.. Selain tu macam yang k.fiezz beritahu atas ni, moga ada miracle dari Allah untuk sis & mr hubby walaupun kitaorang berdua dah berusia. Allah lebih tahu yang mana terbaik untuk setiap hambanya...Mungkin orang fikir 'eh dah tua lah korang ni..sibuk nak juga'..tapi kalau Allah kata ni masa yang terbaik, siapa kita nak menidakkan rezeki Allah, yea tak? 

K.fiezz punya konsep 'why bother..why bother'..Orang boleh bercakap, kritik tapi yang menjaga membesarkan zuriat tu nanti kitaorang jadi letak ke tepi apa pun orang nak komen, kutuk..Biarkan...Dah penat nanti, orang tutup lah mulut...

Cuma k.fiezz cakap ni sekiranya 'ada lah rezeki zuriat ni dari Allah untuk kitaorang'...

Apapun doa yang baik-baik saja di tahun baru ni untuk semua..

BEST NINE @ INSTAGRAM

Atas ni best nine sis kat Instagram. Tak tahu lah berapa total likes sis untuk tahun 2023 sebab buat best nine kat apps semua berbayor tau, nak tau jumlah likes kena bayar dulu..haha. Ni pun screenshot kan je. Tu pun kena warning. haha. Lantakkan di situ. Tahun lepas memang tak berapa nak post gambar sangat kat IG. Kemalasan melanda. Kalau ada post pun, like tak banyak. Tapi tak kisah pun. Sis bukan obsess sangat nak kumpul like.. Saja suka post kat IG sebab hobi. 

Pssttt -  Orang nak azam kurus kan. Sis nak azam gemuk, boleh...haha..

6 Comments

  1. semoga dikurniakan rezeki zuriat utk kak fiezz jugak nanti..aamin

    ReplyDelete
  2. aaminnn..semoga Allah makbulkan doa Fieza untuk jadi ibu

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun Baru kak! Moga thun ini akan menjadi lebih bermakna dan membahagiakan buat akk sekeluarga..Aamin

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru 2024 akak.. semoga azam akak tahun ni menjadi kenyataan dan berjaya..

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru 2024 kak fieza . semoga segala azam tahun baru ni dipermudahkan

    ReplyDelete