K.fiezz order botol minyak masak ni hujung tahun lepas, beli kat Tik Tok Shop. Buat bayaran 30hb Disember 2023. Expected untuk delivery 3-5 Januari 2024. Tak apa lah, k.fiezz okey je. Order botol minyak masak ni untuk mak sebab mak nak. Mak berkenan tengok yang macam kat rumah k.fiezz. Itu yang order ni. 

TAK KELUAR-KELUAR DARI KEDAI SELLER?

Memandangkan k.fiezz buat bayaran pun hujung tahun lepas, jadi expected mesti lah awal tahun barang baru courier pi amik kat tempat seller. Dah masuk tahun baru ni, bila sis check semula status dalam sistem tik tok shop, dari 3hb sampai 5hb masih statik 'waiting for courier'. Eh..dah kenapa ni?Sis kena scam ke ni, weiii?Geram pula. Tak pernah-pernah beli barang kat Tik Tok Shop sampai berhari-hari barang masih kat tempat seller tak berambil. 

Tunggu sampai 6hb pun sama juga. 

BUAT REQUEST REFUND

Apa lagi terus buat refund request kat si penjual ni. Geram pula sis...Ko dah kenapa nak menjual tapi servis lembab betul. Biasa seller kat tik tok ni laju je buat kerja. Kalau courier tak datang ambil kat tempat diaorang, diaorang yang drop off barang kat mana-mana tempat courier. Ni sampai berhari-hari..Nak tunggu sebulan, dua bulan ke setahun baru nak post out barang customer

K.fiezz pun buat request refund. Dah tak nak sangat duit sis sebab barang murah je, agaknya tak seberapa jumlah tu kat seller..Tak apa lah , meh bagi balik duit sis...

request refund

Nampak tak status tu waiting for courier dari. ETA patutnya 3-5 Januari 2024 tapi sampai 6hb barang tak keluar-keluar lagi...

request refund

Tapi seller reject weiii. Lagi bertambah geram...K.fiezz hntar request kat Tik Tok untuk bantuan...

request refund

Dan tadaa pun kena reject juga dari pihak Tik Tok. Terus rasa nak banned Tik Tok Shop..Habis semua dalam bakul, k.fiezz buang. Geram punya pasal...

Lepas kena reject dari pihak penjual dan juga tik tok, k.fiezz malas nak bertekak..K.fiezz tunggu lepas sebulan nak buat lagi sekali request refund ni. Agaknya tempoh masa yang diletakkan oleh pihak seller ni tak cukup kuat untuk Tik Tok terima permohonan sis. Sebab ikutkan ETA 3hb -5hb Januari. Sis buat aduan 6hb Januari 2024. Padahal sis bayor untuk pembelian dari 30hb Disember 2023..Tempoh yang agak lama untuk sis sebagai pembeli menunggu barang yang tak keluar-keluar dari kedai seller

Kita bagi lah masa sebulan kat seller ni. Biar pihak Tik Tok nilai sendiri nanti, seller ni scam ke apa.. Lepas tu k.fiezz dapat notification untuk nilai bantuan dari pihak Tik Tok. Memang sis bagi 1 je lah. Alasan - tak berjaya dapatkan semula refund. Padan muka..Puas hati...

K.fiezz pi ke shopee, beli botol minyak masak yang lain untuk mak. Puas hati..Geram sangat aihhh dengan Tik Tok Shop ni..Tak membantu langsung..

BARU KELUAR

Lepas dah kena reject dari pihak penjual dan Tik Tok Shop, sis malas dah nak check dalam sistem. Dalam hati memang agak sis kena scam je. Eh tup tup dapat notification, barang dah pick up by courier 8hb.  Laaa ingat tak nak proceed pun barang yang sis order ni..Selepas dari buat bayaran, 30hb Disember 2023 & 8hb Januari 2024 bersamaan 10 hari baru barang keluar dari tempat seller. ETA pun dah bertukar ke 10 - 12 Januari 2024. Ermmm..Geram betul lah dengan kedai ni. Lepas ni sis nak beli kena hati-hati. Check dulu review. Ni barang dah sampai memang sis bagi rating 1 je sebab lembab buat kerja.

K.fiezz rasa diaorang bergerak ni mungkin pihak Tik Tok shop yang push agaknya sebab customer dah complaint


request refund

ETA baru untuk delivery (10-12 Januari 2024)

Adoii seller tolong lah servis buat laju yea. Paling lambat sehari dua tu boleh lagi buyer bersabar. Ni sampai berhari-hari, memang bikin panas lah..

Pstttt -  Sis ni bukan jenis suka-suka nak buat request refund kalau seller tak buat hal macam ni..Kita beli barang sebab serius nak guna barang tu. Bukan saja-saja beli lepas tu request for refund..

Update - Barang dah selamat sampai kat mak k.fiezz semalam (9 Jan.2024)

6 Comments

  1. suka beli kat sopepe..cepat..free pos..hehe

    ReplyDelete
  2. Macam-macam jenis masalah ya Puan Fiezz jumpa.

    ReplyDelete
  3. Cuya pernah barang lebih seminggu tak gerak2. Geram ajerrr.
    last2 CUya pon refund. Lembab gila, sakit hati

    ReplyDelete
  4. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
  5. kalau sis fieza tak buat request refund tue , mybe seller tu akan lepas tangan agaknya . eh geram betul la . moga barang kak fieza selamat sampai

    ReplyDelete
  6. slownya buat keje.. sapa x angin kalau camni

    ReplyDelete