Azam tahun baru ke sis?hehe.Kisahnya sabtu lepas, k.fiezz & mr hubby dah set untuk brisk walk kat taman. hehe. Dari tahun lepas lagi benornya tapi on off je. Kadang buat, kadang idak..Adeh. Tak konsisten betul. Haha. 

Sempena masuk tahun baru ni, moh lah kite kuatkan juga diri bangun awal di hari minggu paksakan juga diri pi ke taman. Consider azam tahun baru lah sekali ni..hehe

EXERCISE RINGAN KAT TAMAN

Memandangkan kitaorang berdua ni baru je sesi perkenalan dengan dunia exercise ni, jadi kita buat yang light-light je step. Jangan paksa diri gitu...

Tahun lepas mr hubby pernah brisk walk kat taman ni. Dapat tahu taman kat sini pun dari adik ipar sebab dia ajak ke kedai mamak berdepan je dengan taman ni.  Kebetulan sekali lah masa tu mr hubby brisk walk. K.fiezz, adik & adik ipar duk makan kat kedai mamak sambil perhatikan mr hubby..Seingat k.fiezz masa tu taman ni agak luas juga lah nak pusing. Berapa kali juga lah duk tengok mr hubby brisk walk pusing taman.

Minggu lepas ke sini tengok ada separuh part area taman dah kena tutup sebab  dalam proses bina gelanggang. Patut nampak kecil taman tu. 

Cakap kat mr hubby, dia tak perasan sangat. Masa kitaorang duk brisk walk, mr hubby ajak pusing baru dia perasan. Lerrr dah habaq awai kat dia..Dia tak percaya..

Lepas buat satu pusingan, kitaorang buat senaman ringan dengan peralatan senaman yang ada kat taman tu. Kisahnya mula-mula k.fiezz ternampak ada seorang perempuan cina duk main salah satu peralatan senaman ala-ala thread mill gitu. Eh nak juga lah try...Gediks..hehe..Mula k.fiezz guna peralatan yang sebelah perempuan cina tu tapi rosak pulak..So kebetulan dia dah lama duk exercise kat situ, dia bagi k.fiezz guna yang dia punya pula..Yeayyy... 

Joms tengok apa peralatan senaman yang kitaorang guna..hehe..

senaman ringan

Ni untuk kuatkan bahagian tangan & dada..Mr hubby je try. Sis kat depan duk main alat yang untuk jogging tu..hehe...

senaman ringan

hah menda alah ni lah yang k.fiezz duk usya perempuan cina tu guna..Lepas dia dah siap, dia bagi k.fiezz pulak..Yeay..Seronok weiii yang ni..Sis suka..Macam jogging konsepnya...

senaman ringan

Hat ni untuk kuatkan pinggang..haha..Best jugak yang ni. 

senaman ringan

Ni pun menarik jugak..Ayunkan badan ke kiri & ke kanan...

senaman ringan

Antara peralatan senaman yang ada kat taman ni..Ada yang dah rosak..Sayang tak dibaiki...

brisk walk

Lepas siap senaman ringan dengan peralatan senaman yang ada kat taman. Kitaorang brisk walk 1 pusingan lagi lepas tu pi breakfast..Eh kena lah makan juga..Sat gi lapar, gastrik.. Dah satu hal...Yang penting, kita exercise bagi keluarkan peluh sikit...Maklum lah lifestyle kita ni jarang bagi badan berpeluh. Duk sakan makan je tapi tak bersenam..So kita buat senaman ringan untuk keluarkan peluh..

penimbang berat

Ni pulak sis check berat dengan penimbang berat kat Lotus lepas bersenam kat taman..Mak aih berat sis sekarang..Kan main mencanak naik..haha..Nak sangat gemuk..Dulu nak cecah angka 5 ni kemain payah..Sekarang, petik jari je..haha...

Psstttt- Dah berusia ni kesihatan kena jaga lebih lagi...

4 Comments

  1. Azam yang bagus.
    Rasa hendak cuba alat senaman sebab belum pernah guna. Mungkin pernah nampak tapi waktu itu bukan buat brisk walk.

    ReplyDelete
  2. 55kg ke tu alahai xde la berat mana tu

    ReplyDelete