Hari Jumaat sejak dah bertukar tempat kerja yang betul-betul kat kawasan hot spot (SOGO & seangkatan, hehe)..Memang rajin lah k.fiezz keluar time lunch.. hehe. Sensorang pun onzz. Sebenornya k.fiezz lagi suka pun keluar sorang sebab boleh adjust masa sendiri. Nak balik semula ke office pukul berapa. Tak payah nak kena tunggu kawan bagai. Dah siap beli barang atau round mana-mana tempat yang nak di tuju, singgah beli makanan & balik semula ke pejabat. Makan kat office..Senang kan..Barang yang nak, dapat beli, sambil tu jalan-jalan pun dapat juga & makan pun dapat..hehe..

LUNCH SHAWARMA DAMASCUS & AIR STRAWBERRY SUSU

Haritu masa lepas beli skirt kat satu kedai area Jalan TAR, k.fiezz ternampak kedai shawarma damascus ni betul-betul belakang kedai pakaian yang k.fiezz singgah. Trademark lokasi kedai ni belakang CIMB dekat dengan SOGO. Kalau yang tahu area tu, ada satu jalan kecil untuk  melintas dari CIMB nak ke deretan kedai area Jalan TAR, kedai ni kat situ..Kalau nak melintas confirm akan nampak kedai Shawarma Damascus ni.

K.fiezz macam teringat ni cawangan shawarma damascus yang kat Bukit Bintang tu ke?Pernah ke sana masa bulan puasa tahun lepas yang kitaorang staycation area Bukit Bintang <Mencuba Shawarma Bukit Bintang Yang Viral Ni >. Tapi tak pasti lah kalau yang kat Jalan TAR ni cawangan ke apa. Tapi secara logik mana boleh buka nama kedai sama, betul tak?K.fiezz tanya juga pekerja kedai shawarma tu bila buka kat situ tapi dia fahamkan waktu beroperasi. K.fiezz nak tanya bila mula berniaga kat situ tapi malas lah nak panjang sembangnya sebab pekerja dia bukan orang Malaysia..Udah lah english sis ni on my english sangat..haha..Masa dia beritahu buka pukul berapa tu, sis anggukkan je..

Joms intai sikit lunch sis ni...

shawarma damascus

Good combination..Kononnya tapi air tu failed sikit..Opsss..hehe..ni dari sudut review sis yea...Orang lain tak pasti...

shawarma damascus

Ni kedai Shawarma Damascus tu..Betul-betul tepi jalan..Kalau nak melintas jalan dari CIMB nak ke Jalan TAR, mesti nampak. Rasanya baru buka kedai Shawarma Damascus ni sebab tak pernah nampak pun sebelum ni...

shawarma damascus

Inti tebal & penuh..Saiz pun panjang..Tak terabis. Sis bawa balik separuh, abah perabiskan..Masa order shawarma ni k.fiezz minta letak sos cili tapi dia buh sikit..Kureng rasa dia...Biasa lah kita rakyat Malaysia ni, sos cili tak boleh berpisah..hehe...Masa lepas letak inti, pekerja dia akan tanya nak sos diaorang ke atau sos cili..K.fiezz tanya sos diaorang tu pedas ke?Katanya pedas. Itu yang sis request sos cili je..

Rating sis bagi shawarma damascus ni > 3.5/5..

dab dab sogo

Next, setel beli shawarma.Singgah kat kedai ni pula beli air. Masa lalu tepi kedai ni macam menarik je tengok air strawberry dia...Kedai ni kat SOGO bahagian luar..Ada deretan kedai-kedai kecil, yang ni salah satu...

dab dab sogo

Menu & harga...Sis order strawberry milk...Masa nak masuk SOGO, memang dah aim nak beli air strawberry susu dia...

dab dab sogo

Tengok dalam gambar menu macam pekat je warna strawberry tu..Tapi real nya gini lah..hehe..Boleh lah.. Rasa dia, kurang rasa strawberry lebih kepada rasa susu je..Tak manis sangat..Just  nice...


Tak apa lah next time singgah sini, sis tukar air lain pula..Strawberry milk -review sis 3/5..

Pssttt -  Sesekali explore makanan time lunch..hehe...

8 Comments

  1. Sedapnya shawarma.
    Syu tengahari ni tak tahu lagi nak makan apa 🤭. Silap2 ada makan Vanggey nih. Kih3

    ReplyDelete
  2. Kdg2 berjln sorg mmg lagi best... Boleh nk g merata... Kikiki

    ReplyDelete
  3. realiti tak sama macam kita idamkan..hehe

    ReplyDelete
  4. Strawberry susu tu macam mangga susu pulak warna dia. hihiih

    ReplyDelete
  5. Memang onz la kalau ofis area situ. Stress kerja, waktu lunch atau balik boleh cuci mata kejap.

    ReplyDelete
  6. sedap tak shawarma damascus ni ? hari tu foodfest kt tempat CCL ni adalah . tapi beratur panjang sangat malas pulak nak menunggu

    ReplyDelete
  7. tak manis tu yg mama suka. sedapnya sarapan shawarma dgn air stoberi

    ReplyDelete