Macam biasa hari Jumaat, k.fiezz jalan-jalan cuci mata sambil cari makan kat luar dari kawasan pejabat. Kali ni pilihan k.fiezz di Sogo juga iaitu Bosphorus Doner Kebap - Kunefe. Sis ni bukan peminat kebab cuma kadang macam malas nak makan nasi sesambil nak kurangkan pengambilan nasi dalam menu harian pun iya juga. So bila ada pilihan lain selain dari menu berat yang jadi pilihan rakyat Malaysia iaitu nasi, kebab pilihan terbaik untuk k.fiezz...Menu yang simple..

BOSPHORUS DONER KEBAP - KUNEFE

Kat sini k.fiezz pilih kebab yang berintikan ayam. Peminat daging boleh lah pilih daging. Kat sini ada  jenis wrap dan juga roti. Sis pilih wrap. Lebih sihat gitu..hehe..Nak nasi pun ada juga. Tapi sis risau portion dia banyak, tak berani nak pilih ada nasi takut tak habis. Lagipun kan sis cakap tadi nak kurangkan pengambilan nasi..hehe. So k.fiezz pilih wrap je..


BOSPHORUS DONER KEBAP - KUNEFE

Kat sini order & bayar sekali kat kaunter, lepas tu tunggu order siap. 

bosphorus sogo

                                             Gambar dari Mr Google...Order & bayar di kaunter...

bosphorus sogo

Selfie lah kan sesambil tunggu order siap...Sekali cuci mata tengok orang lalu lalang. Time lunch hari Jumaat pula memang orang ramai masa ni...

bosphorus sogo

Lokasi stall Bosphorus ni kat bawah sekali, bahagian tengah. Betul-betul berdepan dengan McDonalds..
Environment dia santai gitu...Kalau makan kat sini sambil menjamu selera sambil cuci mata tengok orang lalu lalang depan belakang, kiri kanan...


bosphorus sogo

K.fiezz pilih makan kat pejabat je..Inti dalam dia penuh..Selain ayam, complete ada sayur. Portion dia pun just nice gitu...K.fiezz boleh perabiskan...

Mengenyangkan. Sampai petang rasa kenyang lagi...So untuk k.fiezz kebab Bosphorus ni berbaloi. Harga untuk wrap ayam ni RM10 saiz sederhana (regular)...

Pssttt - Kadang suka menu simple macam ni..Tak pening nak pilih lauk apa untuk match kan makan dengan nasi...Betul tak?

6 Comments

  1. ok rm10 tu berpatutan dgn isi yg nampak byk juga. sayur ada x dlm tu

    ReplyDelete
  2. Kebab ni lagi portion banyak lagi sedap . Puas hati bila makan .

    ReplyDelete
  3. Betuuuuul kak fiez. 👍👍. Saya pun suka kebab yg diwrap macam nih. Lebih kenyang juga. Kalo nak salad, itu pun saya prefer yg di wrap, Krn semua dressingnya dah menyatu. Enak tinggal digigit, kunyah.

    Kunafe dia manis sangat tak? Trakhir makan kunafe di turkiye, tak kuat, manisnya ampuuuun 🤣🤣. Sakit gigi makan.

    ReplyDelete
  4. Betul tu..kadang menu simple tu la yang sedap dan mengenyangkan

    ReplyDelete