Berkongsi suami?Opssss...Tak pasti lah ada lalu kat fyp TT korang video seorang perempuan ni siapkan pelamin untuk suami & bakal isteri ke-2. Huhu. Dah 12 tahun kahwin tak ada zuriat lagi. Tetiber teringat kat diri sendiri. Lagi lama dari tu. Tujuan utama video tu sebenarnya pemilik a.k.a isteri pertama nak tunjuk hasil kerja dia menghias pelamin tapi tak sangka viral sebab isu izinkan suami berpoligami. 

Untuk k.fiezz, biarkanlah. Itu pilihan dia. Mungkin isteri pertama ni dah #redha sebab dari artikel yang k.fiezz baca, dia dan suami dah usaha macam-macam dan apa yang k.fiezz baca juga sekali imbas, si isteri ni ada masalah kesuburan (sorry kalau salah info, sis baca sekali lalu je). Itu yang jadi penyebab dia izinkan suami kahwin untuk kali ke-2 dengan adik madu dia untuk dapatkan zuriat. Sis kagummm..Tapi nak ikut jejak macam si isteri pertama tu big NOOOO..haha...

PUTUS ASA

Pernah lah juga terfikir nak bagi mr hubby sis yang comel tu kahwin lagi satu untuk dapatkan zuriat.

Kalau korang pembaca setia blog k.fiezz ni, tahu lah kan yang sis & mr hubby dah usaha macam-macam tapi rezeki masih belum menyebelahi kitaorang..Putus asa..Tipu lah kalau kata sentiasa bersemangat. Ada sampai satu tahap, sis dah give up. Memang dah rasa sampai ke tahap itu sebenarnya. Penat..Macam sis sendiri buat macam-macam, contoh detect hari subur. Nasib baik period sis pun jenis tetap jadi senang nak detect. Bila jumpa hari subur, ikut lah seperti yang disarankan tapi hujung bulan tetap period keluar tanpa miss. Uiiii penat yeaa..Sedih lagi..Tak tahu nak cakap...

Tu belum part kena jaga makan / minum lagi..Memang rasa give up sangat. 

Tambah pula faktor umur pula. Kadang bila terlalu kat tik tok, pakar perubatan kongsikan risiko untuk wanita yang dah berumur hamil, lagi lah jadi penyebab down sangat. Sis malas nak tengok pun video-video tu walaupun doktor-doktor tu sebarkan ilmu yang bagus untuk pengetahuan. Yelah diaorang bagi pendapat dari segi perubatan je. Entah lah sis malas nak tengok, scroll laju-laju. Sebab yang memberikan rezeki ni dariNYA..Kita tak boleh nak tentukan bila kita nak hamil?..Boleh usaha tapi kalau Allah bagi awal, awal lah..Kalau bagi lambat, lambat lah... 


TAK SANGGUP

Tapi jujur sis tak sanggup. Walaupun tahun lepas failed IVF kali ke-2, sis ada terlepas cakap bagi izin kat mr hubby cari orang lain yang lagi muda untuk pregnant anak dia. Masa cakap tu memang tengah sedih sangat. Jadi main cakap je. Tak ada fikir ke apa..Lepas tu baru terfikir sanggup ke sis nak bermadu pula weiii..Udah lah sis ni kuat cemburu.. Lepas tu sis tak suka orang lain dapat layanan macamana yang sis dapat..haha..Tamak gitu..

Baru-baru ni pun mr hubby tanya agak-agak kalau lah dia kahwin lagi satu, 'rasanya dia boleh berlaku adil ke?'. K.fiezz cakap 'yeaa dia boleh sebab dia mampu dari segi kewangan & dia boleh adil'..haha..Eh macam bagi green light je. Haha..Entah lah sis ni tak tetap pendirian. Ada masa, eh nak bagi lah sebab kesiankan mr hubby nak sangat zuriat ber bin/binti kan nama dia..Ada masa eh na mo sis tak sanggup..Sis tamak. Sis tak boleh tengok orang lain dapat layanan yang sama macam sis dari segi fizikal dan juga kewangan. Sis cemburu, hokay..#fliphair...haha

Nasib baik mr hubby cakap walaupun sis rasa dia boleh berlaku adil tapi dia tak nak sebab dia tak suka bergerak ke sana sini. Bila hari cuti, dia nak ada kat rumah setempat je. Dia malas nak ke sana ke sini...haha..Dia yang cakap tau..Buat masa ni lah yea..Akan datang kalau tetiba bertukar, tak pasti lah sis..Hati kita ni Allah yang pegang..Bila-bila Allah boleh bolak-balikkan hati kita ni dari tak suka jadi suka, dari suka jadi tak suka...

TAMAK

Berbalik pada isu video isteri pertama yang hiaskan pelamin untuk suami dan bakal madu dia tu, k.fiezz baca lah kat ruangan komen. Ternampak komen bawah ni..haha..Sis screenshot sebab ada yang sependapat dengan sis..

berkongsi suami

Betullah tu rasanya sis dalam kategori yang minta dilepaskan dari berkongsi suami. Tak boleh bayang kena berkongsi suami dengan orang lain. Kongsi semuanya tau..Ehhh..I is cannot lah..Duit dia kena bahagi dua, masa pun kena bahagi, masa bersama pun kena bahagi, dah tu masa 'bersama' duk terbayang pulak suami dengan yang ke-2 tu..Orang lain sis tak tau tapi sis maginasi tinggi..Kang dah macam tu mula lah point asyik tak puas hati je dengan suami sendiri...Untuk elakkan tu baik lah tak payah menjerumuskan diri ke konsep berkongsi suami ni...

Lagi satu laki ni biasanya kalau dah kahwin lagi seorang, dia akan lebihkan yang baru..Perhatian dia pada kita akan berkurang, tambah pula yang baru dah bagi apa yang dia idam-idamkan selama ni iaitu anak, harus lah lagi kurang masa dia bersama dengan kita yang pertama ni sebab dengan yang ke-2 dia dah ada anak..Nanti sis lagi extra cemburu..Jadi sis rasa sis TAK BOLEH nak amalkan berkongsi ni..Sis tak reti nak berkongsi...Apa yang jadi milik sis, only mine..Plus sis anak tunggal perempuan dalam family so sis memang tak reti berkongsi dengan orang lain sebab tak ada adik beradik perempuan...Ada adik beradik lelaki je...Jadi kalau barang sis memang sis saja yang punya..No one can touch...hehe...

Sis memang setuju dengan komen kat atas ni. Sis kedekut. Dari kena share & kita sakit hati di kemudian hari, baik lah undurkan diri..Lagipun orang dah dapat apa yang dia nak, takkan dia nak pandang kita lagi, yea tak. Jadi bawa lah diri yang serba kekurangan ni..Ewahhh..hehe..

Pssttt - Apapun untuk isteri pertama yang viral video buatkan pelamin untuk suami & isteri ke-2 tu, semoga terus berbahagia, kuat, cekal menempuh alam bermadu dan impian si suami untuk dapatkan zuriat, dimakbulkan Allah..Semoga si suami juga berlaku adil kepada kedua-dua isteri...Sis tak nak komen lebih-lebih sebab bukan kita yang duduk di tempat diaorang..Pilihan diaorang. Kita orang luar ni doakan yang baik-baik saja...


5 Comments

  1. bab nie nak komen pun tak reti...semoga yang baik2 je utk kita semua..utk kak fieza, moga direzekikan zuriat sendri...Aamin

    ReplyDelete
  2. sanggup xkawen dari ambik laki org..huhu

    ReplyDelete
  3. me too.. x sanggup kot nak share suami (walaupun dah x de suami dah now) but kalau dibayangkan pun..memang x la kot,. tak kira la payung emas ke apa ker.. kann... x cukup sabar lagi rasanya my self..
    moga yg baik2 saja buat kak fiez & husband... my bro dulu pun 7 tahun baru dpt baby, sampai ada yg ckp..keturunan kita x de yg "mandul" memang kijam je bunyi nya but MA & family support sgt my bro & my SIL tu...sampai kita org ckp kalau rasa nak jaga anak, meh la amik anak kita org ni jaga kejab... no hal. anak2 buah pun anak you all jugak... now my sis plak...dah 6 tahun jugak lum ada anak, lagi la period x teratur but check semua ok je... in sya Allah..aturan Allah tu yg terbaik.....

    ReplyDelete
  4. ada tertengok jugak video tue ..InsyaAllah rezeki tu akan ada . lambat dan cepat jer kan .

    ReplyDelete
  5. siapalah yg sanggup berkongsi kasih fiz.. jgn outus asa fiez mama sentiasa doakan

    ReplyDelete