Jumaat lepas, mr hubby ajak ke Pavillion Bkt Jalil sebab nak beli barang so dah kebetulan tu terus lah sekali makan malam kat situ. Tak tahu pun nak makan apa. Nanti lepas beli barang mr hubby baru pi cari tempat makan yang sesuai & kena dengan tekak weolls.

RESTORAN SENIMAN HAVE-HAVE GITU

Lepas beli barang mr hubby, kitaorang mencari tempat makan. Kebetulan lalu kat Restoran Seniman ni yang sama tingkat dengan tempat mr hubby beli barang & berdepan juga dengan Mr DIY..Lepas keluar dari Mr DIY beli barang, nampak Restoran Seniman ni..Mr hubby ajak tengok menu dulu. K.fiezz dah gulp gulp telan air liur..haha. Dah boleh agak harga makanan kat sini mesti have-have sangat..haha..Sebab tengok lah tempat dia macamana..Deko kedai pun nampak macam kedai makan orang kayo-kayo..Feeling Dato Datin jap..haha..

Mula tengok menu dia berdiri kat depan cashier lepas tu lama sangat, mr hubby cakap jom lah duduk. Jenuh duk belek buku menu depan ke belakang, belakang ke depan..haha

Nak cari tempat duduk tak susah pun. Banyak & luas kedainya..Lagipun kedai have-have orang tak ramai. Boleh pilih meja nak duduk kat mana..K.fiezz & mr hubby ambil meja kat tepi yang nampak kat bawah. Bila tertengok kat cermin tepi, gayattt...hehe..Gatai pi duduk kat tepi siapa suruh..

restoran seniman

Sementara tunggu order, wefie wajib..haha..

restoran seniman

Restoran Seniman @ Pavillion Bkt Jalil..Lokasi kat tingkat 4, betul-betul berdepan dengan Mr DIY..Nampak beg shopping Mr DIY sis tu..Baru keluar dari situ...hehe



restoran seniman

Menu pilihan sis - Nasi Goreng Kerabu Ayam Percik (RM28.00). Ada sayur sikit, ayam percik, keropok, kelapa goreng, ikan masin, sambal belacan & budu..

restoran seniman

Menu pilihan mr hubby - Nasi Goreng Nenek Kebayan (RM24.00)..Memang nama menu ni tau..hehe. Ada telur goreng, sambal belacan, keropok, timun/tomato & yang bawah timun & tomato tu tak pasti pula k.fiezz apa benda..Tak tengok masa sampai. Ambil gambor je..hehe..

restoran seniman

Air - Mineral (botol) RM4, Coklat RM10.50 & Apple Asam Boi RM15...
Total = RM94.55 (termasuk 6% sst)

restoran seniman

Cantik deko restoran warisan ni..Feeling have-have jap sambil makan...Masa ni tak ramai orang pun sebab dah nak tutup. Kitaorang pun sampai adik pelayan tu datang ke meja nak ambil pinggan, baru kelam kabut sis habiskan air..haha..Kalau idak, minum ala-ala feeling Datin..Kemain sedut air slow-slow..haha

 SEDAP TAK?


Overall untuk k.fiezz & mr hubby not bad rasa makanan dia..Menu mr hubby tu sis tak pasti, sebab tak rasa tapi rasanya mr hubby cakap okey. Menu k.fiezz tu boleh sis komen. Cukup rasa & portion tak banyak. K.fiezz boleh habiskan. Rasa nasi goreng dia ada rasa kerabu tu, lengkap dengan sambal belacan & budu..Ayam percik dia pun boleh tahan. Ada rasa...Saiz ayam tu pun tak besor & sis boleh perabiskan. Sis tak berapa suka makan tempat have-have macam ni sebab kadang portion nasi dia, boleh makan 2 orang...Semputt nak habiskan. Nasib baik kat Restoran Warisan ni, portion dia okey..

Air coklat sis tu ada taburan marshamallow kecil-kecil. Alaaa part ni failed sikit sebab k.fiezz tak suka marshamallow. Udah berusia ni, gigi tak berapa nak bagi kerjasama bila kunyah makanan yang liat-liat ataupun keras. Marshamallow ni liat..Tu yang sis tak suka..Penat kunyah..Nasib lah juga saiz marshamallow yang kecil tu tak muat dalam straw jadi tak ganggu bila menghirup air coklat..Tapi apapun menu makanan & minuman kat sini, boleh tahan. Next time nak ulang pun, tak ada hal. Mr hubby cakap sesekali boleh lah layan makan kat restoran have-have ni..hehe..

Psstttt -  Sis suka makan kat tempat makan yang tenang macam ni. Boleh feeling ado-ado kejap walapun dalam rimau kadang tak berapa nak adooo sangat pun..haha..

6 Comments

  1. linda mmg seram nk masuk nie...hihihi

    ReplyDelete
  2. hahaha..sesekali kita fefeeling "adooooolah sangat" apa salahnya kan.

    ReplyDelete
  3. Paling tertarik dgn nasi kebayan tu.,.. hahahah Pandai dia marketing ya

    ReplyDelete
  4. skali skala mkn menu have2 ok je...tk pernh smp lg pavilion bukit jalil ni

    ReplyDelete