Tahun ke-2 celebrate family day kat KDH Villa, Kuang, Selangor. Amboi sampai kali ke-2, seronok ke kat sini?Secara jujurnya rumah luas, banyak bilik & katil. Memang selesa sangat. Paling best semua berkumpul bawah satu bumbung. Senang nak buat aktiviti keluarga. 

Macam ada tapi je kat situ, k.fiezz? haha

Idak lah nak complaint tapi mungkin owner boleh perbaiki kerosakan dan maintain keadaan rumah selesa bila tetamu menginap. Tak ada lah ini rosak, itu rosak..Aihhh..

TOUR DALAM KDH VILLA

Sebelum tu meh lah sis bawa korang tour dulu dalam rumah yang besor ni.

Korang boleh rujuk juga entry sis yang lepas pasal < KDH VILLA > ni. K.fiezz ada kongsi juga gambar-gambar dalam rumah dan bilik kat sini. 

kdh villa

K.fiezz & mr hubby orang pertama yang sampai dulu. Ni sementara tunggu penjaga rumah buka pintu, selfie lah dulu..Wajib..hehe...

kdh villa

Okey dah masuk dalam rumah..Ni ruang tv yang dekat dengan ruang makan 1, 2 dan juga dapur..
Rumah ni ada 2 ruang makan yea..

kdh villa

Ruang makan pertama - Meja panjang yang boleh muatkan beberapa belas orang sekali duduk.

kdh villa

Ruang makan kedua -  Meja yang boleh muatkan 4 orang duduk 

kdh villa

Dapur basah..Untuk masak & kelengkapan dapur ada disediakan.

kdh villa

Ruang tamu..Yang ni memang besor gila ruang tamu dia..Kitaorang buat aktiviti untuk family day kat sini je...

Kalau tahun lepas kitaorang menginap kat bilik-bilik tingkat bawah. Tahun ni kitaorang ambil tingkat 2 pula sebab akak ipar dah cakap awal-awal, tahun ni dia & family nak bilik kat tingkat bawah..Tahun lepas penat katanya turun naik tangga..haha..

Tingkat 2 ni, bilik dia 1 tapi luas..Dalam bilik tu ada 2 lagi bilik + katil-katil kat belah luar..Jadi boleh tidur beramai-ramai sebab ruang dia luas sangat, kalau ramai & tak muat katil boleh bawa toto, bantal & selimut sendiri dari rumah...Korang boleh check it out video k.fiezz bawah sekali untuk dapatkan gambaran macamana rupa bilik kat tingkat 2 ni...

kdh villa

K.fiezz & mr hubby ambil bilik ke-2 kat tingkat 2 ni..hehe..Sebab kitaorang yang pertama sampai so penjaga rumah bawa tour dulu..Apa lagi kitaorang chop lah dulu bilik..hehe...

kdh villa

Ni bilik kat tingkat 2 yea..Buka je pintu terus nampak katil-katil ni & 2 bilik dalam ni...

kdh villa

Bilik pertama kat tingkat 2..Mama & adik ipar tidur kat sini... 

kdh villa

Wefie sat..hehe..

kdh villa

Kolam..Besor tak..Jenuh mandi-manda...

kdh villa

Ruang santai depan kolam...

kdh villa

Ada 1 lagi bilik kat bahagian luar ni yang ada bangku kecil tu & sebelah (pintu yang terbuka tu) ada meja snooker...

Ni video dalam rumah..


EXPERIENCE KALI KE-2 MENGINAP KAT SINI?


Dalam entry tahun lepas k.fiezz beritahu ada pengubahsuaian akan di buat kat rumah ni lepas kitaorang check out. Excited nak tengok apa perubahan yang dibuat tu?

Tahun ni bila tour kat dalam rumah 'eh macam sama je'...So apa yang diubahsuaikan tu..Kolam je dibaik pulih..Selain dari tu, sama je..Aihhh sabor je lah..

Tahun ni k.fiezz & family tukar bilik kat tingkat 2 pula..Tahun lepas, tingkat 1 tapi tahun ni akak ipar dah cakap awal-awal suruh tukar sebab dia tak larat turun naik tangga. Dia & family nak bilik-bilik kat tingkat 1 pula. Kitaorang okey je..

Bilik kat tingkat 2 ni, bilik air kongsi. Jadi nak guna bilik air kena check dulu ada orang ke tak?Tapi tahun ni boleh pula toilet tingkat 2 problem. Tak boleh flush...Aiyakkk jenuh lah nak kena tadah air setiap kali lepas guna untuk jirus dalam mangkuk tandas. Ada di sediakan baldi kecil tapi udah satu kerja pula kena tadah dulu air untuk jirus setiap kali lepas guna..Tandas pun jadi berbau. Kena tahan hidung bila guna bilik air..Kalau kata nak membuang air besar, kitaorang kena tumpang tandas kat bilik bawah..Tingkat bawah pula tandas dia semua dalam bilik..Tak ada yang kat luar untuk kegunaan umum...Jadi kena cakap lah kat orang bawah nak pinjam tandas bilik diaorang bila kitaorang nak membuang air besor...

Tapi masa malam ke-2 kat sini, boleh pula perut k.fiezz memulas pukul 2 pagi macam tu. Mak aihhh..Nak tumpang guna tandas orang tingkat bawah, serammm pula nak turun weiii..Ater guna juga lah tandas tingkat 2 yang tak boleh flush tu..Kena tadah air & jirus bersih-bersih lepas guna...

K.fiezz memang ada buat aduan masa hari pertama lagi pasal tandas tak boleh flush ni tapi biasalah datang tengok je..Repair nya harammm...Kata penjaga tu esoknya nak beli barang tapi tak ada pun repair sampai lah hari kitaorang nak keluar..Bertabah lah 4 hari 3 malam menginap kat sini guna tandas yang tak boleh flush..

Hari ke berapa masa kat sini, pintu tandas tingkat bawah pula terkunci dari dalam. Tak ada siapa kat dalam bilik air, entah macamana boleh terkunci pula. Yang ni penjaga rumah tu cepat repair. Nasib baik...

Jadi k.fiezz boleh simpulkan maintenance rumah ni tak berapa terjaga sebab penjaga rumah tak check elok-elok peralatan dalam rumah contoh macam tandas tu boleh guna ke tak sebelum tetamu masuk..

Lepas tu air coway pula tak tahu lah weiii ber servis ke idak sebab tahun lepas bermasalah & kontrak dah habis. Owner tak tukar yang baru..Jadi tahun lepas air coway ni memang bermasalah bila nak guna..Keluar air sikit je ataupun tak keluar langsung...Tahun ni air elok dah keluar tapi check kad servis kat mesin air coway tu, tengok macam last update tahun 2022..Tapi kitaorang minum je lah air coway ni. #tawakal..Kalau sakit perut, berlari lah ke bilik ayor..haha...Alhamdulillah berapa hari duk kat sini kitaorang minum air coway, tak ada apa..Okey je...

Satu lagi kat sini ada bilik karaoke tapi tahun ni tak boleh nak ber karaoke sebab ada masalah teknikal. Adik ipar cuba juga repair tapi elok kejap je lepas tu rosak balik...So duit untuk karaoke dapat balik..Oo duit untuk sewa bilik karaoke kira harga lain yea..Tak masuk sekali dengan sewa rumah...

TUKAR TEMPAT LAIN UNTUK FAMILY DAY TAHUN DEPAN...


K.fiezz ada cakap kat akak ipar, tahun depan cari tempat lain pula untuk buat family day sebab satu bosan dah 2 tahun berturut buat kat tempat sama ni & kedua, maintenance rumah ni tak berjaga sangat...Bayar agak mahal juga yea tapi peralatan dalam rumah bermasalah..Entah lah malas nak komen lebih-lebih..Harap tuan rumah perbaiki lagi servis rumah ni...

Penginapan untuk family day tahun depan, dah booked kat tempat lain..Yeayyy..kat mana tu?stay tuned..Hujung tahun depan baru sis share yea..hehe...

Psssttt -  Sis paling tak suka bila tandas bermasalah tau sebab sis pengguna tandas tegar..hehe...

7 Comments

  1. besar umh nya...pool pn cantik...tp bila toilet problem mmg tk best la

    ReplyDelete
  2. Berapa RM satu malam ni? Cantik banglo ni, tapi toilet tu pula spoil.

    ReplyDelete
  3. Besaaaar sangat lt 2 tuh, rasanya bisa anak2 main bola di situ kan 🤣.

    Tapi memang kak, kalo tandas bermasalah, susaaaah sangat. Saya pun tak nak. Repot kan hrs manual menyiram sampai masuk kotoran. Halaaah..kita dah bayar mahal, seharusnya memang management villa atau owner cek sebelum digunakan tamu.

    ReplyDelete
  4. wah...cantik besar dan menarik villa nie

    ReplyDelete
  5. Haishh toilet tu penting tau... kalau rosak memg mood kita pon rosak gk

    ReplyDelete
  6. Memang luaaaas yaaa. Kamar pun dah macam lapangan bola, anak2' bisa puas bermain Di situ 😁😄. Tapi saya pun kalo banyak kerusakan terutama toilet, aduuuh confirm tak nak balik. Penting lah toilet itu. Jadi kalo tak berfungsi, repot kan kita dibuat.

    ReplyDelete