Jimat Masa Naik Monorail dan LRT Untuk Ulang Alik ke Pejabat
Petang semalam, k.fiezz tukar naik monorail dari pejabat untuk balik rumah. Kawan pejabat k.fiezz yang ajar. Sebab masa k.fiezz sembang-sembang dengan dia, k.fiezz duk cerita lah sekarang ni kena tukar naik 3 lrt & 1 bas pergi balik rumah & pejabat. Kawan k.fiezz cakap kenapa tak naik monorail je sebab tukar tren kat stesen hang tuah ada LRT & Monorail. Naik monorail tak payah k.fiezz nak tukar-tukar LRT lepas tu naik bas..Kalau naik monorail ni, total 2 pengangkutan awam je k.fiezz kena naik untuk ke pejabat waktu pagi & balik rumah waktu petang Jadi k.fiezz boleh skip naik 2 lrt & 1 bas..
Senang faham, macam ni setiap hari rutin sis
dari rumah ke Stesen Hang Tuah : LRT pertama
dari Stesen Hang Tuah - ke Stesen Masjid Jamek : LRT kedua
dari Stesen Masjid Jamek - ke SOGO : Bas
dari Stesen SOGO - ke Stesen Sultan Ismail : LRT ketiga
Sebenarnya dah banyak kali kawan pejabat beritahu pasal naik monorail ni tapi sis was-was sebab sis pengguna MY50 setiap bulan untuk naik LRT. K.fiezz ingatkan tak boleh guna MY50 ni kat Monorail. Kalau tak boleh guna, dah jadi tambah duit untuk tambang monorail.
Sekali rupanya boleh guna juga MY50 ni untuk monorail sebab 2 pengangkutan ni bawah syarikat yang sama. Derrrr..Napa lah tak nak cuba..Aihhh..
Oo untuk yang tak tahu laluan LRT ke SOGO masih dalam proses pembaikan sebab rosak awal tahun haritu. Jadi sekarang ni semua tren sampai di Masjid Jamek saja.Untuk yang nak meneruskan perjalanan ke SOGO, bas disediakan..Cuma untuk naik bas kena melintas jalan kat depan Masjid Jamek tu. K.fiezz part nak melintas depan masjid jamek tu seriau...Kereta laju-laju. Traffic light pula lama betul ambil masa nak tukar ke merah untuk bagi laluan pejalan kaki melintas. Rasa macam bertarung nak melintas kat situ untuk naik bas setiap hari...
Lepas ni naik monorail senang sikit, satu bumbung je kat stesen Hang Tuah. Tak payah nak keluar lintas jalan..Cuma turun naik tangga & eskalator je..
NAIK MONORAIL
Petang semalam kawan k.fiezz tunjukkan cara naik monorail dari pejabat untuk balik rumah. Depan pejabat yang k.fiezz bertugas sekarang ni sebenarnya memang ada laluan pejalan kaki untuk ke stesen LRT dan juga Monorail cuma laluan dia berbeza..Nak ke LRT sebelah kanan & Monorail sebelah kiri (maksudnya pejalan kaki ni bersambung dari jejantas depan pejabat smpai lah depan stesen LRT dan monorail). Tak payah nak lintas-lintas jalan sebab laluan pejalan kaki dah sedia ada. Cuma jarak nak ke stesen LRT 7 minit berbanding monorail 10-15 minit tapi dalam situasi sekarang untuk menjimatkan masa, naik monorail pilihan terbaik sebab sis cuma kena naik 2 pengangkutan awam saja untuk ke pejabat & balik rumah.
Kebetulan semalam k.fiezz sampai pejabat awal jadi boleh lah keluar on time 4.30. Jalan kaki nak ke stesen Monorail dalam 10 minit lebih kurang..Naik monorail kat area pejabat ni, turun kat stesen Hang Tuah. Tukar naik LRT pula untuk balik rumah, dalam 5.45 macam tu dah sampai stesen kat rumah. Jimattt masa..Sebelum ni naik LRT, k.fiezz sampai rumah pukul 6 lebih..Lepas tu penat lagi sebab bertukar-tukar tren 3x & bas sekali...Ni tukar 2x je..Yeay...Buat sementara sampai LRT elok balik seperti asal, k.fiezz guna monorail dulu..Dengarnya LRT tu setahun lagi baru elok..Pfffttt stress dengar sebab haritu pakcik mr hubby yang cakap. Dia kerja driver bas Rapid..Kebetulan ke rumah dia minggu lepas. K.fiezz tanya lah bila elok LRT tu..Katanya setahun..Mak aihhhh..
CUBA NAIK MONORAIL WAKTU PAGI
Pagi tadi sis cuba naik monorail dari Stesen Hang Tuah untuk ke stesen area pejabat..Sampai kat situ pukul 7.28, jalan kaki sampai office & thumb in pukul 7.39..Wahhh kira awal juga ni sebab naik LRT, biasa k.fiezz sampai office 7.45 ke atas..So naik monorail ni lagi jimat masa...Legaaa ada solution yang memudahkan sis untuk berulang alik hari-hari rumah ke pejabat, pejabat ke rumah...
Biasalah pagi-pagi ramai orang masuk ke pejabat...
Dalam monorail. Lebih kurang 5 stesen je dari Hang Tuah untuk ke stesen area pejabat k.fiezz...
Laluan pejalan kaki berbumbung dari stesen monorail yang bersambung terus sampai ke jejantas depan pejabat..Sepanjang laluan pejalan kaki berbumbung ni ramai gelandangan tidur kiri kanan...Seriauu juga lalu kat sini tapi dalam hati jangan lah korang macam-macam yea.. Sis nak lalu je untuk ke tempat kerja, mencari rezeki..Nasib baik ramai pengguna lain yang ada waktu pagi jadi kurang lah sikit rasa seriau tu takut kena kacau ke apa...
Overall naik monorail ni menjimatkan sikit masa sis untuk ulang alik setiap hari ke pejabat dan balik rumah...Jadi lepas ni naik LRT dari rumah ke Stesen Hang Tuah & tukar naik monorail dari Stesen Hang Tuah ke stesen area pejabat.
Pssttt - Ada hikmah bila kena tukar ke pejabat sekarang sebab ada kemudahan pengangkutan awam yang mudahkan sis sebagai pengguna pengangkutan awam tegar...
3 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeletelebih mudah dan cepat naik monorel
alhamdulillah..jumpa yang cepat dan jimat masa..:)
ReplyDeleteingatkan office baru kat area Kerinchi
ReplyDelete