Experience Booked Grab Car Sejam Lebih Tak Dapat-Dapat
Fuhhh kus semangat..Dalam sejarah booked grab car dekat 1 jam setengah tak dapat-dapat. Kisahnya dalam entry sebelum ni k.fiezz & mr hubby ke Pavillion Bukit Jalil hari Jumaat lepas sebab mr hubby nak beli barang. Lepas siap beli barang, gi makan malam dulu kat RESTORAN SENIMAN. Sampai dah nak tutup lah restoran tu baru kitaorang keluar. Masa tu dah pukul 10mlm. Mall pun dah nak tutup.
NAIK GRAB
Masa ke sini, k.fiezz & mr hubby naik grab car je, malas nak bawa kereta sebab flat kitaorang tu keluar je dari parking terutama waktu malam, bila time balik nak cari parking memang jenuh pusing satu flat tak dapat..Penuhhh..Memang teruk sangat kawasan parking area flat kitaorang tu. Tempat parking sekangkang kera, lepas tu satu rumah sampai 2-3 buah kereta memang sentiasa penuh lah lot parking. Itu yang bila nak keluar malam macam ni, kitaorang prefer naik grab tapi tak selalu pun kitaorang ni keluar malam. Kalau ada hal macam ni je sebab mr hubby nak beli barang. Nak pakai urgent.
Masa nak ke Pavillion Bkt Jalil ni, booked grab car kejap je dah dapat. Sampai ke Pavi Bkt Jalil ni dekat pukul 8. Tak jauh sangat pun rumah sis dengan Pavillion Bkt Jalil..
Setel beli barang, gi makan. Time untuk booked grab car balik rumah. Lepas je dah sampai depan main entrance Pavillion Bkt Jalil, k.fiezz & mr hubby pun booked grab car guna aplikasi handphone sis sebab dalam akaun grab sis ada duit lagi.
Bermula lah menekan butang untuk booked grab car dari pukul 10 sampai 11.30mlm & tak ada yang terima...Uwaaaa..Kaki dah sakit berdiri kat depan main entrance Pavi ni sebab tak ada kerusi disediakan. Jenuh lah kitaorang cancel booked lepas tu booked balik entah berapa puluh kali..Eh napa cancel booked lepas tu booked balik sebab tak ada driver yang ambil order kitaorang. Bila dah lama sangat, itu yang cancel booked & buat semula...Ulang proses ni berapa puluh kali dari pukul 10mlm...
4 Comments
ada masa mmg gitu. tp patutnya kawasan mall mmg banyak je e-hailing. ammi jarang guna maxim sbb jarang nau ada driver. ammi ada grab dengan air asia je
ReplyDeletefuh jenuh juga tu ye smp lebih sejam
ReplyDeleteHaih macam-macam kan, sabar bebanyak ya :)
ReplyDeleteWaaah lamaaa tuh 😱😱. Selain Maxim tak ada lagi alternatif lain ya kak?
ReplyDeleteDulu saya pernah dapat lama pas pesan grab. Tapi Krn di sini ada alternatif macam Bluebird, gocar, Gamya, jadi ada pilihan lain. Susah memang kalo lama dapat layanan. Kdg tak paham kenapa orang lain cepat dapat, sementara kita tak 😔