Avocado dan Madu Bantu Pengeluaran Eggwhite Untuk Kesan Hari Subur
Salah satu usaha k.fiezz yang masih berterusan untuk hamil, amalkan makan buah avokado ni. Baru je k.fiezz amalkan ni. Tips ni k.fiezz pernah kongsi kat > SINI <. Nak tahu apa khasiat avokado untuk kesuburan, sis ada kongsi dalam link atas..
Dalam entry ni, k.fiezz nak kongsi sikit cara beli buah avocado ready to eat dan juga kesan pengambilan avocado dan madu ni pada k.fiezz. Sikit sebanyak bantu mencari hari subur.
Sebelum cerita kesan pengambilan buah avokado dan madu ni untuk kesuburan. Kita ke cara memilih buah avocado ready to eat supaya boleh terus makan. Tak payah nak kena peram dulu. Tambah bila dalam proses mencari hari subur ni. Tak boleh lambat..Sebab pengeluaran telur wanita ni sekali je dalam 1 bulan...Jadi stok avokado kena sentiasa ada...
AVOCADO READY TO EAT
Sebelum ni k.fiezz bila nak beli buah avokado, confuse tau nak pilih yang mana dah masak ke belum. K.fiezz mesti nak ambil yang warna hijau-hijau lagi. Ingatkan sebelum ni kalau tengok yang warna macam gelap tu dah busuk. Haha. Rupanya yang gelap tu boleh terus makan tak payah nak biarkan beberapa hari peram baru boleh makan. Mana lah sis tahu.
Tengok video Anju (artis) baru tahu sebab dia pernah kongsi cara beli buah avokado ready to eat. Anju tunjuk mana satu buah avokado yang dah masak & kena peram dulu. Dari situ lah baru tahu. Adeh..haha..Rasa nak gelak kat diri sendiri. Tak nak study dulu sebelum ni cara beli buah avokado ready to eat atau kena peram dulu..
Main pandai je nak beli..haha..Patut lah bila beli buah avokado yang hijau lagi tu, keras..Jenuh nak makan sebab keras..Nak telan pun seriau takut lekat kat tekak..haha..Bukan main berlagak weii..Balik rumah terus nak makan buah avokado yang warna masih hijau-hijau tu sekali kerass lagi..haha..Penyudahnya buang, tak boleh nak makan sebab keras..Membazir je. Dah lah buah avokado nih mahai...
CARA PILIH BUAH AVOKADO YANG DAH MASAK
Baru ni k.fiezz top up beli buah avokado lagi sebab stok dah habis kat rumah. Masa nak keluarkan buah avokado dari bekas dia sebab nak masukkan dalam peti ais, baru perasan ada tips cara pemilihan buah avokado di lekat dalam bekas ni. Wah bagus..Sesuai lah untuk guide pada orang yang tak tahu macam k.fiezz sebelum ni. So tak ada lah pening fikir cara nak cari avocado ready to eat.
WARNA BUAH AVOKADO
MAKAN BUAH AVOKADO & MADU
Apa Khasiat Avokado ni?
- Membantu mengawal tekanan darah
- Tingkatkan imuniti
- Menggalakkan kesihatan jantung
- Sistem pencernaan yang sihat
- Memberi kesihatan kulit yang sihat
1 Comments
Alpukat ini paling banyak dari Jawa Timur kalo di Indonesia. Alpukat mereka terkenal bagus banget kualitasnya, terutama jenis alpukat mentega. Betul2 selembut mentega.
ReplyDeleteTapi memang kalo di Indonesia alpukat lebih banyak di jus. Blender dengan condensed milk, atau coklat. Tapi lemaknya jadi tinggi banget.
Makanya saya lebih suka dihancurkan lalu tambah madu, dan jadi olesan ke roti gandum. Boleh dipanggang juga. Jadi lebih sedap bagi saya. Dan lebih mengenyangkan Krn pakai roti gandum.
Memang banyak khasiatnya kak 👍