Minggu lepas, k.fiezz order barang dari China kat shopee..K.fiezz order 26hb Oktober 2023. K.fiezz memang maklum lah barang dari China ni lambat sikit untuk dapat tapi tak apa, sis okey je..Menunggu dengan penuh sabor barang sampai. Tengok dalam tracking, seller post out barang esoknya, 27hb Oktober 2023. Wah cepat response dari seller. Sis loike..

BARANG SAMPAI KE MALAYSIA

1hb November 2023, barang dah sampai Malaysia. Yeayyy.. Bila tengok dalam sistem tracking, barang akan dihantar oleh Best Ekspress. Alamakkk sis pernah experience tak best dengan kurier ni tau. Rasanya barang-barang dari China beli kat shopee yang sampai ke sini, penghantaran memang guna Best Ekspress ni..

Sebelum ni k.fiezz pernah kena juga dengan Best Ekspress. Barang dah sampai Malaysia tapi kurier Best Ekspress ni bawa keluar hari-hari tapi barang tak hantar pun. Bawa keluar pagi, dalam petang tengok unsuccessful delivery. Berhari-hari status yang sama. K.fiezz ni dah naik menyampah. Masa hari yang ke-4 / 5 macamtu k.fiezz dah set, kalau barang tak sampai juga hari yang sepatutnya deliver. Memang nak request refund.. Hari yang sama juga, barang selamat sampai selepas berhari-hari bawa keluar. Entah yea ke idak kurier Best Ekspress ni bawa keluar. K.fiezz syak cuma update dalam sistem je..

Kali ni kena lagi. Arrhhhhh sis serik lah nak beli barang dari China melalui Shopee ni sebab diaorang dah lantik kurier Best Ekspress untuk penghantaran bila barang dah sampai ke Malaysia.

K.fiezz tak pasti lah servis kurier Best Ekspress ni kat tempat lain okey ke idak tapi area rumah sis dah 2x kena macam ni...Serik nak beli barang dari China kat Shopee lepas ni...

Entry berkaitan < SINI >

SEPATUTNYA SAMPAI 6hb

Tengok dalam sistem, ETA barang sampai 6hb November. Dari 2hb barang dah sampai kat Best Ekspress ni, diaorang cuma update out for delivery tapi barang tak hantar. Unsuccessful delivery katanya. Entah iya ke idak diaorang buat penghantaran sebab sis tak terima sebarang panggilan telefon pun kalau kata masa kurier datang, tak ada orang kat rumah. Cuma kalau kurier lain, diaorang dah tahu nak letak barang kat mana sebab biasa time kurier buat delivery, sis & mr hubby memang tak ada kat rumah. Jadi kurier dah tahu nak selit barang kat mana. Kalau kata Best Ekspress ni tak familiar, mesti dia kena call penerima kan tapi sis memang tak terima sebarang call langsung. Tau-tau diaorang update unsuccessful delivery. Dari 2hb sampai 6hb, status sama. 

Ehhh geram pula sis. Apa lagi, 6hb tu k.fiezz terus buat request refund. Menyampah lah. K.fiezz tulis sebab request refund "memandangkan kurier tak berminat untuk buat penghantaran sebab dari 2hb sampai 6hb November barang bawa keluar tapi tak hantar-hantar pun, jadi bagi lah refund." Senang..Betul kan udah kurier tak berminat nak buat kerja, kan. Tak payah lah nak paksa-paksa. Bagi balik duit customer..

best ekspress

Ni lepas k.fiezz buat request refund. Sis dah menyampah sangat aihh..Susah sangat bagi duit balik...Selepas buat aduan kat shopee ni, k.fiezz cuba juga call & email best ekspress ni tapi tak ada response. Lagi lah sis anginnn...

best ekspress

Bukti dari 2hb sampai 6hb November, status out for delivery lepas tu unsuccessful delivery. Hari-hari yea dari 2hb tu. Lepas k.fiezz minta refund dari Shopee baru lah 7hb, nak tak nak kurier Best Ekspress hantar juga barang sis..

SAMPAI PUN BARANG


best ekspress

Masa kurier Best Ekspress hantar ni petang semalam, sis baru balik kerja. Dengar orang tekan loceng. Ingatkan mr hubby. Sis terus lah buka pintu. Eh sekali kurier. Ada barang katanya. K.fiezz ni dah blur-blur. Barang apa?Lepas tu baru teringat. Sis tanya kat kurier yang hantar tu, perempuan 'ooo yang best ekspress ke?'..

Laju-laju dia bagi barang pada k.fiezz lepas tu terus blaaa..Dia tahu agaknya barang ni sis ada buat complaint kat shopee..Haha..Nasib mood sis okey je sebab kurier yang hantar barang ni elok senyum & tak buat muka ke apa. Sis pun tak ada mood nak marah-marah. 

DAH TERBELI BARANG YANG SAMA 2x

Barang yang dah dapat ni, alhamdulillah selamat sampai. Cuma sis dah beli barang yang sama juga sebab tengokkan yang ni macam kurier tak nak hantar. Cuma barang yang kali ke-2 ni, sis pilih dari local je. Malas nak beli dari China juga. Serikkk..Seller tak buat masalah. Courier yang bermasalah..

Ater barang ke-2 tu nak buat apa..haha..Mr hubby tengok yang ni dah sampai, dia cakap 'hah sampai 2 barang sama tu nak buat apa'. haha..K.fiezz duk ingat nak guna je dua-dua..Satu letak atas meja. Satu letak kat bawah meja..Kasi panas sikit bila kat ofis..

Hari ni sis bawa barang ke pejabat sebab memang nak guna kat sini. Tunjuk juga kat member sebab dia tahu sis beli barang ni. Tercerita sekali kat dia udah terbeli dua barang yang sama. Bagitau kat dia masalah masa nak terima barang yang pertama ni. Tu beli pula ke-2 ni. Member tanya berapa ringgit. K.fiezz beritahu lah kat dia.. Dia cakap tak apa nanti dia nak..Okey lah..Sis bagi diskaun sikit..hehe..Harap-harap dia jadi lah beli...

Eh k.fiezz beli apa ni?Nanti k.fiezz share...Stay tune...

Pssstttt - Tak berapa nak sabar bila kes macamni...

7 Comments

  1. Best Ekspress.mmg tak best hihi

    ReplyDelete
  2. tak pernah dengar pun nama courier service ni..
    selalu masa kat kL dulu adik2 courier ni dah tau nak selit kat mana barang kalau dorang deliver waktu org takde. sebb dah biasakan. dorang tinggal hantar gambar je kat whatsapp

    ReplyDelete
  3. nak kena ugut refund baru gerak nampaknya ye kak. angin betul main-main camtu

    ReplyDelete
  4. Bila mintak refund baru kelam kabut dia nak hantar

    ReplyDelete
  5. Lama Cuya tak beli shopee....yg buat kita ternanti2 yg tak best ni

    ReplyDelete
  6. Memang kesal kalo kurir berulah seperti ini.

    Saya pernah Bbrp kali, dari shoppee juga. Di sini kan ada features shopee fresh kak..jadi bisa belanja barang pasar macam sayur, ikan, ayam etc. karena saya tak suka ke pasar, jadi memang selalu beli online utk sayuran etc. of course saya pilih delivery express yang saat itu juga sampai. Paling lambat 2 jam.

    Kenyataannya, dia sampai 2 harj kemudian. Bisa bayangkan ayam dan sayuran kalo sampai 2 hari dijalan???

    Saya marah sangat. saya videokan, biar mereka tahu dah macam apa itu barang sampai di saya. Minta refund, full. Tak nak saya makan ayam dah beracun 🤣

    Untungnya di Indonesia ada market place lokal Tokopedia,yang sama besar dan komplit. Dan saya memang lebih suka beli dari Tokopedia sekarang ini. Tak suka belanja di shoppee, kecuali terpaksa sangat

    ReplyDelete
  7. Aduh! Sakit kepala dibuatnya. Sabar memang kena tinggi.

    ReplyDelete