Siapa yang baca blog k.fiezz ni tahu lah hobi sis yang suka kumpul beg. Dah banyak koleksi beg k.fiezz. Ada yang berpakai & selalu pakai sebab selesa dan suka dengan beg tu. Tapi ada juga yang tak berpakai. Adeh. Kalau tak berpakai ni tahu je lah, lama-lama nanti beg tu rosak. Makan diri. 

Ada 2 beg dalam koleksi k.fiezz yang tak pernah pakai lagi. Sebabnya satu kecil, sis ni bila keluar suka bawa banyak barang. Tu belum kadang mr hubby suruh letak powerbank gemuk dia dalam beg k.fiezz. Dia tak mau letak beg dia sebab berat. Tau pun. Lepas tu suruh letak dalam beg sis. Itu yang k.fiezz selalu ulang pakai beg yang sama sebab memenuhi piawaian boleh letak banyak barang. 

Ada satu lagi beg, besar tapi berat lah pula. Belum letak barang lagi dah rasa berat. Aihhh failed sikit kat situ. Jadi berat tu sebab pemegang dia & material beg. Itu yang k.fiezz tak penah pakai juga beg tu..

OFFER DALAM GROUP FLAT


Sebabkan 2 beg ni k.fiezz tak pernah pakai lagi & sayang nanti rosak pula duk terbiar gitu je, k.fiezz offer dalam group whatsapp flat kalau ada sesiapa berminat dengan 2 biji beg sis ni. Satu backpack coach & satu lagi jenis sling atau boleh pegang je gitu.

Tapi yang dapat sambutan backpack coach (boleh tengok gambar bawah ni). Ada 2 orang nak. K.fiezz hold untuk seorang dulu. Kalau yang first tak ambil, baru k.fiezz offer pada orang kedua berminat dengan backpack coach ni. Memang dah booked & hold untuk dua orang ni tapi...Orang nak bagi free ni, tak ambil pula. 

Kalau orang lain dah jual tau tapi sis bagi free je sebab jenis tak reti nak jual. haha. Beg ni elok & tak pernah pakai lagi. Memang untung sangat orang yang dapat. 

backpack coach

Comel backpack coach ni tapi kecil. Boleh muat purse, handphone atau nak letak barang yang jenis kecil. Kalau sumbat banyak sangat, memang jadi sendat dalam beg. Kadang ada juga k.fiezz nak pakai backpack coach ni bila balik kampung atau pi bercuti tapi duk fikir-fikir, 'ehhh macam tak muat je nak letak banyak benda dalam beg ni'. Itu yang langsung tak berpakai sampai sekarang..

DAPAT KAT ORANG LAIN


Booked orang lain tapi dapat kat orang lain. Ater udah dua-dua orang flat k.fiezz yang booked  tak nak ambil bagpack ni, sis open kat orang lain. Itu pun secara kebetulan, k.fiezz up status kat fb story pasal beg ni. Ada kawan kat KKR tempat lama k.fiezz berminat dengan beg ni. Masa dia nak, k.fiezz tengah hold untuk orang flat k.fiezz yang dah booked. K.fiezz dah cakap kat kawan KKR ni, k.fiezz hold sehari. Dia pun okey je. Dia cakap kalau ada rezeki dia, ada lah..

Selang sehari, orang flat k.fiezz tak ambil pun. Jadi k.fiezz offer kat kawan KKR. Memang suka lah dia..

Khamis lepas dia datang ambil bagpack ni kat pejabat k.fiezz. Tapi sehari sebelum orang flat k.fiezz yang dah booked sebelum tu tanya. K.fiezz beritahu lah kat dia dah open kat kawan pejabat sebab dia tak ambil-ambil beg ni..Siapa cepat dia dapat lah konsepnya...Jadi orang flat k.fiezz #pasrah je lah. Bukan rezeki dia..

backpack coach

Backpack coach dah bertukar tangan. Sebelum bagi kat kawan KKR, k.fiezz memang dah check dulu bag elok ke tak. Alhamdulillah okey. Tali dia pun k.fiezz tak buka pun lagi. Kawan KKR k.fiezz ni tanya memang tak pernah pakai ke?K.fiezz cakap memang tak pernah pakai. 

Tak apa rezeki dia dapat backpack coach ni..Comel je begnya...

Psssttt  - Dah ada ruang kosong dalam kotak simpan beg, boleh usya beg lain pula ni..hehe...

2 Comments

  1. Bukan rezekilah tu. Dulu suka juga kumpul backpack ni tapi dah lama tinggalkan takut dah bersusun nanti tak guna.

    ReplyDelete
  2. elok tu, dari tersimpan elok bagi kat orang.. boleh beli lain kan hihihi

    ReplyDelete