Kesan Pengambilan Jamu Kunyit Asam Jawa
Sesiapa yang pernah baca entry k.fiezz pasal jamu kunyit asam jawa ni?Tak ingat, boleh refresh kat SINI. K.fiezz sejak dapat tips ni tahun lepas, memang k.fiezz amalkan tiap kali nak habis period. Sebab salah satu fungsi jamu kunyit asam jawa ni untuk keluarkan saki baki darah period yang masih ada.
BILA NAK AMALKAN JAMU KUNYIT ASAM JAWA NI?
Macam k.fiezz beritahu kat atas, boleh amalkan minum jamu kunyit asam jawa ni tiap kali nak habis period. Biasanya k.fiezz buat hari ke-4 atau ke-5. Minum pagi-pagi masa perut masih kosong. Cara untuk sediakan jamu kunyit asam ni, boleh rujuk link kat atas.
Cuma k.fiezz nak minum jamu kunyi asam jawa ni, tengok hari ke-4 atau ke-5 ni jatuh hari apa. Kalau hari bekerja, ada masalah sikit sebab kesan pada k.fiezz tiap kali selepas minum jamu kunyit asam jawa ni, perut memulas nak cerry berry. haha..Jadi kalau hari keempat atau kelima jatuh hari kerja, kadang tu k.fiezz belasah minum je tapi on the way nak ke pejabat memang menahan sakit perut..haha. Duk cakap kat perut, tunggu lah sampai kat pejabat baru nak memulas ke apa..haha..Nasib baik perut bagi kerjasama. Sampai kat pejabat lepas je thumb print terus laju-laju masuk ke bilik air dulu...Dapat duduk kat mangkuk tandas tu, legaaa.. Macam orang berperang dalam bilik ayor..Pakej bunyi-bunyian yang tak menahan...haha..Berlumba-lumba keluar..Oppsss...hehe..Nasib baik cerry berry k.fiezz ni cuma sekali je..Bukan jenis mengulang ke bilik air sepanjang hari...Jadi okey lah kat situ...
Tapi sejak-sejak LRT masih bermasalah, k.fiezz kena tukar naik tren beberapa kali & bas sebelum sampai ke pejabat jadi harini inisiatif nya k.fiezz bawa air jamu kunyit asam jawa ni ke pejabat. Sampai ke pejabat sebelum sarapan, minum jamu kunyit asam ni dulu..Lepas je minum, turun kejap beli sarapan. Naik balik ke pejabat, perut dah bagi hint nak membuang..Sebelum makan, moh la bertemu janji dulu ke bilik air..Masuk kat bilik air, macam biasa udah macam orang berperang..haha..Bila dah keluar tu, baru lah legaaa..Nasib baik tak ada orang masa sis dalam tandas..haha..Kalau idak, berkongsi lah dengar bunyi-bunyian sekali..haha..
KESAN MINUM AIR JAMU KUNYIT ASAM JAWA
Macam k.fiezz, perut memulas nak membuang tiap kali lepas minum..Tak teruk sangat kesan dia..Membuang tu pun jenis sekali je, bukan ulang banyak kali..Legaaa di situ..Kalau jenis mengulang je, memang tak rajin lah k.fiezz nak minum jamu kunyit asam jawa ni tiap-tiap bulan bila nak habis period..Selain dari kesan membuang ni, dalam sehari dua lepas minum jamu ni darah period yang masih ada keluar lagi sikit-sikit. Kalau tidak, ingatkan dah habis rupanya ada lagi..
Seorang kawan pejabat k.fiezz kat KKR dulu, pernah cuba juga petua ni. Kesan kat dia macam teruk sikit..Sakit perut mencucuk-cucuk dan apa entah lagi.. Tak ingat. Tapi tak silap macam kesan dia teruk juga. Jadi kesan pengambilan jamu kunyit asam jawa ni ikut pada badan masing-masing juga yea.
Kesan pengambilan jamu kunyit asam jawa ni dapat tengok kesan dia dalam jangka masa panjang. Jadi amalkan secara konsisten. Selain dari fungsi dia yang k.fiezz kongsikan kat atas ni, boleh rujuk link untuk tengok khasiat dia yang lain..Banyak khasiat jamu kunyit asam jawa ni untuk kita kaum wanita...
7 Comments
sejujurnya saya tidak sanggup untuk hadapi ujian tersebut bila perut memulas terutama dalam perjalanan...seksa oooo
ReplyDeleterasa dia apa kak fiez? masam ke?
ReplyDeletenak sedap, letak gula batu sikit Sha..kalau tak, rasa dia masam2..jenuh nak telan tapi akak dah biasa..ku abiskan je sambil terpejam2 mata..haha..
DeleteKalau saya dulu dipaksa mama utk minum di awal haid kak. Krn katanya bisa mengurangi kram perut akibat menstruasi. Tapi saya tak sakit pula kalk mens, jadi memang tak ada rasa apa2 🤣.
ReplyDeleteManfaat kedua memanglah untuk membersihkan sisa darah kan.
Saya pun suka. Tapi terkadang beda seller, beda rasa 🤣. So far ada seller yg enaaak sangat jamu kunyit asam nya, tapi jauuh di solo sana 😁. Kampung suami saya
tq for sharing.nnti nak cubalah
ReplyDeletekalau dalam pantang memang inilah jamu yang arwah mama buatkan. untuk keluar abiskan darah nifas.
ReplyDeleteammi bersalin czer jadi memang tak ada masalah darah nifas yg banyak sebab darah biasanya dorang dah kelaurkan masa kat OT...tapi masalahnya adalah sakit baki yang sikit2 tu.
Hehe hendak minum pastikan sudah berada di suatu tempat bukan minum sebelum ke sesuatu tempat.
ReplyDeleteMenatik petuanya.