Jualan Minggu Gaji Kat Lobi Pejabat
Macam biasa setiap kali minggu gaji, kat lobi tempat kerja k.fiezz akan ada jualan. Macam-macam ada. Sis biasa lah cepat terpengaruh. Itu pun control nafsu shopping ni. Beli yang nak je. Kalau duk merapu beli, sat gi membazir. Nak bantu peniaga pun, kita kena bantu diri sendiri juga. Kalau benda tu kita guna atau makan, okey tak kisah beli. Untuk elakkan pembaziran. Betul tak?
ADA APA KAT JUALAN NI
Ni antara yang k.fiezz snap. Booth dessert yang jual macam-macam. Masa nampak mangga potong pakej ada asam cicah, eh macam yang jual kat 7e Thailand lah. K.fiezz ambil satu. Cadang nak beli tapi bila tanya harga RM10 satu pek, weiii..Haha. Awat mahai ni..Bulan lepas masa adik ipar ke Hatyai, k.fiezz ada kirim mangga potong ni. Memang sedap lah asam dia cuma tak silap k.fiezz agak manis sikit..
Tak jadi beli mangga potong tu, k.fiezz beli air teh tarik HAOS dalam botol, harga RM9 satu kat booth ni. Sesekali belanja diri sendiri kan. Walaupun member ofis k.fiezz cakap kat kafe ofis kitaorang boleh beli berbungkus teh tarik..haha..Alaa sesekali. haha. K.fiezz buat lawak kat member tu, tak apa sis simpan botol teh tarik ni sebab mahai 9 hengget. haha..
Rambang mata kat booth dessert ni, aneka pencuci mulut termasuk lah air dalam botol yang macam-macam perasa, kek-kek, mangga potong dari 7e Thailand pun ada... Rasa nak beli semua tapi kontrol..haha...Mangga potong ni expired dia hari yang sama tau..Eiii napa tak jual murah sikit, kan..hehe...
Pagi, k.fiezz beli laksam kat salah satu booth yang jual makanan kat situ..Sedap juga rasa laksam dia. Kuah pekat tapi bahan-bahan dia macam kurang..Harga RM6 satu bekas ni..
Tengahari k.fiezz lunch ala versi Thailand..Kerabu maggie 6 hengget ada potongan hot dog, sikit sayur & teh tarik haos yang harga 9 hengget k.fiezz cakap atas ni..
Nasib baik sedap air teh tarik Haos ni..Cukup rasa teh,susu dan tak manis sangat..Berbaloi beli harga 9 hengget satu..hehe..Jenama HAOS ni. Rasa macam pernah nampak Tik Tokers Shannel (adik ipar aunty purple) promote..Kalau tak silap lah. K.fiezz ingat-ingat lupa..
Jualan kat lobi pejabat k.fiezz ni 2 hari (Isnin - Selasa). Atas ni hari Isnin sis membeli belah makanan kat situ. Bawah ni hari ke-2..hehe...
Macam biasa air coklat favourite k.fiezz dari Koffee Klasik...Masa ni dah lunch dengan ex officemate KKR yang datang kat pejabat k.fiezz. On the way naik ke pejabat, singgah beli air coklat ni dulu..hehe...Sambil kumpul cop..Boleh baca < SINI >..
Lepas tu ada jualan frozen patty burger / nugget reject restoran makanan segera. hehe. Tak nak sebut, faham-faham sudah yea..Reject tu bukan sebab tak habis ke apa tau tapi yang restoran-restoran makanan segera ni tak mau ambil sebab tak capai piawaian kualiti diaorang..Jadi pihak pengeluar jual patty burger ni kat peniaga kecil-kecilan..
Harga sepeket ni RM20..K.fiezz beli patty burger blackpepper & nugget cheese..Lepas tu kat booth lain, k.fiezz beli pula karipap frozen. Wahh sakan shopping, sekali bawa balik semua yang frozen ni, sakit tangan weiii.Berat..haha.. Padan muka, beli tak beringat...
Psstttt - Bila ada jualan minggu gaji ni, sis kena kontrol nafsu sikit..Kalau idak, semua nak di beli..haha. Lupa diri...hehe
7 Comments
banyakknya produk yang best-best
ReplyDeleteSedapnyaa
ReplyDeletebanyak juga ya booth jualan di sini... sy suka juga teh haos tu cuma mahal haha
ReplyDeleteEh tapi rasanya harga dia memang mahaaal yaaa 😅. Apa karena diadakan di gedung perkantoran, makanya mahal ?
ReplyDeleteYg seperti ini memang suka bikin Rambang mata, lalu kalap belanja macam2. Tapj kemudian baru sadar duit habis banyak 🤣
Sekarang ni semua mende mahal. Haritu kat LRT pasar seni ammi nampak org jual karipap sardin. Kecik je. Bila tanya harga 1.20 satu. Terus tak jadi ambik
ReplyDeleteCUya paling suka kerabu maggi! Kalau ada je mesti beli..Cuya beli dulu rm10 tau kak...mahai laa...event thailand kt mydin
ReplyDeletesronok ni bli mcm2 tkyah p jauh2 t..turun ke lobby je
ReplyDelete