Hello My New Purse Pierre Cardin
Purse Pierre Cardin, purse baru sis..Wahh kemain kakak tau purse ado-ado ni. haha. Purse je ado-ado tapi duitnya ikut kadang menebal, kadang menipis..haha. Paham-paham sudah lah yeak. K.fiezz cari purse baru ni sebab hat sebelum ni masa dapat hadiah anniversary beberapa tahun lepas zipnya dah rosak..Salah sendiri juga lah kan duk sumbat letak handphone dalam tu walaupun dah tahu tak muat. Sebab bila time lunch nak pegang handphone lagi, pastu nak ambil makanan untuk tapau lagi..Ehhh lecehnya. Hah tu yang k.fiezz sumbatkan je handphone dalam purse..Sekali ambil kau..Terus rosak zip tak boleh nak tutup..Kejap boleh zip kejap tak boleh..Adeh..
CARI PURSE BARU KAT SOGO
Jumaat lepas time lunch, sis pun apa lagi menyongket lah ke SOGO. Masuk je kat ruangan untuk beg/purse perempuan, rambang mata..Cari satu per satu yang menenuhi piawaian. Boleh letak duit & handphone sekali. Malas nak letak asing-asing. Purse satu, wrislet satu. Eh leceh. Cari punya cari segala jenama yang ada. Berkenan hat purse Pierre Cardin ni tapi usya dulu yang lain. Ada yang memenuhi piawaian tapi mahai pula, main ratus. Ada satu pattern purse Pierre Cardin, k.fiezz berkenan betul corak dia & memenuhi piawaian tapi harga dia RM200++ weiii..Tak jadi..Letak balik. haha..
Hat k.fiezz beli ni jenama pierre cardin juga tapi harga murah sikit RM99..Boleh lah ni dalam kategori mampu milik.
Harini rasmi guna purse pierre cardin yang baru ni, kembung purse sis lepas dah bubuh macam-macam kad dalam ni..haha..Banyak benor kad pun..
Tapi yang best senang keluar pi beli lunch pegang purse ni je..Tak ada serabut nak kena pegang asing-asing handphone & purse.
Ater sekarang k.fiezz dah terbeli wristlet sebelum beli purse Pierre Cardin ni, persoalannya apa nak buat dengan wristlet tu. Adeh..Sebelum beli tak fikir..Sis ni kan..Aihhhh...
K.fiezz plan nak buat hadiah lah wristlet tu untuk top pengomen blog bulan ni..Rasa dah berapa bulan stop bagi hadiah kat top pengomen..Boleh lah buat semula untuk bulan ni..So meh tinggalkan komen kat blog sis yang tak seberapa ni..Selain wristlet, nak selit juga barang lain sebab macam biasa sis beli tapi tak pakai...Aiyaaaa..Sejenis banyak duit ke apa, k.fiezz oiiiii!!!haha..
Psstttt - Sis jenis beli tapi tak fikir dulu..Main beli je..hehe...
4 Comments
Eh muat ya letak hp pada purse ini?
ReplyDeleteYa Allah saya baru aktif untuk baca pos-pos yang terlepas baca dalam blog ini.
wah cantik..berkenan plk kita..:)
ReplyDeleteSaya beli beg mcm purse jgk dlm shopee muatlah letak handphone ada sy review dlm blog
ReplyDeletemama suka brand ni dan mama suka jenis purse macam ni. yg ada zip utk letak duit tu
ReplyDelete