Beli Blusher dan Lipstick Yubiso Sebab Murah
Haritu jalan-jalan kat SOGO. Masuk Yubiso nak cari apa entah. Eh sekali benda lain yang sangkut. Sebab boleh tersangkut ada offer..Harga murah giler. Mau tak kakak rambang mata. Terus laju-laju ambil. Blusher tu memang dah lama sis cari jenis macamni (tengok gambar). Konon senang nak sapu kat pipi. Tak payah nak blend pakai jari sebab blusher sekarang yang k.fiezz guna jenis cream. Bila calit kat pipi, kena blend guna jari-jemari mulus sis ni..hehe..Terjumpa blusher jenis dah siap sponge macam ni, memang laju lah ambil. Tapi..Ada tapiii dia..
Lepas tu duk cuci mata, ternampak pula lipstick. Aihhh..Sangkut juga beli sebatang walaupun kat rumah dah melambak lipstick. Biasa k.fiezz ni choosy sikit pilih lipstick. Risau bibir kering kalau tak sesuai dengan mana-mana lipstick yang baru nak cuba. Tapi sebabkan murah, beli juga hat ni.
BLUSHER & LIPSTICK YUBISO
So okey ke idak dua barang mekap yang k.fiezz beli kat Yubiso ni?Blusher tu bila k.fiezz guna macam nak tak keluar je warna dia. Bila duk pusing-pusing kan dia supaya warna kena kat span, macam tak berapa nak melekat pun. Aihhh..Nyampah pula weiii..
Hat lipstick tu pula bila tengok kandungan dia ada paraben. Adeh..Paraben ni tak elok kan. Udah was-was pula nak guna. Sampai sekarang lipstick elok lagi dalam kotak dia.Ni penyudahnya tong sampah yang pakai lipstick..
Jadi moral of the story, jangan beli kalau benda tu tak memenuhi piawaian untuk guna. Lepas tu check kandungan betul-betul sebelum beli. Biasa kita ni malas nak check sebab tak boleh nak concentrate tambah-tambah kalau ramai orang, lepas tu tengok macam-macam produk pula. Memang tak dapek lah nak concentrate. Betul tak?Tapi jadikan rutin untuk check dulu sebelum beli terutama bahan-bahan dalam barang kosmetik, penjagaan muka..
Ater yang sis punya blusher & lipstick ni nak buat apa?
Psstt - Sis memang jenis suka beli tak usul periksa..hehe...
6 Comments
alamak.. sayangnya.. salah beli ke fiez.. kadang2 yg murah ni bersebab
ReplyDeletehaha jangan gelojoh ye pasni
ReplyDeleteAdui rugi la pulak eh, takpe jadikan pengajaran ye nanti jangan buat dah
ReplyDeleteSaya memang selalu cek kak, Krn kulit saya super duper sensitif. Jadi tak bisa pakai sembarang product. Ada Bbrp ingredients yg saya memang macam alergic kalo pakai.
ReplyDeleteSayang juga tak terpakai. Mungkin teman kantor ada yg nak?
Rasa rugi tidak dapat pakai tapi keselamatan perlu diutamakan.
ReplyDeleteKalau nak beli kena check ingredients dulu .
ReplyDelete