Shout out kat anak sedara k.fiezz, Ayyash Harris "Happy Belated Birthday Ayyash". Moga membesar dengan sihat, dengar cakap ibu ayah termasuk mak long juga (hehe), berjaya dalam pelajaran. Sila besarkan badan juga tau, bukan pipi je. hehe. Ayyash ni, ibu dia cakap kuat makan. Hala makanan, semua dia nganga tapi berat maintain cuma mak long perasan, pipi dia yang makin labuh. haha..Jadi besarkan sekali badan tu supaya tak kena pantau dengan Doktor. hehe...

Apapun Mak long nak wish happy belated birthday to you yang ke 1 tahun. Pejam celik pejam celik, eh dah setahun dak kecik ni. Teringat tahun lepas masa dia lahir, excited pi tengok dia kat hospital sebab lama ibu ayah dia tunggu baru dapat dia. Opah & atuk pun excited sebab cucu pertama. Mak long, Pak Long & Ayah Ngah pun excited sebab anak buah pertama. Alhamdulillah..Sekian lama menunggu, Allah makbulkan juga doa ibu ayah dia, dapat pun Ayyash Harris ni. Moga lepas ni ada adik Ayyash pula muncul..Aamiin..hehe..Doakan mak long sekali boleh bagi sepupu kat Ayyash..Aamiin..

FiezaSani

Kek birthday Ayyash. Kek aiskrim perasa blueberry. Ayah dia beli kat Baker's Cottage. Sedap, tak manis sangat...

FiezaSani

Jom potong kek..Mak long gigih yea bubuh gambar tak bermekap kat sini & sosial media demi seketul ayyash ni. haha..Mak long rela. Tak apa janji Ayyash nampak ensem dalam gambar walaupun muka dia serius je tu. Jenuh lah ibu ayah, pak long & opah agah dia dari depan nak suh senyum. Tak ada respons..Haha..Boleh lah Ayyash, walaupun muka serius tapi comel..Cer mak long buat muka camni, burukk..haha..

Bagi apa kat Ayyash?

Hadiah birthday Ayyash, mak long & pak long bagi basikal yang sesuai untuk budak 1 tahun. Lupa nak ambil gambor.. Basikal dia tak ada pengayuh, kena guna kaki untuk bagi basikal bergerak. Sesuai untuk budak yang baru  nak belajar berjalan macam Ayyash ni. Nanti dah pandai berjalan, expert dah tu..Mula-mula ni dia macam takut-takut lagi...

Hope you enjoy the ride...hehe

4 Comments

  1. Uwaaah comel ayyash ❤️❤️. Tak apalah pipi dulu yg berisi, nanti makin besar, baru badan juga yaa 🤗. Sedaaap pasti cake ice cream nya tuh.😍.

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Ayyash comel! 😍 Uiiishh seriusnya muka, takut la acik 😂

    Semoga Ayyash membesar jadi anak yg soleh, yang membanggakan ibu, ayah dan Maklong. Semoga Ayyash cepat2 dapat sepupu jugak ada teman bermain sama2 🤲🏻☺️

    ReplyDelete
  3. Happy birthday ayyash semoga menjadi ank yg soleh

    ReplyDelete
  4. Selamat harijadi terlewat untuk Ayyash. Hehe memang serius mukanya. Patutnya gembira dapat kek.

    ReplyDelete