Beli vitamin rambut jenis kapsul ni kat Lazada. Ala-ala macam Elips yang glamour tu tapi hat ni tak ada jenama & harga lebih murah. Sesuai untuk rambut biasa hingga kering. Fungsi dia untuk menghalang rambut terdedah dengan pencemaran dari udara. Selain untuk memastikan rambut bersinar, lembut dan memberi penampilan yang sempurna sepanjang hari.

Walaupun tak ada di sebut sesuai untuk mengawal rambut frizzy, k.fiezz beli juga vitamin rambut ni sebab secara logik vitamin rambut ni mesti boleh berfungsi untuk mengawal masalah rambut kering. Sebelum ni macam-macam jenis minyak rambut dah try tapi hasil macam tak memberangsangkan. Cuba yang ni pula sebab jenis kapsul & senang nak selit dalam beg mekap bila travel atau balik kampung. Harga pun berpatutan. Dalam 1 botol ni ada 60 kapsul. Jimat sangat ni weiii..Terus beli 2 botol. Dengan yakinnya sebab murah punya pasal..haha. Kenapa k.fiezz cakap dengan yakinnya?Sambung baca kat bawah ni..

OKEY KE IDOK VITAMIN RAMBUT NI?

Tengok saiz kapsul dia besor. 1 tu boleh pakai beberapa kali sebab macam k.fiezz ni tak suka bila pakai minyak nampak rambut tu bersinor dengan minyak rambut. Biasanya k.fiezz suka letak sikit je untuk bagi nampak kemas & rambut tak menggerbang. Tapi pakai yang ni walaupun sikit, nampak shiny betul rambut. Lagi satu k.fiezz tak tahan. Sakit kepala..Adeh...Lepas tu macam k.fiezz beritahu awal tadi, beli vitamin rambut ni k.fiezz andaikan boleh membantu masalah rambut kering k.fiezz tapi macam tak berhasil. Dia cuma bagi effect rambut nampak bersinar seperti yang diterangkan & melindungi rambut dari pencemaran...dan bukan untuk atasi masalah rambut frizzy. Kalau korang yang ada masalah macam k.fiezz, tak perlu lah membazir beli. Sis dah cuba & tak berhasil. 

Tu lah yang k.fiezz beritahu kat atas ni, dengan yakinnya beli sampai 2 botol padahal baru nak cuba. Ater sekarang tak sesuai, nak buat apa dengan vitamin rambut ni..

vitamin rambut

Jadi moral of the story, kalau baru nak cuba benda baru beli satu dulu atau yang saiz kecil. Cuba & tengok kesesuaian serta fungsi dia kena ke tak dengan masalah kita. 

Ni dah tak sesuai nak buat apa?Buang..Walaupun harga dia murah je tapi sayang tau. Nak beli pakai duit. 

Siapa lah yang k.fiezz nak bagi ni...

Oo by the way, harga 1 botol ni RM6.50 / 60 kapsul...

Kalau korang nak beli ni, boleh cuba cari kat shopee/Lazada/Tik Tok. K.fiezz beli kat Tik Tok shop...Eh tapi siapa yang nak, boleh beritahu k.fiezz. Sis bagi je ni. 1 botol memang tak buka lagi & 1 botol lagi baru pakai 2 kapsul..Siapa berminat cuma bayar kos postage..

Siapa yang berminat boleh email fiezasani2127@gmail.com ataupun komen kat bawah ni beserta email korang, nanti k.fiezz reply.. 

8 Comments

  1. wahhhh saiz & harga dah best dah tu tapi takut tak sesuai jugak.. mmg untung tu byr kos postage je ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah..murah dh best tu..tpi tak tahan pulak..sapa yg nak, boleh lah byr kos postage je..nak buang, sayang...

      Delete
  2. Oh, kenapa sampai sakit kepala pakai vitamin ni sis? sebab baunya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg tak tahan pakai minyak. ada jenis2 minyak yg sesuai so ni dlm kategori tak tahan. pernah cuba sebelum ni minyak argan tapi harga mahal..hat murah ni, dia mengada..sabor je lah..haha...

      Delete
  3. saya pun tak suka pakai minyak rambut.. selalu pakai yg jenis serum picit picit tu. tu pun setitik aje dah cukup.

    ReplyDelete
  4. nak ambik takut xsesuai sbbnya rambut Cik Nor ni dah berkelumumur.haha

    ReplyDelete
  5. Memang yg begini cocok2an ya kak. Apalagi tipe rambut sangat kering, tak semua hair oil bisa efektif membuat tak frizzy.

    Rambut saya termasuk frizzy.

    Tapi setakat ni saya cocok dengan hair oil dari biolage matrix. Atau kalo kering sangat, saya pakai argan oil. Cuma tak sering, soalnya memang melekat 😂😂😂. Jadi rasa tak nyaman. Palingan saya pakai malam, supaya esok paginya bisa keramas.

    ReplyDelete
  6. Sayapun ada frizzy juga. Kata tidak berkesan untuk masalah itu. Mungkin mereka yang hendak bagi rambut berkilat sahaja boleh gunakan kapsul ini.

    ReplyDelete