Kakak fiezz ni tumblr barbie pun tergoda nak beli..haha. Kisahnya tertengok live seller yang lalu kat fyp Tik Tok k.fiezz. Mula tengok je, eh bila seller duk review satu persatu warna tumblr barbie ni, sis berkenan lah..hehe..Terus sangkut beli. Ada offer pula tu. Harga biasa RM32.99 tapi kalau beli tengah live, harga dia jadi RM27.99 sajo..hehe...

Laju sis beli tau..hehe

RUPANYA BARANG DIPOS DARI CHINA

Masa beli ni, k.fiezz ingatkan barang memang ready stock kat Malaysia sebab yang buat live orang Malaysia. Tak terfikir lah rupanya pre-order barang dari China. Laaaaa. Lepas dah buat bayaran baru sis tahu barang dari China sebab tengok dalam tracking.. 

Ater nak cakap apa. Udah bayor pun. Proceed je lah..

K.fiezz buat bayaran 28hb Sept. Lepas tu ada note reminder pula beritahu parcel mungkin akan lewat sebab kat China ada cuti sempena sambutan apa entah dari 27 Sept. - 7 Oktober 2023.

Aihhh what to do..#pasrah je lah sebab dah bayor pun...

Tapi tapi esoknya 29hb Sept, tengok barang dah mula bergerak dari China...

barang dari china

2hb Oktober 2023, barang selamat sampai..Yeay..5 hari dah sampai..Cepattt....

barang dari china

Start 28hb Sept. buat order, sampai 1hb Oktober barang dah clear kat pemeriksaan kastam.. 

barang dari china

2hb Oktober, barang selamat sampai kat rumah..Yeayyy...

tumblr barbie

Tadaaa..Dah sampai tumblr barbie k.fiezz...Dapat sekali penutup straw bentuk strawberry & 2 straw..1 extra..

Semalam dah rasmi bawa air kosong ke pejabat pakai tumblr Barbie ni..Kemain semangat minum air pakai tumblr barbie cun ni..hehe..Gediks kan. Macam budak-budak. Tumblr Barbie pun nak beli..haha..Tumblr barbie ni kat logo B tu ada shine bright like a diamond..hehe..Itu yang special tumblr ni..Maklumlah sekarang kan tengah hot movie Barbie, itu yang semua nak ber barbie bagai..Tumblr pun sama...

Pada pendapat sis, tumblr ni rasanya tak sesuai untuk letak air panas sebab bahagian dalam dia tak ada lapisan yang untuk tahan air panas. Untuk letak air suam/sejuk, boleh. K.fiezz pun letak air kosong suam je dalam tumblr ni..Risau nak buh air panas. Baru beli dah retak..haha. So kita buh je lah air suam/sejuk..Saiz tumblr 710ml..

Selain bawa ke pejabat, k.fiezz beli tumblr barbie ni untuk bawa travel/balik kampung. Gediksss kan..Padahal selalu bawa botol air je..haha...Biasa lah perempuan..hehe

Warna pilihan, k.fiezz bukan peminat pink tapi sebab Barbie kan sinonim dengan pink so k.fiezz pilih pink...Selain warna ni ada lagi pilihan warna lain. Kalau korang nak beli, try cari kat Tik Tok. Tapi nak beritahu awal-awal, tumblr barbie yang sis beli ni dari China..Bukan ready stock kat Malaysia. Tapi tak ada lah lama sangat proses delivery. 5 hari dah sampai Malaysia, kira cepat tu..

9 Comments

  1. besarnya tumbler ni..
    harap2 ammi tak terjebak dengan racun TT ni. selalu terjebak barang kucing je

    ReplyDelete
  2. ingat nak beli juga nak hadiahkan dekat my mua

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    Macam best je nak beli... hehhee Favourite kaler CUya!

    ReplyDelete
  4. Haha! Janji lepas ni makin kerap minum air kosong bila dah ada tumbler lawa 👍🏻

    ReplyDelete
  5. comelnya.. ada officemate mama pn beli gak tapi jenis blink2.. mmg comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru ternampak kat TT, best juga tu guna yg ni ala2 manis gitu

      Delete
  6. cantik juga...boleh buat koleksi dan letak dalam rak sebagai perhiasan

    ReplyDelete
  7. Ohooho..Sho cute! 🤩 Peminat pink hadir!

    ReplyDelete
  8. Amboi sampai 2 beli. Nasib baik tidak sangkut bab penghantaran.

    ReplyDelete