Pejabat k.fiezz sekarang ni dekat je dengan SOGO. Naik LRT depan pejabat ni, selang satu stesen je dah sampai stesen LRT betul-betul depan SOGO. Jumaat lepas k.fiezz ke SOGO. Cadangnya nak ke DIY dalam SOGO. Nak cari fail untuk k.fiezz guna kat pejabat. Lokasi DIY dalam SOGO ni memang k.fiezz dah tahu tingkat 7. Sampai je SOGO terus naik eskalator menuju ke tingkat 7. Sampai-sampai tingkat 7, 'eh ternampak banner Jualan Penghabisan Stok GUARDIAN' ni pula. Kaki pun macam ditarik-tarik masuk ke sini..hehe. Jom lah tengok ada apa kat jualan penghabisan stok Guardian ni. Mula-mula k.fiezz tak tahu pun yang ni barang-barang jualan bawah Guardian. Main masuk je.

Bila dah masuk sini baru lah nampak banner Guardian. So onzz...K.fiezz pun kadang-kadang ada juga beli barang penjagaan diri kat Guardian..Jadi boleh lah cuci-cuci mata kat sini..Kot ada yang berkenan di mata...Boleh lah beli...

JUALAN  PENGHABISAN STOK GUARDIAN

Ada apa kat sini?Barang-barang kosmetik/penjagaan diri/supplement. Majoritinya yang k.fiezz tengok lah ada kat jualan penghabisan stok Guardian ni. 

Harga?Murah ke?K.fiezz tak hafal lah semua harga asal barang-barang ni tapi yang k.fiezz confirm tahu kat sini handwash jadi RM4.00 sajo. Biasa handwash Guardian ni RM6.50 sekarang. Mahal kan. Kat sini 4 hengget je. Tapi k.fiezz tak beli sebabnya memikiorkan nak bawa balik rumah, berat. Masa ni k.fiezz nak singgah pasaraya kat bawah ni juga sebab mak suruh beli barang sikit. Kalau beli barang kat sini yang berat-berat, tambah lagi barang beli kat pasaraya. Lepas tu bakul k.fiezz bawa botol air lagi. Adeh..Sakit tangan beb..So k.fiezz beli sikit-sikit barang yang rasa perlu & ringan. K.fiezz beli apa..Ada k.fiezz share kat bawah ni..

Sebelum tu joms cuci mata kat jualan penghabisan stok Guardian ni...

jualan penghabisan stok

Jualan Penghabisan Stok Guardian..

jualan penghabisan stok

Rambang mata juga lah tengok barang-barang dalam ni. Nasib lah k.fiezz sedor diri naik LRT, lepas tu nak bawa barang balik rumah banyak..Tahan je nafsu...

jualan penghabisan stok

Antara produk yang ada kat jualan penghabisan stok Guardian ni...K.fiezz geram je tengok handwash tu. Cerita kat mak, handwash sini murah. Mak suruh beli..Mak cakap nanti bawa balik sikit-sikit..Tak ada lah berat sangat..

jualan penghabisan stok

Barang kosmetik. Nak beli tapi control..hehe...

jualan penghabisan stok

Perfume..K.fiezz tak ada lah try bau sebab kat rumah pun ada lagi stok perfume...

jualan penghabisan stok

ni offer 3 botol..harga yang kat bawah tu..

jualan penghabisan stok

Tengok macamni rasa nak beli semua..hehe

jualan penghabisan stok

Tapi sis beli ni je..haha...Wet tissue, chocolate wafer & eye mask..

Nabati tu 1 pek ada 8 ketul RM8.00, eye mask RM3.00 / satu & wet tissue RM4.00..Hat eye mask tu k.fiezz confuse sikit sebab harga tertera RM2.xx satu sebab ada diskaun tapi masa bayor jadi RM3.00 satu..Ingat nak ambil 1 kotak tapi tak ada harga. Diaorang cuma letak harga untuk 1 keping ni je..Lagipun k.fiezz ni bukan jenis rajin juga benornya so ambil je 3 keping..

Nanti nak repeat lagi ke sini sebab mak k.fiezz suruh beli handwash tu..Tunggu lah hari Jumaat sebab rehat lama..Boleh lah nak merayap lama sikit..

Oo kalau korang nak ke jualan penghabisan stok ni boleh ke SOGO tingkat 7. Jualan Penghabisan Stok ni dari 5 - 22 Oktober 2023.

7 Comments

  1. klo g sogo mmg gila..banyak je sale

    ReplyDelete
  2. Selamat membeli belah
    Tak penuh troli jangan keluar

    ReplyDelete
  3. wah..bestlah dekat...jumaat boleh repeat lg tuu...

    ReplyDelete
  4. wah menarik tu.. memang rambang mata dibuatnya

    ReplyDelete
  5. Guardian di sana nak tutup permanen atau hanya nak menghabiskan stok yang sudah dekat expired kak?

    Saya sebenernya tak terlalu suka belanja di guardian, lebih suka Watson. Karena kalo di sini guardian lebih mahal 😂. Jadi jarang sangat masuk kesana. Kecuali barang yg saya cari tak ada di Watson, barulah ke guardian 😁.

    Tapi harga2 di atas tadi memang murah lah. Kalo di sini guardian nak stok penghabisan juga, dah pasti saya datang 😄

    ReplyDelete
  6. alamak.. bestnya.. kalau dekat ni alangkah bestnya

    ReplyDelete
  7. Banyak juga barang yang ditawarkan harga murah.

    ReplyDelete