Alhamdulillah duit tepian hasil buat job dari SushiVid, dapatlah buat shopping online..hehe..Rezeki..K.fiezz masa mula2 dapat job dari SushiVid ni ingatkan scammer ke apa sebabnya k.fiezz tak apply kat website ni pun tetiba dapat offer buat job. Memang k.fiezz ada akaun kat SushiVId ni tapi tak pernah apply job kat sini. 

So bila tetiba staff SushiVid whatsapp bagi offer, macam terkejut juga lah. Ehhh scammer ke apa ni. Lepas duk siasat baru lah tahu rupanya betul staff @ PR Sushivid yang whatsapp. Sejak tu setiap kali ada job je, staff @ PR dia akan wasap tanya berminat ke idak dengan job sekian..sekian…

Job yang di offer pun tak lah susah sangat.Tak perlu buat artikel kat blog pun. Cuma repost,komen & like kat sosial media. Bukan semua sosial media pun, setakat ni yang k.fiezz pernah buat di Tik Tok, IG story @ Facebook.

Setiap kali job, bayaran tak banyak jadi k.fiezz kumpulkan dalam wallet kat dalam website SushiVid ni. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jumlah dalam akaun sushivid dah jadi 3 angka, baru k.fiezz transfer ke akaun bank..

sushivid

Yeay dah transfer ke akaun bank k.fiezz…

sushivid

Setiap job, tak banyak sangat bayaran dia jadi k.fiezz kumpulkan sampai cukup 3 angka…Lagipun ada interest sikit dikenakan oleh pihak SushiVid…Kalau keluar sikit-sikit rugi lah pula jadi kumpulkan je dulu…

sushivid

Berjaya withdraw..Duit akan masuk ke akaun bank dalam masa 7 hari…

sushivid

Rezeki job tepian…

Dari job sikit-sikit macamni dapat lah k.fiezz duit untuk shopping online kalau ada berkenan apa-apa barang bila scroll tik tok. Idak lah kena tunggu gaji baru dapat beli..Kadang nak beli barang basah sikit-sikit pun, k.fiezz guna duit yang ni juga. 

Alhamdulillah rezeki datang dari pelbagai cara, terpulang pada kita untuk usahakan mencari rezeki tu datang pada kita. Macam k.fiezz dari blog ni berjinak-jinak cari duit tepian lepas tu guna segala sosial media yang ada. Tak terfikir tau dulu dari sini boleh jana pendapatan. Tapi idak lah lebat macam blogger yang memang dah ada nama. Apapun syukur...Walaupun sis cuma blogger suam-suam kuku. Ada juga yang nak guna khidmat sis yang tak glamour sangat ni..hehe..

SYUKUR DENGAN REZEKI YANG DAPAT...

6 Comments

  1. Sy dah lama tak buka sushivid since dorg lebih utamakan yg byak followers.. yg penting sy dah cashout baki duit yg ada kat akaun sushivid haha..

    ReplyDelete
  2. takpe janji ade income tepi kak

    ReplyDelete
  3. Tadi pas baca namanya, saya kira job yg ditawarkan berkaitan dengan restoran sushi 😄. Yg seperti ini juga ada di sini, saya tahu Krn teman sering ikutan. Memang lumayan kalo lama2 dilakuin, jadi banyak juga hasilnya. 👍

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. bila kumpul2 jd byk jgk kan. bleh la buat beli brg..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki. Hehe kalau saya kecut kalau tetiba dapat panggilan daripada orang tidak dikenali.

    ReplyDelete