Tak habis lagi ke story cuti-cuti ke Hatyai ni. Belum lagi uolls..haha..K.fiezz mencari mood nak menulis pasal cuti-cuti ni..So ni mood baru nak mai, sis sambung lagi story percutian kitaorang sekeluarga ke Hatyai, Thailand ni bulan Julai yang lepas. Nak baca entry sebelum, boleh klik kat label vacation

Masa trip ke Hatyai ni, hari ke-2 kitaorang ambil day trip. Pi ke mana dalam day trip ni? Jomsss check it out...

DAY TRIP HATYAI - DIMSUM CHABURA , KYSORN & KEDAI KACANG

Pagi hari ke-2, kitaorang ke DIMSUM CHABURA yang glamour dalam kalangan pelancong dari Malaysia & viral di Tik Tok. Jadi driver bawa kitaorang ke sini untuk sarapan pagi. 

Dimsum Chabura ni ada 2 buah kedai, kalau tak silap. Kitaorang masuk kedai yang ke-2 sebab hat pertama dah penuh..

Masuk je kat sini, mak aih kiri kanan depan belakang orang Malaysia. Dah rasa macam kat Malaysia, bukan Thailand ni.hehe.

Untuk peminat makanan cina macam dimsum, ada pilihan samaada pilih sendiri aneka dimsum kat bahagian depan yang tersusun elok & macam-macam jenis. 

Kitaorang pilih yang dalam buku menu. Malas nak bangun..hehe..

dimsum chabura,

Pelbagai jenis dimsum. Hat ni jenis kukus rasanya..K.fiezz tak pernah try jenis cam ni plus tak tahu flavour mana yang sedap. Risau pula nak pilih, takut tersalah pilih hat tak sedap...

dimsum chabura,
Ni pilihan k.fiezz & mr hubby..Gyoza Cheese..
K.fiezz suka sebab ada cheese. Adik ipar k.fiezz tak suka, dia cakap muak. Jadi ikut lah selera masing-masing...


dimsum chabura,

Air teh ais..hehe..Nampak  pekat tapi macam ada something kurang rasa dia...

dimsum chabura,

Lepas tu mr hubby order Nasi Kerabu pula weiii..Adeh..Ingatkan nak share ber2, sekali mr hubby suruh  k.fiezz yang makan semua. Portion dia nampak sikit tapi agak jenuh juga yea sis yang jenis makan lambat ni nak perabiskan. Dah lah tak ada sambal lagi lah slow sis nak perabiskan.. 

Mr hubby rasa sikit je sebab risau sakit perut..Mr hubby habit dia lepas makan mesti nak  membuang. Dia risau nak makan banyak-banyak..Lepas dari Dimsum Chabura ni, banyak lagi tempat kitaorang nak singgah...

dimsum chabura,

Wefie kejap..Dengan orang ramainya..Agak serabut makan kat sini sebab crowded sangat orang..Tempat viral kan..Memang jadi tumpuan lah terutama orang kita dari Malaysia...

2nd pit stop - Kaysorn

Bila sebut macam Kaison. Tapi ni kaysorn souvenir di Hatyai. Tempat apa ni?Tempat beli belah cenderahati. Macam-macam ada kat sini. Harga?Tak pasti lah, lebih kurang je rasanya. Tapi kalau masa ke sini tak pasti nak beli apa, boleh lah cuci mata. Nanti cari kat tempat lain macam Asean Night Market. Situ pun ada jual cenderahati juga. Barang-barang yang dijual pun lebih kurang je..

Dalam kaysorn ni agak panas. Tak berapa nak rasa aircond dia. Fuhh mencabar juga nak membeli belah kat sini dengan panas, orang pun ramai. Serabut..haha..Mr hubby dah berpeluh-peluh. Mr hubby ni jenis tak boleh nak berpeluh, jap gi mula lah dia nak marah..haha..K.fiezz pun rungsing sebab shopping dengan keadaan geram..

Sis ni pun jenis tak suka pi tempat  yang ramai sangat orang. Rasa semak nak shopping sebab orang ramai...Tapi nama pun kaysorn souvenir, mana ada tempat jual cenderahati yang tak ramai orang..Jadi hadap je lah..

Ater tak beli apa-apa ke kat sini?Harus lah beli juga tapi main ambil-ambil je. Pilih t-shirt pun pilih gitu-gitu je. Tak ada lah menelek beria pula design/material. Tengok cantik, cari saiz. Terus masuk dalam bakul. 

kaysorn souvenir

Dari arah depan..Cantik..Sebelah tu ada port untuk bergambar tapi masa ni k.fiezz & mr hubby paling last keluar dari sini. So sambil lalu tu, wefie kejap...

kaysorn souvenir

Barisan pelbagai jenis t-shirt...

kaysorn souvenir

Pakaian perempuan..Seluar/Skirt..Rambang juga lah mata sis ni..Ambil juga dress untuk pakai kat rumah..Main sauk je..haha...

kaysorn souvenir

Pelbagai jenis beg..Geram beg bulat tu tapi k.fiezz pernah beli online beg ni..Cantik tapi purse panjang tak muat...Tak pasti beg bulat ni harga dia berapa. Lalu je...

kaysorn souvenir

Beg lagi..Geram..Macam-macam ada dalam ni...

kaysorn souvenir

Wefie sesambil lalu nak keluar sebab member group lain semua dah keluar & tunggu dalam van. Kitaorang yang tak reti-reti nak keluar dari sini..haha..Dalam panas-panas pun, lama juga kat sini...

3rd pit stop -  Kedai Kacang-kacang

Kat sini, k.fiezz & adik ipar je yang turun masuk dalam kedai jual kacang ni. Yang lain semua tak mau, tunggu dalam van je. Kat sini, mak aih orang berderet weiii..Tambah lagi serabut..Tapi sis & adik ipar masuk juga lah nak cari kacang. Mr hubby suruh beli kacang. Tapi adik ipar tengok harga, dia cakap mahal. Sambil tengok kacang, kitaorang convert ke RM. Bila tengok harga macam mahal je, letak balik. haha. Lagi satu adik ipar k.fiezz cakap dia ada tengok kat website Thailand, ada lagi tempat lain yang jual lagi murah. Jadi kitaorang cuci mata je lah kat sini...Tapi kalau korang jenis malas nak pi tempat lain, beli je kat sini..

kedai kacang hatyai

Dari arah depan kedai...Ermmm...

kedai kacang hatyai

Aneka keropok, kacang kat sini...

kedai kacang hatyai

Tu diaaa orang..Awat ramai sangat nih..

So macamni lah bila pi ke tempat-tempat yang viral & jadi tumpuan pelancong. Pening kepala.. hehe. Tapi bukannya  hari-hari ke sini, yea tak. Layan je lah keadaan yang serabut dengan orang ramai macam ni sesekali..

Lepas ni ke mana lagi pit stop kitaorang..Stay tune...

6 Comments

  1. waa nampak sedap2 semua menu kat sini. syok la shopping2

    ReplyDelete
  2. sangat best kalau dapat shopping begini...lebih-lebioh lagi semasa melancong

    ReplyDelete
  3. Tapi kalau tempat yg ramai turis, memanglah terkadang harga dah mahal ya kak. Kalo nak cari murah, harus ke market di mana tak ramai turis. Tapi effort juga pergi kesana 🤣.

    Terkadang kalo sedang di luar negara, saya tak akan convert harga barang ke dalam Rp. Nanti sakit hati hahahahaha. 😅

    ReplyDelete
  4. mode melancong.. best shopping2 dan makan2

    ReplyDelete
  5. Suami Puan Fiezz pesan makanan tapi suruh isteri dia makan.
    Hehe betul itu kata panas tapi duduk lama di dalam. Mesti sebab rambang mata tengok cenderamata di situ.

    ReplyDelete