Sejak dah pindah pejabat ni yang dekat dengan stesen LRT, asal hari Jumaat je merayap ke SOGO..Ada je point nak ke situ..haha..Ni 2 minggu berturut k.fiezz repeat ke Sogo. Minggu lepas nak pi Guardian Sales kat tingkat 7. Mak k.fiezz suruh beli handwash sebab tengah offer. Lepas dah membeli belah, harus lah sesi menapau makan pula untuk makan tengahari. Kat sini banyak je kedai makan. Tingkat 6 ada food court tapi dah pergi ke situ hari Jumaat, memang ramai lah orang. K.fiezz tempat orang ramai, malu nak jalan-jalan kat situ. 

So biasanya k.fiezz akan cari makan kat level lain. Tingkat lain pun ada juga jual makanan tapi tak banyak. Paling utama yang kat tingkat 6 sebab food court.

Kat tingkat G, ada makanan fast food macam Mc D, Bungkus, Teh Tarik Place, kedai-kedai jual makanan menu sampingan macam Auntie's Anne, kopi.. Eh banyak juga lah. Kat bahagian luar pun ada deretan kedai makan. K.fiezz pernah tapau nasi kandar kat salah satu kedai mamak bahagian luar SOGO tu. Okey juga rasa makanan dia cuma lepas makan k.fiezz berlari ke bilik air. Nasib baik makan kat pejabat. Sejak tu nak beli kat situ macam fobia sikit..haha..

Jadi kali ni k.fiezz beli kat Teh Tarik Place kat tingkat G & bubur kat tingkat 7 (betul-betul depan Mr DIY)..

Beli menu apa tu?

kedai makan

Ni mee goreng kat Teh Tarik Place..Rasa dia errrr boleh lah..Macam ada kureng sikit tapi dah laporrr makan je lah derr...

kedai makan

Saja beli jagung Nelson's ni. Dah lama tak tak beli. K.fiezz suka jagung kat Nelson ni..Tekstur jagung dia lembut & cukup rasa. Cuma sekarang ni dengan kenaikan harga barang yang macam-macam, harga jagung ni pun dah naik. K.fiezz beli yang biasa ni RM5.00, kalau nak letak keju atau susu, tambah harga lain. Susu RM1.50 kalau tak silap. K.fiezz ambil yang biasa je ni..

kedai makan

Bubur nasi kat tingkat 7. Ni booth dia betul-betul depan Mr DIY. K.fiezz memang jenis suka bubur. Tetiba nampak eh ada kedai jual bubur pula. Jom lah try

Harga biasa ni RM6.00 (ayam/daging) & k.fiezz tambah letak topping halia goreng RM1.50..Setiap topping harga dia berbeza...Ikut lah nak citarasa masing-masing...Lupa pula sis nak ambil gambor jenis-jenis topping yang ada kat stall bubur tu..

Kalau korang ke SOGO KL tu, banyak kedai makan dalam tu. Ikut lah selera masing-masing nak makan apa. Dari tingkat 7 selain bubur nasi ada juga beberapa lagi kedai makan, lepas tu tingkat 6 (food court), level G & bahagian luar pun ada...

11 Comments

  1. dulu kalau ke sogo, MA suka nasi ayam kat food court tu..sedaapppp

    ReplyDelete
  2. Dulu selalu juga makan kat situ. Sekarang dah lama tak pergi sana.. rindu kolumpo wehh

    ReplyDelete
  3. bahaya pejabat dkt sogo..pantang ada sales mesti nak g haha

    ReplyDelete
  4. wah..syoklah kak..dekat ngan sogo..

    ReplyDelete
  5. byk jgk pilihan mknn dekat sana yaa.

    ReplyDelete
  6. Bahaya kalau pergi Sogo selalu. Tau2 dompet dari tebal jadi nipis hehe.

    ReplyDelete
  7. SOGO antara pusat beli belah yang terkenal dari dulu lagi....bangunan lejen tu

    ReplyDelete
  8. Kalo tempat banyak makanan gini, bisa pusiiing saya nak milih makan apa 🤣. Walaupun di awal mungkin dah terpikir nak makan nasi kandar misalnya, trus melihat aneka jualan, berubah lagi pikiran 😄

    ReplyDelete
  9. lama dah ammi tak ke sogo. Bila ntah last tak boleh nak recall

    ReplyDelete
  10. Lama gila tidak makan di medan selera Sogo. Saya pergi hari biasa.

    ReplyDelete
  11. Lama tak pergi sogo
    Sy suka mkan jagung

    ReplyDelete