Sejak dah berusia ni sis & mr hubby menjaga kesihatan. Bila buat air manis, tak guna dah gula biasa. Mula-mula bertukar ke gula perang dan sekarang gula O..Mak mertua sis agen BioRich. Gula O ni salah satu produk bawah jenama BioRich. Jadi senang nak restock bila gula O ni habis. 1 pek gula o ni pun boleh tahan lama sebab tiap kali guna, letak sikit je sebab rasa dia dah manis. Cuma kena agak-agak kuantiti bila nak letak dalam minuman/masakan jangan manis sangat. Tapi biasanya guna sikit je..Style k.fiezz bila buat air, letak sikit lepas tu rasa. Kalau kurang manis, tambah sikit demi sikit sampai dah cukup manis ikut deria rasa masing-masing.
Eh k.fiezz ni duk sebut gula o..gula o..Gula O ni apa?Untuk info ni juga gula untuk diabetes. Sesiapa ada diabetes yang nak kurangkan pengambilan gula, boleh cuba gula O ni..Sebab setiap kali penggunaan perlu kan sikit je kuantiti untuk bagi manis rasa minuman/makanan.
APA ITU GULA O?
Gula O serbuk pemanis rendah kalori yang rasanya 10 kali lebih manis & lebih baik dari gula pasir sebab tak ada sucralose yang membahayakan kesihatan.
Rasa gula O ni lebih sedap. Cuma perlu guna sikit je bila letak dalam minuman/masakan macam yang k.fiezz beritahu kat atas ni.
1 pek gula O ni 800g tapi jangan risau satu pek ni tahan lama..Berbulan-bulan..Sebab setiap kali guna, letak sikit pun dah cukup manis dia..So dah jimat di situ..
APA KELEBIHAN GULA O?
- Rendah kalori (sesuai untuk yang nak diet) ;
- Boleh guna dalam semua jenis minuman/makanan ;
- Indeks glisemik rendah (sesuai untuk pesakit diabetes) ;
- Elakkan keradangan kulit ;
- Jumlah sucralose yang terkawal (tidak meningkatkan kepekatan gula dalam darah) ;
- Mengawal tahap glukosa rendah (tidak meningkatkan glukosa dalam darah).
Disebabkan antara kelebihan gula O kat atas ni, k.fiezz & mr hubby pengguna setia sekarang ni. Gula putih biasa tu dah lama tak restock sejak dah beralih ke gula O ni..
Masa bercuti ke utara & thailand bulan Julai yang lepas, mak mertua k.fiezz bawa teh tarik keluaran Biorich ni. Saja lah k.fiezz cuba sebab sis kan pencinta teh tarik. Eh sedap weii..Kurang manis tapi cukup rasa teh tarik dia..Terus order dengan mak mertua..Beli 2 pek..1 pek ada 10 sachet..
Mak k.fiezz ada try juga minum ni. Bila buat 1 sachet tu dalam secawan mug, terasa manis dia. So mak k.fiezz guna 1/2 sachet je tiap kali buat. Macam k.fiezz habiskan 1 sachet sebab sis guna tumbler ( saiz 310ml). Bila buat dalam tumblr ni memang okey je. Tak rasa manis dia. Jadi tengok pada saiz cawan juga kalau nak buat. Kalau mug biasa tu, guna 1/2 sachet pun cukup kalau tak nak manis sangat..
Restock Gula O & saja order Teh Tarik juga..hehe..Nasib mak mertua agen..Senang nak restock...
Harum..Wangi..Mendamaikan...
Secukup rasa & kurang manis..Sis loike..Tak pasti lah kat orang lain yea. Ikut deria lidah sis..Gitu lah rasa dia...
Sejak dah beralih ke gula O ni, lama dah gula pasir biasa tu tak masuk ke rumah sis...Rasa sihat je minum air panas kegemaran guna gula o ni..
Kat mana nak beli gula O & teh tarik biorich ni?
Cuba lah korang google agen yang berdekatan dengan tempat masing-masing. Sis beli dari mak mertua je..Senang...
Jadi kalau yang mencari gula untuk diabetes, boleh lah cuba bertukar ke gula O..Mungkin boleh membantu mengawal keinginan pada minuman manis dalam kuantiti yang terkawal dengan mengamalkan gula O dalam rutin harian.
3 Comments
Rabia guna gula perang
ReplyDeletefirst time dgr nama gula O ni.. bolehlah mama pun bertukar ke lifestyle lebih sihat
ReplyDeleteRasa hendak cuba juga.
ReplyDelete