Haritu duk scroll Tik Tok, ternampak ada orang kongsi natural deodorant ni. Tertarik nak cuba walaupun harga dia boleh tahan juga lah weii..haha..Tapi fikir positif biasanya deodorant tahan lama so apa salahnya kan beberapa bulan sekali keluar duit lebih sikit untuk deodorant..K.fiezz ni memang pengguna natural deodorant. Sebelum ni k.fiezz guna smelly no more. Lama dah pakai deodorant yang berasaskan garam mineral ni & harga pun dalam 20 lebih juga untuk saiz kecil, tahan dalam 2-3 bulan lebih kurang. Boleh baca entry berkaitan kat sini > Smelly No More.

Sejak guna smelly no more ni dari 2019, k.fiezz guna okey je tapi tak tahu lah sebab dah lama sangat pakai, tenyeh garam kat ketiak..Lama-lama jadi gatal pula area ketiak tu..Kadang tu tak berapa selesa juga kejap-kejap garu ketiak. haha..Kalau kat rumah atau tempat yang tak ada orang tak apa lah. Ni kadang dalam LRT. Terutama bila k.fiezz berpeluh kat cik ketiak tu. Mula lah merenyam gatal area tu.

So bila ternampak iklan video natural deodorant ni duk lalu lalang kat fyp TT k.fiezz, tertarik pula nak cuba. Tengok bahan-bahan yang digunakan pun selamat & terjamin boleh guna tanpa was-was. Paling k.fiezz suka ibu mengandung pun boleh pakai. Part ni yang suka sebab sis kan selalu berangan mengandung..hehe..Mengandung ni bukan tahu bila, jadi bila pakai natural deodorant ni idak lah membahayakan kandungan kalau tak sedar dah menempel si kecik tu...hehe

NATURAL DEODORANT

Selain ibu mengandung, orang yang ada masalah kulit sensitif & kanak-kanak pun boleh pakai sebab bahan yang digunakan selamat untuk 2 kategori ni. 

Apa bahan-bahan dalam natural deodorant ni?

Natural Mineral Salt , Essential Oil, Calamine Powder & Coconut Oil

Fungsi setiap bahan ni?

Natural Mineral Salt : Mengawal bakteria dari membiak, kurang bakteria kurang bau badan.

Essential Oil : Setiap bauan dalam natural deodorant ni mengandungi tea tree oil yang kuat untuk menghapuskan bakteria.

Calamine Powder : Berfungsi sebagai penyerap yang sangat baik dan dalam masa yang sama melembutkan. Sentiasa memastikan cik ketiak dalam keadaan kering dan lembut.

Coconut Oil : Tidak menyebabkan cik ketiak tersumbat & bersifat anti bakteria yang sangat kuat.

Secara rumusannya, natural deodorant ni menggunakan bahan-bahan yang ber gred tinggi untuk memastikan kita sebagai pengguna dapat mengatasi masalah badan berbau & dapat menjalani cara hidup dengan yakin tanpa ada sebarang bauan kurang enak. 

OKEY KE GUNA NATURAL DEODORANT NI?

Setakat ni k.fiezz guna natural deodorant, rasanya bauan kurang enak dari cik ketiak macam tak ada sangat & gatal-gatal pun dah kurang sangat berbanding masa guna smelly no more

Haritu k.fiezz dapat je natural deodorant ni, terus rasmi guna. Lepas tu tukar semula ke smelly no more sebab masih ada lagi sebab ingatkan nak guna natural deodorant ni bila balik kampung atau travel. Hat smelly no more tu kalau guna kena basahkan dengan air dulu. Macam leceh pula. Tapi  tukar je ke smelly no more tu, terus datang balik gatal-gatal cik ketiak. So k.fiezz guna semula natural deodorant ni. Hat yang tu rasanya kena buang lah sebab sis dah tak tahan pakai.

natural deodorant

Ada bau tak?K.fiezz ambil bauan tea tree..Bau dia tak kuat sangat, sedang-sedang je gitu..K.fiezz beli ni saiz kecil (25g)..Natural deodorant ni ada 2 saiz (25g & 50g)..

natural deodorant

Beberapa pilihan bauan natural deodorant mengikut kriteria masing-masing..K.fiezz pilih tea tree sebab sis jenis cepat berpeluh & ada bauan kurang enak bila berpeluh...

Harga Natural Deodorant?

Saiz 25g = RM39.00
Saiz 50g = RM58.90

Tempoh ketahanan ?

25g = Lebih kurang 3 bulan
50g = Lebih kurang 6 bulan

So kalau korang nak bertukar ke natural deodorant, boleh cari ni kat Tik Tok Shop..Tak pasti lah kat tempat lain ada ke tak?K.fiezz beli kat Tik Tok shop...

Setakat ni k.fiezz guna natural deodorant, okey je. Tak ada bauan kurang enak dari cik ketiak lepas tu gatal-gatal dah makin berkurang...Alhamdulillah...Legaaa...

3 Comments

  1. menarik la, mama pn skrg pn mula suka pakai yg natural.. kulit tak tahan dah yg tingggi chemical

    ReplyDelete
  2. Smelly no more itu saya pernah pakai, dan memang gataaal lah 🤣🤣🤣🤣. Ini disebut tawas kalo di sini. Harus basahkan dulu dengan air. Memang awet pakainya, Krn lama habis kan. Tapi betul gatal. Apalagi kalo baru habis shave ketiak. 🤣🤣

    Trus saya beralih ke tawas cair kak. Ada di jual. Memang tak bau badan, tapi lagi2, gataaaal 🤣🤣🤣. Dah laaah saya pakai deodorant biasa saja skr.

    Pernah dulu pakai natural Deo, dia kata harus pakai 1-2 bulan untuk dia detox semua bakteri. Awal2 mungkin masih akan berbau badan. Tapi setelah 2 bulanan, badan kita akan tak bau lagi, malah boleh tak pakai natural Deo tuh 2-3 hari.

    Saya tak tahan kak. Karena deodorant tuh hanya tahan 2-4 jam, setelah itu berbau badan.

    Katanya itu normal, Krn masih awal pemakaian. Biarkan aja sampai 2 bulanan. Mana boleeeh. Kalo saya ketemu orang2, tak kan mungkin bau badan menyebar 😂😂😂

    Saya tak nak tunggu 2 bulan. Stop ajalah. Pakai yg biasa lagi hahahahaa

    ReplyDelete
  3. Baguslah ada letak minyak pati. Kalau saya pilih bau yang berbunga.

    ReplyDelete