Kat Wisma tempat kerja k.fiezz sekarang, bila hari gaji mesti ada jualan kat lobi. Terus teringat kat KKR sebab kat sana setiap Selasa & Khamis, hari pasar tani. Lebih kurang lah dengan jualan yang ada kat lobi Wisma ni cuma sini setiap kali hari gaji. Jadi dah dekat 2 bulan k.fiezz kat sini setiap kali ada jualan ni harus lah k.fiezz ambil peluang menengok apa yang menarik ada dijual kat sini. Ala-ala macam pasar tani lah kan kat KKR tu. Rindu KKR kan..hehe..Tak boleh move on dari KKR lagi..Haha..

Antara yang menarik kat sini, air Koffee Klasik..Mula-mula duk tengok banner dia apa yang ada. Tengok  nama kat banner kopi..Alaaa..sis tak minat lah kopi. Tapi bila lalu depan booth Koffee Klasik ni, duk belek jenis-jenis air yang ada dijual, eh ada air coklat lah weiii..Nak nak..Terus laju-laju order..

Kat Koffee Klasik ni bukan ada kopi je. Ada juga air lain. Cuma watak utama kat sini kopi..Hat lain tu sampingan macam air kegemaran k.fiezz yang ada juga jual kat sini..Yeayyy...


koffee klasik

Antara jualan yang ada dijual setiap kali hari gaji kat wisma ni..Biasanya jualan ni 1-3 hari...Bila ada jualan ni jangan lepaskan peluang, tukar selera menu makan tengahari..hehe..

koffee klasik

Air coklat koffee klasik..K.fiezz minta kurang manis. Kat sini, k.fiezz suka sebab minta buat yang kurang manis memang dia ikut seperti yang kita nak. Terbaru beli kat sini k.fiezz order air coklat kurang manis. Staff yang tengah buat order k.fiezz, dia cakap kat kawan dia 'kurang manis tapi coklat tetap kena lebih. jangan kurangkan coklat'. K.fiezz setuju..Jangan lah minta kurang manis, kurangkan susu kurangkan coklat. Memang tak rasa lah coklat dia...Nasib baik yang buat order k.fiezz tu, pandai buat...Sis sukaaa....

koffee klasik

Bila ada jualan  kat sini, pilihan k.fiezz laksam & air coklat...yummy...Beli air kat koffee klasik ni ada 2 jenis saiz cawan tapi beza seringgit je..Macam k.fiezz punya ni, air coklat, cawan kecil RM7 & cawan besar RM8...Biasanya macam ni k.fiezz pilih yang besar lah sebab saiz pun tak jauh beza...

koffee klasik

Dapat loyalty card pula weiii..haha..Diaorang dah cam kot muka k.fiezz selalu beli kat sini..hehe...

koffee klasik

Kumpul cop setiap kali beli kat sini, cawan yang ke-10 dapat percuma...Okey, sis kumpul..hehe
Bukan hari-hari pun Koffee Klasik ni buka booth kat sini. Setiap kali hujung bulan time gaji je...


So kalau terjumpa koffee klasik ni, cuba lah air dia terutama peminat kopi. Sis tak minat sangat. Minum lah juga kopi tapi kalau ada pilihan lain, k.fiezz pilih yang lain contoh macam air coklat ni..

4 Comments

  1. Sedapnyer air celokat minum sejuk2

    ReplyDelete
  2. Naah betuuul tuh. Kalo nak less sugar, sebaiknya memang coklat atau kopi jgn dikurangi. Nanti rasa jadi tak berubah.

    Saya lihat warna pekat coklat dia, memanglah sepertinya sedap kak fiez 👍👍

    ReplyDelete
  3. Manis2 buah ceri,
    manis lagi pembaca komen ni,
    Kalau diri tu sudi,
    jom la join segmen ni. >_<

    jemput join segmen Cuya :D Marilah memeriahkan lagi!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    ReplyDelete
  4. Bagus dia tidak kurangkan coklat.
    Harga beza seinggit antara cawan kecil dan besar.

    ReplyDelete